Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu membuka mata pihak-pihak tertentu supaya tidak leka dan alpa untuk mengejar keuntungan dan membelakangi peraturan dan undang-undang. Janganlah pula menggunakan kuasa dan pengaruh politik untuk ‘menghalalkan’ yang perkara yang tidak sepatutnya.
Jadikanlah tragedi di Bukit Antarabangsa sebagai ikhtibar dan pengajaran untuk masa depan agar perkara yang sama tidak lagi berulang. Jesteru marilah kita sama-sama merenung dan menghayati betapa besarnya kuasa Allah dan tiada apa yang mampu menghalangnya.
Begitulah juga gelora politik yang sedang melanda Selangor antara PAS dengan PKR dan DAP. Nampaknya perhubungan ‘intim’ dan ‘mesra’ yang diharapkan berpanjangan rupanya badai gelora yang melanda. Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan, nampaknya semakin tembok yang baru dibina sudah mula di makan anai-anai.
Badai yang melanda sudah tidak dapat diselindungi lagi memandangkan tuan empunya badan dalam kerajaan negeri mula membuka mulut, tidak tahan kerana dikeldaikan pada khalayak.
Nampaknya apabila Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Exco Selangor, YB. Datuk Hassan Ali mula bersuara meluahkan ketidak puashati terhadap Kerajaan Negeri yang pimpinan Tan Sri Khalid yang telah ‘mengkeldaikan’ PAS, maka suara-suara sumbang dalam Pakatan Rakyat mula berbunyi. Datuk Hassan Ali bukan saja kecewa, tetapi turut mengakui bahawa perjuangan untuk menegakkan syiar Islam amat sukar di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR dan DAP.
Syiar Islam tidak mendapat tempat dalam Kerajaan Negeri Selangor, ia berlaku kerana demi menjaga hati ‘saudara’ perjuangan dan demi melebarkan pengaruh politik perjuangan Islam ‘ditinggalkan’.
Untuk mengelak dari rakyat yang sudah mula sedar, serangan ‘gerila’ dilontarkan dengan melemparkan tohmahan untuk menutup ‘luka’ yang semakin ‘berulat’. Kata-kata dusta yang keluar dari media-media Pakatan Rakyat terus menyerang Utusan Malaysia dan mendakwa kenyataan Datuk Hassan Ali itu telah disalah ertikan. Hakikatnya, empunya badan tidak pula membuat ulasan atau kenyataan tentang berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada 6 Disember 2008 itu.
Ada yang menyatakan bahawa hakikatnya penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat hanyalah mimpi indah disiang hari. Kerana dari awal lagi seluruh negara sudah sedari bahawa ideologi PAS dan matlamat perjuangan PAS adalah berbeza dengan PKR dan DAP. Sebab itulah PAS mengakui begitu sukar bagi mereka untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor.
Sehinggakan PAS terpaksa mengorbankan perkampungan orang Melayu dan perjuangan islamnya demi menjaga hati 20 keluarga penyokong setia DAP dalam projek CAR oleh TNB yang tertangguh sehingga hari ini.
Benarkah PAS Selangor tidak akan bertolak ansur dalam hukum seperti soal halal-haram? Adakah PAS Selangor akan mempertahankan berhubung perkara ini? Hakikatnya sehingga kini PAS terpaksa akur dan tunduk atas tekanan dan telunjuk PKR dan DAP apabila cadangan mereka supaya kajian penjualan arak ditolak oleh Kerajaan Negeri yang berpaksikan DAP.
Terdapat suara-suara penyokong PAS mendakwa, kenyataan Datuk Hassan Ali itu sebenarnya adalah tanda dan bukti yang PAS sebenarnya tidak gentar dan tidak akan tunduk lagi dengan sebarang ugutan atau kekebalan yang ada pada PKR dan DAP. Ia juga mengambarkan cara bertolak ansur sudah tidak boleh dipakai lagi dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia seolah-olah PAS sudah mula sedar dan tidak sanggup lagi dikeldaikan oleh PKR dan DAP apabila pandangan dan teguran serta nasihat PAS langsung tidak diterima selama ini.
Lagipun para penyokong PAS sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kepuraan kerana sebelum ini merekalah yang menyerang BN berhubung ladang babi di Sepang sehinggakan mereka mengelarkan Selangor ‘Negeri Selangor Darul Babi’ semasa berkempen pada PUR yang ke 12 lalu.
Namun hari ini sebaliknya berlaku, hakikatnya para pemimpin PAS tidak bersetuju dengan hasrat Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid untuk meneruskan projek ladang babi tersebut tetapi terpaksa akur kepada DAP yang tetap mempertahankan dan mendakwa ingin membalas jasa pengundi Cina yang memberikan kemenangan buat DAP dan PKR. Natijahnya rakan-rakan dari luar Selangor mula memandang sinis PAS Selangor kerana tidak dapat mempertahankan dan memperjuangkan syiar Islam terutamnya isu projek ladang babi.
Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak bermoral seperti rumah-rumah urut dan pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran tidak dapat ditanggani oleh PAS Selangor. Bahkan, terdapat bisik-bisik dikalangan penyokong PAS yang mendakwa tempat-tempat maksiat tersebut tidak boleh ‘disentuh’ kerana ia menyumbangkan pendapatan kepada Kerajaan negeri dan juga perniagaan utama penyokong kuat DAP.
Ada yang mendakwa pergabungan PAS dalam Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mampu menarik sokongan orang Melayu. Sebaliknya orang Melayu mula menjauhkan diri dengan PAS kerana dasar dan matlamat perjuangan yang sudah lari dari perjuangan asal mereka. Sebaliknya ia memberi kelebihan kepada PKR dan DAP kerana gambaran ‘buruk’ PAS dalam Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun para penyokong PAS semakin sedar, bukan saja ianya berlaku di Selangor tetapi juga di Perak yang menerima nasib yang sama. Cuma Kedah saja masih mampu mempertahankan dan memperjuangkan syiar Islam. Sebab itulah DAP cuba ‘mengusik’ Kerajaan Negeri Kedah namun ditempelak oleh MB nya.
Sekurang-kurangnya PAS Selangor sudah bukak mata namun PAS Perak masih dilamun ‘cinta’ pada kuasa. Gelora yang melanda Selangor bahangnya semakin melebar ke Perak. Mudahan syiar Islam yang di bawa oleh PAS tidak dibuang oleh puak-puak yang mementingkan kuasa dan kedudukan.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PAS di negeri Perak nie jadi boneka DSAI je tue yg senyam je....
Post a Comment