Sunday 23 September 2012

AGENDA ANWAR DAN DAP KANTOI

Setelah melihat reaksi kurang senang rakyat atas hasrat PR ingin menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera yang seakan-akan bendera Indonesia, Singapura dan komunis (Sang Saka Malaya), nampaknya pemimpin-pemimpin PR kini terkebil-kebil cuba mencari alasan bagi menjelaskan tindakan tersebut

Walaupun pada mulanya pemimpin PR menafikan ia bukan rancangan untuk menukar bendera Malaysia tetapi di masa yang sama, sebaliknya mereka langsung tidak mengecam tindakan kurang ajar dan biadab membawa bendera yang lain dari Jalur Gemilang ke sambutan Hari Merdeka. Menyakinkan lagi ia sememangnya adalah agenda dan niat PR, Anwar dengan bangga dan angkuhnya bertindak membela tindakan pengkhianat dan biadad tersebut dengan menyatakan pendirianya bahawatiada salahnya kerana ia adalah kononnya bendera Sang Saka Malaya. Bukankah kenyataan Anwar ini lagi kurang ajar?

Bagi seorang pemimpin yang tergila-gila mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri, meng"tidak-apa"kan perbuatan mengibar bendera lain selain Jalur Gemilangdi Hari sambutan Hari Kemerdekaan Negara adalah pelik sekali.  Hari Kemerdekaan adalah hari keramat di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat secara rasminya. Apa lagi yang boleh menjadi simbol utama kedaulatan itu selain dari Jalur Gemilang?

Hasrat dan niat sebenar PR yang diketuai oleh Anwar amat jelas, bukan hanya bendera Sang Saka Malaya dikibarkan malah ia disokong pula dengan risalah yang diedarkan menghasut rakyat menolak Jalur Gemilang. Persoalannya kini ialah, kenapa Anwarcuba menafikan niat sebenar mereka untuk menukar bendera ‘berdaulat’ yang menjadi lambang Malaysia adalah negara Merdeka? Kenapa mereka tidak mengakuinya saja sedangkan seluruh rakyat sedia maklum akan niat tersebut melalui tindakan pemimpin mereka sebelum ini yang menghina Jalur Gemilang. 

Kenapa Anwar dan PR perlu gusar apabila bendera yand dikibarkan oleh pengkhianat dan biadab tersebut dikaitkan dengan komunis, Indonesia dan Singapura ? Sedangkan seluruh rakyat tahu bagaimana Anwar dan pemimpin Dap membela Mat Indera, malah Chin Peng sebagai wira mereka

Nampaknya Anwar dan PR ingin terus berdolak dalih mengenai agenda mereka sendiri.  Seharusnya, mereka berani menyatakan secara terus terang niat sebenar mengenai rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia.  PR wajib menyatakan ideologi dan hala tuju sebenar perjuangan mereka dan tidak perlu lagi berselindung di sebalik perjuangan ‘hak asasi’‘kesamarataan’ atau pun ‘Negara Islam’.

Kini, Anwar dan Dap merangka strategi baru untuk menutup niat sebenar merekadengan tindakan biadab dan kurang ajar pengikut di amalam sambutan kemerdekaan. Arang yang tercalit dalam PR sedikit sebanyak menghantui Pas yang semakin resah akibat perbuatan penyokong PR dan Dap. Akibatnya kini Pas jenuh memikirkan hujah dan mencari dalil untuk membela apa jua penjelasan Anwar dan Dap  mengenai isu bendera dan aksi ‘punggung’ di malam sambutan kemerdekaan

No comments: