Saturday, 24 October 2009

LANGKAH DRASTIK MENDISIPLIN ATAU MENYINGKIR PEMIMPIN BERMASALAH


Sekali lagi Nik Aziz membuat kenyataan dan melontarkan cadangan supaya Pas mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan ‘masalah’ saf kepimpinan mereka. antara intipati Muktamar Khas yang dicadangkan ini adalah untuk membincangkan kedudukan beberapa pemimpin Pas yang dikatakan ‘tidak berdisiplin’ dan juga ‘pro-UMNO’.

Lebih mengejutkan cadangan Nik Aziz untuk mengadakan Muktamar Khas ini berpunca dari penulisan Dr. Aziz Bari dalam Sinar Harian pada 16 Oktober 2009 (muka surat 16) yang antara lain menyatakan Pas perlu mengambil langkah drastik dengan mendisiplin atau menyingkirkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan menyentuh mengenai golongan pro-Umno dalam Pas apabila mendakwa Presidan Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa serta penyokongnya adalah pro-UMNO.

Haji Hadi dan Nasharudin di labelkan sebagai pro-UMNO kerana mereka berdua membisu berhubung isu kekecohan yang ditimbulkan oleh Hassan Ali dan manakala Nasharuddin pula dituduh membela tindakan Hassan Ali menimbulkan kekecohan tersebut. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua pemimpin tertinggi Pas ini juga dikaitkan dengan hasrat penyatuan Pas-UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan disokong oleh Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas.

Siapakah Dr. Aziz Bari? Adakah penulisan beliau dalam Sinar Harian ini sebenarnya telah disusun dan diatur oleh pemimpin-pemimpin puak Endorgan yang condong pada Anwar Ibrahim? Ia dilihat seperti wujudnya strategi terancang di mana Nik Aziz digunakan dan memainkan peranannya dengan mengulas penulisan Dr. Aziz Bari agar teguran dalam tulisan Dr. Aziz Bari terhadap Pas itu di beri ulasan oleh Nik Aziz. Manakala dengan kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dan juga pemimpin yang berpengaruh sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kepimpinan Pas supaya diadakan Muktamar Khas tersebut.
Apakah maksud tersirat dalam isi kandungan penulisan Dr. Aziz Bari sehinggakan Nik Aziz menyatakan akan pandangannya bahawa “Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?” Nik Aziz seterusnya berkata lagi “Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah.” (www.blogtokguru.com 22 Oktober 2009)

Apakah maksud tersirat Nik Aziz dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian? Adakah kerana puak Endorgan merasakan sokongan pada mereka semakin berkurangan di kalangan penyokong Pas hinggakan Nik Aziz ‘dipergunakan’ kerana pengaruhnya. Jika dihayati, kenyataan Nik Aziz supaya diadakan Muktamar Khas ini adalah supaya Haji Hadi, Nasharuddin, Hassan Ali dan Mustafa Ali digugurkan dari jawatannya dan wujudnya strategi agar kumpulan yang memperjuangkan Islam tulen ini digantikan dengan pemimpin-pemimpin dari puak Endorgan.


Akok@Baulu







1 comment:

Anonymous said...

Pada hemat Patik, Patik bersetuju benor dengan blogers ni, ini hanyalah permainan politik PR yang di akal kan oleh Anwar Ibrahim. Pemimpin UMNO sudah pasti akan termakan umpan dengan kenyataan Nik Aziz.
Maka berebut-rebutlah pemimpin UMNO akan membuat kenyataan demi kenyataan kononnya Pas sudah berpecah. Silap percaturan kerana asyik dengan kenyataan akan melekakan UMNO dalam menguatkan strategi untuk mengambilikan sokongan rakyat terhadap UMNO.
Sedarlah akan permainan politik Anwar!!!!!