Semakin hampir dengan PRU 13 semakin biadab strategi pembangkang menghuru-harakan negara. Jika strategi isu Hudud bagi memancing dan menguatkan sokongan kaum Cina ke atas PR, kali ini sekali lagi kerajaan Selangor sengaja mewujudkan suasana tegang pengundi Melayu dengan menafikan Sultan dalam sambutan Kemerdekaan di Selangor. Apabila isu ini mendapat perhatian maka media dan ultra Melayu dari BN akan terus menyerang PR dan sekali lagi semangat Kemelayuan akan dibangkitkan dan Dap dikaitkan.
Akhirnya, PR beranggapan strategi mereka mengena dan sudah pasti sokongan kaum bukan Melayu akan meningkat menjelang pilihanraya. Ini kerana mereka mendakwa sokongan kaum Melayu 50% dalam gengaman mereka dan dengan menakutkan kaum bukan Melayu dengan isu-isu tersebut, mereka berharap supaya mendapat 90% sokongan bukan Melayu memihak mereka.
Sebab itulah mereka meneruskan agenda ‘jahat’ mereka. Di mana pada saat mengira detik kemerdekaan negara, PR sengaja merangka strateginya bagi menjerat BN. Mereka telah mengupah beberapa ekor sang keldai membawa kain rentang yang memaparkan hasrat mereka menukar Jalur Gemilang. Selain itu, ada segelintir sang keldai memperlakukan kelakuan biadab ke atas gambar Najib dan beberapa pemimpin BN.
Perhimpunan Bershit dijadikan modal mereka menimbulkan huru-hara tetapi strategi mereka tidak ‘mengena’ kerana Kerajaan BN lebih bijaksana menangganinya. Tidak mustahil juga, isu pengibaran Jalur Gemilang di Selatan Thailand adalah hasil usaha dan strategi PR bagi menimbulkan huru-hura dan persengketaan dengan negara jiran tetangga. Jika di Indonesia sudah terbukti mereka cuba mempengaruhi dan mendapat sokongan pemimpin politik di sana. Tetapi mungkin di Tahiland mereka tidak mendapat perhatian akhirnya, mungkin mereka mengupah pihak-pihak tertentu mengibarkan Jalur Gemilang di Selatan Thailand. Dengan harapan, supaya mewujudkan ketengangan antara kedua-dua negara.
Jika ini berlaku sudah pasti rakyat akan resah dan akan menyalahkan Kerajaan BN. Kita perlu ingat, Singapura sudah lama menunggu saatnya, Indonesia pula sentiasa ada isu yang tidak kena antara kedua-dua belah negara. Kali ini Thailand pula cuba diherat sama dan Kerajaan BN perlu berhati-hati. Tidak mustahil ini adalah rangka dan strategi PR yang dibelakangnya adalah pihak-pihak yang ingin menghancurkan negara.Dap dari perilakunya sememangnya dilihat licik dalam agenda politik mereka. Singapura adalah kiblatnya dan Zionis adalah sifunya.
No comments:
Post a Comment