Minggu lalu, China menuntut penyiar CNN, Jack Cafferty menarik balik kata-kata yang menghina China dan meminta maaf kepada rakyat seluruh China. Jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu menyatakan demikian di Beijing hari ini.
Beliau berkata, pihaknya terkejut kerana Cafferty tergamak mengeluarkan kata-kata yang keji tentang China. Tindakannya membelakangi moral manusia dan melanggar etika sebagai pemberita. Sifatnya yang angkuh, itu mengundang permusuhan dengan rakyat China dan mencetuskan kemarahan yang amat sangat orang China dalam dan luar negara.
Tindakannya yang biadab itu dikutuk oleh orang yang mengekalkan keadilan di pelbagai negara. Baru-baru ini, ketika CNN memancarkan program tentang larian obor Sukan Olimpik Beijing yang diadakan di San Francisco, penyiarnya Cafferty mengeluarkan kata-kata cercaan terhadap China.
Dia menyebut "barangan pengeluaran China ialah sampah sarap" dan "dalam tempoh 50 tahun lalu, orang China adalah pengganas dan samseng.
Tindakan tegas Cina kepada media barat perlu dipelajari oleh negar-negar lain yang sering menghadapai laporan negetif mereka. Sifat wartawan barat yang berat sebelah telah menyebabkan banyak masalah baru timbul dikalangan negara-negar membangun. Cina juga telah melancarkan satu usaha perhubungan awam yang baik mengenai krisis di Tibet sebagai menafikan dakwaan-dakwaan media barat yang mengatakan China bertindak ganas dalam mengekang demonstrasi dan tuntutan rakyat Tibet. Malaysia juga bolehj mempelajari dari China dalam hal ini.
Friday, 25 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment