Friday 13 November 2009

NIK AZIZ NAIK HAJI ORANG SPONSOR


BY PARPUKARI

Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.

Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!

Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Syarikat ini menaja Nik Aziz dan keluarga semata-mata untuk membalas BUDI-BAIK yang telah diberikan oleh PMBK melalui hak ekslusif pemasangan Billboard seluruh Negeri Kelantan. Apakah harus kita panggil dengan URUSNIAGA ini? Sedekah atau Rasuah!

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Nohon jasa baik kepada rakan-rakan bloggers supaya menyebarkan artikel ini. Terima kasih. House PK

Nak tengok hasil kerja yang telah Abroad Technology lakukan di Kelantan klik disini...

2 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz sudah nyayuk dan tua. Beliau sepatutnya menyerahkan kepimpinan kepada golongan muda. Sebenarnya Ahli Parlimen Pasir Mas sudah lama nampak perkara ini tetapi beliau pula diserang.

Anonymous said...

tahukah anda bahawa dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh? Anda hanya melihat dari perspektif BN sahaja. Nampaknya anda ni tak pernah melihat kejahatan yang dilakukan oleh pihak BN. Kalau Nik Aziz pergi haji orang sponsor apa masalahnya terhadap orang lain? Dia tidak menyusahkan sesiapa? Apa anda nak kata kepada pemimpin-pemimpin yang lain yang mempunyai kemampuan tetapi tidak menunaikan rukun islam yang ke-lima itu? Wajarkah mereka ni dianggap sebagai pemimpin? Bagaimana pula dengan pemimpin yang menggunaka kata-kata kesat di dalam dewan rakyat semasa berdebat? Layakkah mereka diangkat sebagai pemimpin? Nampaknya anda masih belum melihat realiti sebenar BN. Masih berada di bawah tempurung lama...