Sunday 25 October 2009

EGM PAS ADA MOTIF TERSEMBUNYI

Kenyataan Nik Aziz meminta supaya Pas mengadakan EGM bagi membincangkan masalah dalaman yang melibatkan beberapa pemimpin yang tidak berdisiplin dan pro-UMNO mendapat liputan luas media. Bahkan pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat berlumba-lumba melontarkan pandangan dan tidak terlepas menyatakan Pas diambang perpecahan.

Adakah benar Pas sedang mengalami krisis dalaman sehinggakan wujudnya perpecahan seperti dilontarkan? Itulah yang menjadi persoalan dan pertanyaan beberapa rakan ketika bertemu dihujung minggu yang menjadi topik perbualan. Sebab seperti semua sedia maklum Nik Aziz memang mempunyai akal panjang dan strategi politiknya yang terancang terutama menyerang UMNO. Ditambah lagi hari ini ikatan ‘persahabatan’ Nik Aziz/Anwar Ibrahim sangat akrab dalam usahanya menumbang UMNO.

Ramai juga mengatakan isu EGM yang ditimbulkan Nik Aziz ini hanyalah strategi politik PR untuk mencari kelemahan UMNO. Kerana Nik Aziz tahu, pemimpin-pemimpin UMNO sudah pasti akan mencari media untuk menyerang Pas dan akan melontarkan pelbagai pandangan dan membuat kenyataan berhubung isu yang melanda ini. Apabila kenyataan-kenyataan oleh pemimpin UMNO tersasar dari isu sebenar, disitulah keuntungan yang mereka perolehi, iaitu simpati penyokong dan rakyat apabila Nik Aziz diserang.

Jika dilihat akan trend dan strategi PR, sememangnya mereka akan menggunakan Nik Aziz untuk melantarkan isu-isu ‘hangat’ kerana mereka sedar pengaruh Nik Aziz dan personaliti beliau. Sebabnya penyokong Pas dan juga mereka atas pagar ramai yang ‘taksub’ kepada Nik Aziz. Serangan terhadap Nik Aziz jika tersilap langkah akan meraih simpati rakyat terhadap Pas/PR.

Ataupun mungkin juga ia hanya untuk menutup kelemahan Pas/PR setelah mereka kalah di Bagan Pinang dan juga persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Pas sejak akhir-akhir ini berhubung kekecohan yang berlaku di Selangor. Kedua-dua isu ini memberi impak dan kesan yang besar ke atas pengaruh Pas/PR dalam mana-mana pilihan raya yang bakal menjelma kerana jika ia berlarutan rakyat akan hilang keyakinan.

Pas/PR juga semakin gelisah kerana penyatuan dan pemaufakatan BN semakin terserlah bukan saja kerana gagasan 1Malaysia semakin popular, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dilaksanakan tetapi keakraban dan kemaufakatan MCA terjalin sudah.

Namun jangan terpedaya dengan strategi politik Nik Aziz kerana dibelakangnya Anwar lah yang menyusun strateginya. Ada juga menyatakan isu EGM Pas ini ada kaitan dengan strategi dan langkah tersusun Pas menjelangnya sidang Dun Perak yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka mengalihkan cerita supaya BN terlepas akan strategi yang mereka rancang dan akan digunakan di Perak nanti.


Akok@Baulu

Saturday 24 October 2009

FACEBOOK 1MALAYSIA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT ORANG MUDA






Facebook 1Malaysia di bawah seliaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah mendapat sambutan hangat. Ramai golongan muda telah menjadi ahli dan mengemukakan pandangan bagaimana 1Malaysia boleh direalisasikan.

Facebook 1Malaysia ini diwujudkan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membolehkan masyarakat segenap lapisan berbincang serta meluah isi hati mengenai gagasan 1Malaysia. Ruangan ini juga memberi peluang kepada keseluruhan rakyat Malaysia untuk berinteraksi, bertukar-tukar fikiran dan mengemukakan pandangan secara terbuka dalam pelbagai aspek sebagai usaha merealisasikan impian 1Malaysia.

Penggunaan Facebook 1Malaysia sebagai salah satu aplikasi media baru adalah penting bagi menarik minat generasi muda merealisasikan Gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Penggunaan media baru selain media tradisional amat penting untuk menarik rakyat menyokong program -1Malaysia agar rakyat bertindak berlandaskan tujuan yang sama iaitu sebagai satu bangsa Malaysia.

Selaras dengan matlamat 1Malaysia adalah untuk meningkatkan perpaduan yang selama ini menjadi tunggak kepada kekuatan rakyat Malaysia, Facebook 1Malaysia ini diharap akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mewujudkan kekuatan perpaduan melalui media siber yang menjadi kegemaran generasi muda waktu ini.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mensasarkan keahlian sejumlah lebih dari 1 juta orang. Menjelang akhir tahun ini, Kementerian mensasarkan keahlian Facebook 1Malaysia seramai 30,000 orang. Sehingga kini, seramai 10,430 ahli telah menyertainya dan bilangan ini meningkat dari semasa ke semasa. Kumpulan sasar pula adalah kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum khusus golongan muda. Ini kerana golongan ini merupakan generasi dan perintis pada masa akan datang yang diharap dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia dan seterusnya melakar kejayaan kepada impian negara.

Kementerian akan mempertingkatkan kempen dan promosi facebook dengan mengadakan beberapa program seperti pameran, pertemuan dengan bloggers, promosi di media elektronik dan lain-lain. Misalnya, melalui pameran yang diadakan di Karnival 1Malaysia di Ipoh Perak baru-baru ini telah berjaya mendapatkan lebih 1,900 ahli baru Facebook 1Malaysia. Orangramai yang melawat gerai Facebook 1Malaysia ternyata tertarik dengan maklumat dan forum yang terdapat dalam media baru ini. Penyertaan rakyat berbilang kaum dalam Facebook 1Malaysia sesungguhnya memberi gambaran yang jelas terhadap sokongan rakyat yang jitu terhadap gagasan 1Malaysia.

Ketika isu tarian pendet tempohari, Facebook 1Malaysia "diserang" oleh pelayar siber warga Indonesia dengan menuduh, menghina dan melemparkan pelbagai tohmahan dan kata kesat terhadap rakyat Malaysia. Situasi ini telah membangkitkan semangat ahli facebook 1Malaysia untuk mempertahankan imej negara dengan membalas dan membetulkan fakta salah yang diutarakan oleh rakyat Indonesia. Yang menariknya, posting dan balasan dari kebanyakan facebook 1Malaysia adalah lebih bersopan, berhemah dan menggambarkan kematangan emosi dan intelektual yang tinggi berbanding dengan posting dari rakyat Indonesia.

Facebook 1Malaysia memaparkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai gagasan 1Malaysia termasuk acara-acara semasa yang berkaitan dengan 1Malaysia. Melalui ruangan perbincangan, pengunjung boleh memberi komen atau mengeluarkan pendapat dan pandangan mengenai usaha-usaha untuk merealisasikan 1Malaysia. Pandangan yang bernas akan dimajukan kepada pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Kerajaan akan memberi keutamaan segala syor dan idea yang dicetuskan oleh rakyat.

Diharap dengan penyertaan orangramai dalam Facebook 1Malaysia boleh merealisasikan gagasan 1Malaysia untuk masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik. Bersama-samalah memberi sokongan kepada gagasan 1Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan di negara kita. Penyertaan orangramai dalam Facebook 1Malaysia amat diharapkan dan dihargai.

IKLAN P1 WIMAX BROADBAND TIDAK BERMORAL?


Kebelakangan ini semua stesen televisyen termasuk yang berbayar atau tidak berbayar sering kali menyiarkan iklan bagi mempromosi talian internet tanpa wayar iaitu P1 Wimax Wireless dengan kadar potongan menarik kepada pelanggan mereka. Menyedihkan unsur-unsur pengisian iklan ini dikatakan memaparkan unsur lucah atau tidak bermoral dengan kerap kali mengulangi perkataan ‘potong’.

Memang diakui mesej yang ingin disampaikan oleh pengeluar berhubung produk iaitu percuma RM160 dan sebulan potongan penggunaan diberikan percuma kepada pelanggan yang melanggan talian tanpa wayar P1 Wimax. Tetapi cara penyampaian atau unsur yang terdapat dalam iklan tersebut dilihat seolah-olah tidak bermoral dan berunsur lucah.

Iklan bermula di sebuah majlis perkahwinan apabila seorang tetamu bertanyakan pada kawannya ‘sudah potong ke?’ Kawannya lantas menjawab dengan nada yang kuat ‘kau belum potong lagi ke?’. Kata-kata kawannya itu didengar oleh tetamu lain dan seolah-olah pertanyaan ‘potong’ itu menjurus kepada ‘khatan’. Ia dikuatkan lagi perkataan ‘potong’ itu menjurus kepada ‘khatan’ kerana pengantin perempuan yang sedang bersanding di atas pelamin bertanyakan kepada pasangannya ‘dah potong ke’? Lantas si pengganti lelaki menjawab ‘off course’. Lantas diikuti oleh kata-kata tetamu lain hinggalah kanak-kanak yang memukul kompang mengatakan ‘potong’ berulang-ulang kali.

