Wednesday, 26 November 2008
Harga Minyak Turun: Hikmah Debat Ahmad Shabery vs Anwar Ibrahim
By Koran
1. Hampir seluruh rakyat Malaysia tidak percaya harga subsidi bahan api yang distrukturkan semula oleh Kerajaan pada 5 Jun 2008 telah membawa rahmat yang berterusan kepada rakyat keseluruhannya. Keputusan Kerajaan untuk menetapkan harga subsidi bahan api di pasan tempatan dengan berasaskan harga pasaran minyak mentah dunia adalah satu tindakan yang komprehensif!
2. Pendekatan berani dan bijaksana Kerajaan telah melimpahkan rahmat yang berterusan kepada rakyat. Semasa harga minyak RM2.70/liter, Kerajaan pada masa yang sama melaksanakan pakej bantuan ekonomi melalui sistem rebat kepada pemilik-pemilik kenderaan bermotor. Pakej ini terus dilaksanakan walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak 5 kali!
3. Namun demikian apakah rakyat semua masih ingat bagaimana seriusnya isu kenaikan harga minyak di Malaysia..? Kemuncaknya ialah DEBAT KHAS ANTARA MENTERI PENERANGAN BERSAMA DSAI secara live. Sesungguhnya program debat tersebut adalah permulaan kronologi kepada plot penurunan harga minyak di Malaysia.
4. Siapa kalah atau menang bukanlah persoalan utama, namun keberanian dan ketelusan serta kebertanggungjawaban untuk membantu dan menjelaskan rakyat adalah lebih penting. Semasa Kerajaan memaklumkan bahawa harga minyak pasaran tempatan adalah berasaskan harga pasaran minyak mentah dunia..semua rakyat terpinga-pinga kerana tidak faham proses dan transaksi antarabangsa. Semasa itu jugalah pembangkang mendakwa dan menuduh Kerajaan menzalimi rakyat, PETRONAS mengaut untung dan sebagainya!
5. Lihat hari ini..di mana suara-suara yang menuduh, memaki hamun dan segalanya itu? Suara yang melemparkan fitnah turut mendapat nikmat daripada tindakan Kerajaan. Di mana maruahnya..?
6. Teringat kata-kata Anwar Ibrahim semasa kempen PRK Permatang Pauh..antaranya harga minyak tidak mungkin turun di bawah BN! Malah tindakan Kerajaan menurunkan harga minyak pada 23 Ogos 2008 (beberapa hari sebelum hari mengundi) didakwa sebagai strategi BN untuk mengalahkannya di Parlimen Permatang Pauh.
7. Kerajaan tidak berdendam dengan rakyat walaupun menyokong pembangkang. Kerajaan tetap memberikan hak rakyat sebagaimana hak mutlaknya. Orang BN atau orang PAS, PKR, DAP atau apa-apa sahaja tetap mendapat harga minyak yang sama! Tidakkah mereka itu malu dan tidak bermaruah untuk menggunakan minyak dengan harga yang lebih murah..? Umpama meludah ke langit terpalit ke muka sendiri.
8. Walau bagaimana sekalipun..penurunan harga minyak hari ini mempunyai kaitan langsung yang amat relatif dengan keberanian dan kebertanggungjawaban Dato' Ahmad Shabery berdebat dengan DSAI. Implikasi debat tersebut telah melakar satu senario baru dalam penentuan dan ketetapan harga minyak pasaran tempatan! Hikmahnya adalah nikmat dan rahmat kepada rakyat tanpa mengira apa pegangan agama dan politiknya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment