Wednesday, 14 October 2009

NIK AZIZ: SEDIA TAULIAH CINA ISLAM JADI MENTERI BESAR

Sabtu lalu 10 Oktober 2009 Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan bahawa beliau sedia mentauliahkan orang Cina menjadi Menteri Besar di Kelantan jika kaum Cina tersebut beriman dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. (Berita Harian, 10 Oktober 2009)

Apakah maksud disebalik kenyataan Nik Aziz ini? Adakah pemimpin-pemimpin Pas di Kelantan seperti orang kuatnya Husam Musa, Takiyuddin dan Timbalannya belum cukup beriman dan berpegang teguh pada ajaran Islam sehinggakan beliau sanggup berikan jawatan Menteri Besar kepada kaum Cina Islam? Adakah Nik Aziz sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin kanannya yang sebelum ini bertungkus-lumus membantu beliau mengekalkan kekuasaan Pas di Kelantan?

Nampaknya sekali lagi Nik Aziz menabur gula-gula politiknya kepada para pengundi di Bagan Pinang sehari sebelum hari pengundian. Masyarakat Cina bukannya senang digula-gulakan dan dipancing undi sedemikian rupa dan terbukti apabila majoriti kemenangan BN/UMNO dengan majoriti yang bertambah. Kaum Cina sedar kenapa Nik Aziz berani membuat kenyatan sedemikian.

Siapa dikalangan kaum Cina yang sanggup masuk Islam hanya semata-mata untuk menjadi Menteri Besar di Kelantan? Mungkin ada, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah menyatakan kesanggupannya memeluk Islam itupun setelah kematian bapanya Lim Kit Siang.

Mungkin juga pemimpin-pemimpin Pas Kelantan tiada nilai komersil yang tinggi seperti Nik Aziz. Seperti laporan lidah rasmi Pas melalui HarakahDaily.Net semasa pilihanraya kecil Manek Urai lalu yang memetik kata-kata Wan Rahim seperti berikut:

“Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.”
(20 Jun, HarakahDaily.Net)

Jadi itulah yang menyebabkan Nik Aziz tidak bersedia mentauliahkan pemimpin-pemimpin Pas seperti Husam dan Takiyuddin menjadi Menteri Besar sebaliknya beliau mencadangkan untuk mentauliahkan kaum Cina beragama Islam menjadi Menteri Besar Kelantan.



Akok@Baulu

1 comment:

Anonymous said...

Patut la Nik Aziz asyik backup org cina saja walaupun Islam di hina. Itulah perjuangan Pas, dahulu haram sekarang halal, dahulu kafir sekarang?
Hanya kerana ingin mendapat sokongan politik bukan Melayu Nik Aziz sanggup melakukan apa saja.