Ramai penonton melahirkan rasa kurang senang dengan iklan tersebut. Pemahaman dan interpretasi mereka mengenai mesej yang ingin disampaikan menerusi iklan adalah ‘tidak kena’ kerana boleh dikatakan tidak bermoral. Ironinya kenapa iklan seperti ini boleh terlepas dan disiarkan oleh stesen televisyen? Tidakkah isi kandungannya dinilai terlebih dahulu oleh pihak-pihak tertentu?

Akok@Baulu

LANGKAH DRASTIK MENDISIPLIN ATAU MENYINGKIR PEMIMPIN BERMASALAH


Sekali lagi Nik Aziz membuat kenyataan dan melontarkan cadangan supaya Pas mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan ‘masalah’ saf kepimpinan mereka. antara intipati Muktamar Khas yang dicadangkan ini adalah untuk membincangkan kedudukan beberapa pemimpin Pas yang dikatakan ‘tidak berdisiplin’ dan juga ‘pro-UMNO’.

Lebih mengejutkan cadangan Nik Aziz untuk mengadakan Muktamar Khas ini berpunca dari penulisan Dr. Aziz Bari dalam Sinar Harian pada 16 Oktober 2009 (muka surat 16) yang antara lain menyatakan Pas perlu mengambil langkah drastik dengan mendisiplin atau menyingkirkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan menyentuh mengenai golongan pro-Umno dalam Pas apabila mendakwa Presidan Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa serta penyokongnya adalah pro-UMNO.

Haji Hadi dan Nasharudin di labelkan sebagai pro-UMNO kerana mereka berdua membisu berhubung isu kekecohan yang ditimbulkan oleh Hassan Ali dan manakala Nasharuddin pula dituduh membela tindakan Hassan Ali menimbulkan kekecohan tersebut. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua pemimpin tertinggi Pas ini juga dikaitkan dengan hasrat penyatuan Pas-UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan disokong oleh Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas.

Siapakah Dr. Aziz Bari? Adakah penulisan beliau dalam Sinar Harian ini sebenarnya telah disusun dan diatur oleh pemimpin-pemimpin puak Endorgan yang condong pada Anwar Ibrahim? Ia dilihat seperti wujudnya strategi terancang di mana Nik Aziz digunakan dan memainkan peranannya dengan mengulas penulisan Dr. Aziz Bari agar teguran dalam tulisan Dr. Aziz Bari terhadap Pas itu di beri ulasan oleh Nik Aziz. Manakala dengan kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dan juga pemimpin yang berpengaruh sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kepimpinan Pas supaya diadakan Muktamar Khas tersebut.
Apakah maksud tersirat dalam isi kandungan penulisan Dr. Aziz Bari sehinggakan Nik Aziz menyatakan akan pandangannya bahawa “Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?” Nik Aziz seterusnya berkata lagi “Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah.” (www.blogtokguru.com 22 Oktober 2009)

Apakah maksud tersirat Nik Aziz dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian? Adakah kerana puak Endorgan merasakan sokongan pada mereka semakin berkurangan di kalangan penyokong Pas hinggakan Nik Aziz ‘dipergunakan’ kerana pengaruhnya. Jika dihayati, kenyataan Nik Aziz supaya diadakan Muktamar Khas ini adalah supaya Haji Hadi, Nasharuddin, Hassan Ali dan Mustafa Ali digugurkan dari jawatannya dan wujudnya strategi agar kumpulan yang memperjuangkan Islam tulen ini digantikan dengan pemimpin-pemimpin dari puak Endorgan.


Akok@Baulu







Wednesday 14 October 2009

APABILA KEWARASAN FIKIRAN DIKUASAI NAFSU BINATANG


Keistimewaan manusia ialah dianugerahkan akal dan fikiran berbanding dengan haiwan atau binatang. Dengan akal fikiran anugerah Tuhan inilah manusia boleh membezakan yang mana baik dan buruknya, halal dan haramnya serta pelbagai lagi perkara berbanding haiwan atau binatang. Tetapi kekadang jika diamati binatang atau haiwan ‘berfikiran’ jauh lebih baik berbanding dengan manusia. Manusia jika akal dan fikirannya dikuasai oleh nafsu maka kewarasan berfikiran jauh lebih hina dari binatang.

Apabila akal manusia di kawal oleh nafsu maka manusia sesuka hati menghasut, memfitnah, caci maki dan pelbagai kelakuan dan tindakan yang diluar batasan kemanusiaan. Lebih parah lagi apabila akal fikiran yang sudah busuk itu digunakan untuk bertindak secara kekerasan. Terbukti apabila mereka ini menjadikan setiap kali medan pilihan raya kecil sebagai padang untuk menunjukkan ‘kegilaan’ akibat nafsu yang mengawal fikiran mereka.

Ataupun mungkin akibat kegilaan untuk berkuasa, kegilaan untuk mendapat pangkat dan harta menyebabkan manusia sanggup bertindak lebih hina dari binatang. Ada kalanya manusia yang bersikap ‘kebinatangan’ ini sanggup menggunakan kegilaannya sehinggakan lupakan pegangan agama walaupun mereka sentiasa melaung-laungkannya sebagai wadah perjuangan mereka. Sampai bila manusia akan kembali menguasai semula fikiran mereka dari ‘nafsu binatang’ yang gila? Atau dunia yang tua ini sudah sampai usianya, di mana binatang berfikiran seperti manusia manakala manusia berfikiran seperti binatang?

Akok@Baulu




NIK AZIZ: SEDIA TAULIAH CINA ISLAM JADI MENTERI BESAR

Sabtu lalu 10 Oktober 2009 Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan bahawa beliau sedia mentauliahkan orang Cina menjadi Menteri Besar di Kelantan jika kaum Cina tersebut beriman dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. (Berita Harian, 10 Oktober 2009)

Apakah maksud disebalik kenyataan Nik Aziz ini? Adakah pemimpin-pemimpin Pas di Kelantan seperti orang kuatnya Husam Musa, Takiyuddin dan Timbalannya belum cukup beriman dan berpegang teguh pada ajaran Islam sehinggakan beliau sanggup berikan jawatan Menteri Besar kepada kaum Cina Islam? Adakah Nik Aziz sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin kanannya yang sebelum ini bertungkus-lumus membantu beliau mengekalkan kekuasaan Pas di Kelantan?

Nampaknya sekali lagi Nik Aziz menabur gula-gula politiknya kepada para pengundi di Bagan Pinang sehari sebelum hari pengundian. Masyarakat Cina bukannya senang digula-gulakan dan dipancing undi sedemikian rupa dan terbukti apabila majoriti kemenangan BN/UMNO dengan majoriti yang bertambah. Kaum Cina sedar kenapa Nik Aziz berani membuat kenyatan sedemikian.

Siapa dikalangan kaum Cina yang sanggup masuk Islam hanya semata-mata untuk menjadi Menteri Besar di Kelantan? Mungkin ada, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah menyatakan kesanggupannya memeluk Islam itupun setelah kematian bapanya Lim Kit Siang.

Mungkin juga pemimpin-pemimpin Pas Kelantan tiada nilai komersil yang tinggi seperti Nik Aziz. Seperti laporan lidah rasmi Pas melalui HarakahDaily.Net semasa pilihanraya kecil Manek Urai lalu yang memetik kata-kata Wan Rahim seperti berikut:

“Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.”
(20 Jun, HarakahDaily.Net)

Jadi itulah yang menyebabkan Nik Aziz tidak bersedia mentauliahkan pemimpin-pemimpin Pas seperti Husam dan Takiyuddin menjadi Menteri Besar sebaliknya beliau mencadangkan untuk mentauliahkan kaum Cina beragama Islam menjadi Menteri Besar Kelantan.



Akok@Baulu

Wednesday 7 October 2009

MUDAHNYA ISLAM DIHINA OLEH MUSUHNYA


Seperti sudah diduga apa jua tindakan dan perbuatan walaupun Islam dhina oleh bukan Islam yang datangnya dari pemimpin atau ahli Dap semuanya tidak salah. Kenyataan Nik Aziz dengan menyatakan bahawa “tindakan sesetengah pemimpin Dap menghina Islam kerana mereka bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam tidak mendalam”. Kenyataan ini langsung tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Inilah kenyataan terbaru dari seorang yang bergelar Tok Guru apabila Islam itu dihina dan diperlekehkan sebegitu rupa.

Secara sinisnya boleh kita buat kesimpulan bahawa penindasan dan pembunuhan yang berlaku ke atas umat Islam di bumi arab terutama rakyat Palestine, Afghanistan, Iraq dan sebagainya oleh Yahudi laknatullah dan adik beradiknya itu boleh ditafsirkan bahawa kefahaman orang-orang Yahudi laknaktullah ini terhadap Islam tidak mendalam. Sebab itulah Islam di Palestine dan bumi Arab dihina dan dihapuskan begitu saja tanpa pembelaan dari pejuang Islam lain sebabnya Yahudi laknatullah ini kefahamannya terhadap Islam tidak mendalam. Jadi tidaklah salah jika Yahudi dan adik beradik bertindak sedemikian rupa kepada umat Islam.

Seingat kita sebagai umat Islam, pelbagai pendekatan seperti perjanjian damai dan perbincangan serta penerangan dilakukan oleh negara-negara Islam kepada Yahudi laknatullah, tetapi adakah mereka memahami Islam? Adakah mereka berhenti membunuh umat Islam? Adakah mereka ini berhenti merampas harta umat Islam? Adakah mereka ini berhenti menghina kesucian rumah-rumah ibadat dan tempat suci umat Islam? Apa yang kita lihat adalah Islam itu setiap hari dihina dan setiap hari betapa ramai umatnya dibunuh tanpa belas ihsan?

Tapi alangkah terkejutnya apabila seorang yang bergelar tok guru sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya kerana menjaga hati kawan dan demi untuk kepentingan politik semata-mata. Akhirnya agama Islam begitu mudah terdedah dengan penghinaan dan meningkatkan lagi keangkuhan bukan Islam untuk menerjah dan menghina Islam pada masa akan datang. Alasan yang mereka akan berikan, mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

Apa nak jadi dengan NegaraKu Malaysia? Adakah ini bala atau tanda-tanda bahawa dunia sudah menghampiri hayatnya? Kenapa begitu mudah pemimpin Pas menggunakan agama hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik? Kenapa mereka membela dan mempertahankan mereka yang menghina Islam? Apa komen Nik Aziz jika kenyataan menghina atau kenyataan yang menghina dan mengguris hati dan perasaan umat Islam itu datangnya dari pemimpin Gerakan, MIC, MCA atau parti komponen BN bukan Islam lain? Sudah tentu mereka ini akan dihentam habis-habisan dan mendakwa dengan pelabagai kata-kata kesat dan juga BN rasis.

Tapi apabila bukan Islam Dap menghina Islam, dipertahankan oleh pemimpin Pas alasannya kerana kefahaman mereka terhadap Islam tidak mendalam. Segala bentuk perbuatan maksiat juga di bela oleh Pas begitu juga dengan penjualan arak dan bersedudukan sebelum alam perkahwinan.

Kepada rakyat Malaysia, bukalah mata, bukalah pintu hati dan berdoalah mudah-mudahan negara kita tidak dilanda bala dan malapetaka akibat perbuatan penghuni di dalamnya. Jika zionis kejam membunuh umat Islam dan tamadunnya, Pas pula lebih kejam kerana membiarkan agama sendiri dibunuh tanpa pembelaan.




Akok@Baulu







Tuesday 6 October 2009

PAS GUNA BMW KEMPEN DI BAGAN PINANG


DARI BLOG WARISAN 2057


Tak sampai 2 tahun mereka memerintah, mereka sudah kaya raya. Begitu lah lagak pemimpin Pas sekarang. Dulu lain sekarang lain. Dulu guna toyota buruk, proton buruk, sekarang, Bmw, Mers, Harrier itu sudah biasa bagi pemimpin Pas.

Gambar diatas di rakamkan hari sabtu lalu dekat Pusat Penamaan calon PRK Bagan Pinang. Huh, sejak mereka tidur sekelabu dengan rejim Dap dan Solialist PKR mereka telah berubah segala-galanya, termasuk kereta yang mereka miliki.

Tak perlu untuk mereka memerintah 50 tahun untuk menjadi korup. Cukup 1 tahun lebih, mereka sudah memiliki segala-galanya. Pas Oh Pas, Pas for All. Melintang lalu membujur patah, segala-galanya hendak di balun. Peruntukan wakil rakyat di balun, projek kelas F di balun, wang zakat di balun, projek GLC negeri pun di balun.

Berkawan dengan orang korup Khalid Pkr dan Ronnie Liew Dap, Pas pun turut korup, malah lagi cepat korupnya.

Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely, EVEN LITTLE POWER HAVE CORRUPT VERY QUICKLY.