Ramai pelanggan Warta Citra Cafe tertanya-tanya kenapa WCT lama tutup. Adakah dah bankrap ataupun kena tahan lesen perniagaan kerana bincang benda yang ada orang tak suka...Sebenarnya WCT tutup kedai agak lama kerana pertamanya tokey cuti panjang dan keduanya semasa cuti tokey demam dan batuk-batuk. Maka tak dapatlah menjenguk WCT sekian lama.
Semalam saya dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kenangan dan ingatan kepada peristiwa Highland Towers dan tanah runtuh yang menimpa rumah Tans sri Ismail menjelma kembali. Sewaktu itu saya terlibat dengan kerja-kerja menyelamat dan menyediakan kemudahan kepada wartawan asing dan tempatan untuk membuat liputan kedua-dua kejadian tersebut.
Dari kenyataan yang dibuat di kejadian kali ini, jelas tampaknya ada orang yang masih tidak serik dan tak mengambil iktibar dari kedua-dua peristiwa tanah runtuh tersebut. Alasan dan sebab musabab ketiga-tiga kejadian itu hampir sama iaitu resapan air yang menyebabkan berlaku rekahan pada tanah cerun dan menyebabkannya runtuh.
Pelbagai pihak khususya pemaju dan majlis perbandaran ampang jaya berjanji untuk membaiki tanah-tanah cerun sekitar Bukit Antarabangsa agar peristiwa sedemikian tidak berulang. Namun ia ternyata hangat-hangat tahi ayam. Apabila soal tanah runtuh dan mula dilupakan maka usaha-usaha dan janji-janji turut juga dilupakan..Projek-projek baru terus diluluskan dan projek-projek terbengkalai yang dikatakan antara sebab berlakunya kejadian-kejadian tersebut terus terbengkalai dan pastinya akan menjadi penyebab kepada kejadian-kejaian akan datang.
Kesian pada rakan-rakan yang telah memberi hartanah dikawasan Bukit Antarabangsa. Peristiwa ketiga ini pastinya akan menyebabkan nilai hartanah mereka merudum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment