Wednesday, 7 October 2009

MUDAHNYA ISLAM DIHINA OLEH MUSUHNYA


Seperti sudah diduga apa jua tindakan dan perbuatan walaupun Islam dhina oleh bukan Islam yang datangnya dari pemimpin atau ahli Dap semuanya tidak salah. Kenyataan Nik Aziz dengan menyatakan bahawa “tindakan sesetengah pemimpin Dap menghina Islam kerana mereka bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam tidak mendalam”. Kenyataan ini langsung tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Inilah kenyataan terbaru dari seorang yang bergelar Tok Guru apabila Islam itu dihina dan diperlekehkan sebegitu rupa.

Secara sinisnya boleh kita buat kesimpulan bahawa penindasan dan pembunuhan yang berlaku ke atas umat Islam di bumi arab terutama rakyat Palestine, Afghanistan, Iraq dan sebagainya oleh Yahudi laknatullah dan adik beradiknya itu boleh ditafsirkan bahawa kefahaman orang-orang Yahudi laknaktullah ini terhadap Islam tidak mendalam. Sebab itulah Islam di Palestine dan bumi Arab dihina dan dihapuskan begitu saja tanpa pembelaan dari pejuang Islam lain sebabnya Yahudi laknatullah ini kefahamannya terhadap Islam tidak mendalam. Jadi tidaklah salah jika Yahudi dan adik beradik bertindak sedemikian rupa kepada umat Islam.

Seingat kita sebagai umat Islam, pelbagai pendekatan seperti perjanjian damai dan perbincangan serta penerangan dilakukan oleh negara-negara Islam kepada Yahudi laknatullah, tetapi adakah mereka memahami Islam? Adakah mereka berhenti membunuh umat Islam? Adakah mereka ini berhenti merampas harta umat Islam? Adakah mereka ini berhenti menghina kesucian rumah-rumah ibadat dan tempat suci umat Islam? Apa yang kita lihat adalah Islam itu setiap hari dihina dan setiap hari betapa ramai umatnya dibunuh tanpa belas ihsan?

Tapi alangkah terkejutnya apabila seorang yang bergelar tok guru sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya kerana menjaga hati kawan dan demi untuk kepentingan politik semata-mata. Akhirnya agama Islam begitu mudah terdedah dengan penghinaan dan meningkatkan lagi keangkuhan bukan Islam untuk menerjah dan menghina Islam pada masa akan datang. Alasan yang mereka akan berikan, mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

Apa nak jadi dengan NegaraKu Malaysia? Adakah ini bala atau tanda-tanda bahawa dunia sudah menghampiri hayatnya? Kenapa begitu mudah pemimpin Pas menggunakan agama hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik? Kenapa mereka membela dan mempertahankan mereka yang menghina Islam? Apa komen Nik Aziz jika kenyataan menghina atau kenyataan yang menghina dan mengguris hati dan perasaan umat Islam itu datangnya dari pemimpin Gerakan, MIC, MCA atau parti komponen BN bukan Islam lain? Sudah tentu mereka ini akan dihentam habis-habisan dan mendakwa dengan pelabagai kata-kata kesat dan juga BN rasis.

Tapi apabila bukan Islam Dap menghina Islam, dipertahankan oleh pemimpin Pas alasannya kerana kefahaman mereka terhadap Islam tidak mendalam. Segala bentuk perbuatan maksiat juga di bela oleh Pas begitu juga dengan penjualan arak dan bersedudukan sebelum alam perkahwinan.

Kepada rakyat Malaysia, bukalah mata, bukalah pintu hati dan berdoalah mudah-mudahan negara kita tidak dilanda bala dan malapetaka akibat perbuatan penghuni di dalamnya. Jika zionis kejam membunuh umat Islam dan tamadunnya, Pas pula lebih kejam kerana membiarkan agama sendiri dibunuh tanpa pembelaan.




Akok@Baulu







No comments: