Sunday, 20 April 2008

Rancangan Blog di RTM1

Sebentar tadi saya sempat menonton rancangan Blog di RTM 1 di kaca tv Warta Citra Cafe. Ramai juga yang terpaku menontonnya. Suasana di cafe agak senyap, masing-masing mengikuti dengan teliti rancangan tu. Tamat saja rancangan tu, ramai yang bersungut pendek sangat ( sekitar 20 minit), tak sempat untuk bincang dengan mendalam, kopi pun belum sempat sejuk...tup..tup dah habis.

Walaubagaimana pun, saya angkat topi pada RTM dan Menteri Penerangan. Sekurang-kurangnya mereka kotakan janji mereka untuk memberi ruang kepada bloggers muncul dalam rancangan mereka. Kemunculan bloggers dalam rancangan blog juga bukti keterbukaan kerajaan sekarang ini dan bukti perubahan pendekatan kerajaan terhadap pandangan bloggers.

Bloggers yang pertama di jemput adalah Dato A Kadir Jasin. Saya rasa ini kena pada tempatnya. Dato Kadir nampak tenang menjawab asakan soalan bertubi-tubi dari hos Hashim Abu Hanifah walaupun dalam banyak ketika, Dato Kadir tidak sempat menjawab dengan tepat dan terperinci. Hashim cuba membawa kelainan kepada racangan talk show di RTM dengan mengasak tetamu dengan soalan-soalan. Pada setengah orang, ini barangkali perbuatan biadap kerana tak memberi ruang kepada tetamu untuk menjawab. Tetapi pada saya inilah realiti TV. Masa yang terhad harus digunakan dengan sepenuhnya oleh tetamu untuk memberikan jawapan yang ringkas, padat dan memenuhi matlamat.

Kalau kita tonton rancangan talk show barat seperti Larry King Live, Saturday Nite Live, Oprah, Joe Lenny, Arsenio Hall, Hard Talk dan lain-lain lagi, itulah corak pendekatan yang mereka guna. Barangkali kerana corak rancangan-rancangan ini pantas dan menarik menyebabkan masa 20 minit terlalu pantas dan timbul perasaan tidak puas dikalangan penonton.

Pada saya masa antara 20 hingga 30 minit adalah memadai kerana jika masanya panjang, menyebabkan hos memanjangkan perbualan kerana khuatir tidak cukup modal. Kekhuatiran ini jugalah barangkali menyebabkan penerbit rancangan blog memasukkan panggilan telefon, email dan sms selain daripada mengadakan survey diakhir rancangan. Akhirnya tidak cukup masa untuk membincang dengan mendalam.
Walau bagaimanapun diucapkan syabas kepada RTM dan Menteri Penerangan, Dato Ahmad Shabery Cheek atas usaha ini.

Cuma yang tinggal persoalannya adalah siapa seterusnya akan dijemput sebagai tetamu dan topik perbincangan sebaiknya tidak lagi kepada medium iaitu blog tetapi menjurus kepada perbincangan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam blog-blog berkenaan.

Kita tunggulah apa jawapan RTM terhadap dua persoalan ini pada minggu depan.

Rakan bloggers lain, sabarlah, mungkin ada harapan untuk dijemput muncul dalam rancangan blog. Ataupun yang tak ada nama, usahlah bermimpi di siang hari.
---------------------------------------------------------------

Penulis blog di RTM 1??
Written by zool on April 5, 2008 – 4:11 am -
Assalamualaikum semua.. Seperti biasa diharap anda semua sihat-sihat sambil menjamah makanan ketika membaca artikel ini..Sebenarnya topik ni saya terjumpa ketika menyelak Harian Metro 4 April, 2008..
Petikan berita tersebutBla.. Bla.. Bla
” Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata rancangan diterbitkan setiap Ahac bermua 20 April, akan menampilkan bual bicara selama 20 minit dengan penulis blog
Bla.. bla .. bla.a
” Beliau berkata, penulis blog yang dijemput belum dikenalpasti namun mungkin ada kejutan dari segi personaliti yang dijemput Hm.. sudah pastinya ia mengundang seribu persoalan kenapa secara tiba-tiba Kementerian Penerangan beria-ia untuk menghasilkan rancangan ini.. Adakah ianya betul-betul menunjukkan keterbukaan dan pengiktirafan idea dan pendapat penulis blog atau ada udang disebalik batu??Hanya mereka yang dapat menjawabnya.. Bercerita tentang siapa yang akan dipanggil masih lagi kabur.. Adakah semua jenis penulis blog akan dipanggil atau adakah hanya penulis blog politik sahaja yang akan dijemput..Apa kriteria penulis blog yang dijemput?? Adakah mereka yang mempunyai kadar pengunjung melebihi 1000 atau mempunyai rss reader melebihi 500?? Mungkinkah penulis berani sebol akan dipanggil atau penulis pakar motivasi perniagaan Smarzul ..Mungkin ianya akan memberi satu dimensi yang bagus terhadap blogger.. Ini kerana sebelum ini kebanyakan orang luar di sana hanya akan berfikir bila cakap pasal blog mesti politik.. Mungkin pemahaman ini dapat dibetulkan dalam rancangan bual bicara ini.. Tapi ada kemungkinankah blog ligakampung.com akan dipanggil??? Ha ha ha.. Jauh panggang dari api..
Untuk membaca kandungan bla.. bla boleh ke harian metro online
Belanja le saya secawan kopi...
Tags: Blog, harian metro, RTM 1Posted in Blog, kehidupan
13 Comments to “Penulis blog di RTM 1??”
zino Says: April 5th, 2008 at 7:06 am
kunjungan balas..
mana tau penulis blog ini bakal di jemput.. hehe
menteil Says: April 5th, 2008 at 8:14 am
haha..nampak sangat penulis blog nie dah dihargai…tak seperti sorang yg bodoh tu menganggap macam beruk!!
yang aku tau, aku takkan dijemput..sebab aku baru 3 bulan wat blog..haha..
balqis Says: April 5th, 2008 at 1:13 pm
jemputlah saya. hahah =P*habisla perasan*
Anysz Says: April 5th, 2008 at 5:04 pm
jemputla aku ni..teringin gak masuk tvkali terakhir masuk tv pun setahun lepastu pun stesen rusia punye
*sumpah tak tipu!
Cikgu Azleen Says: April 6th, 2008 at 9:46 am
Nampaknya pandangan bloggers diiktiraf sekarang ni ya..

No comments: