Sunday, 23 November 2008
UMNO DAN MASA DEPANNYA
Apa sudah jadi dengan UMNO? Semakin dekat dengan perhimpunan semakin pusing kepala Pak Lah di buatnya. Nampaknya masing-masing berlumba menjadi ketua. Jika sebelum ini peralihan kuasa pucuk pimpinan Presdien UMNO menjadi topik hangat yang dbicarakan kali ini pucuk pimpinan wanita pula hangat di perbualkan.
Jika sebelum ini Presiden UMNO terpaksa akur dengan kehendak akar umbi supaya peralihan kuasa dari Jun 2009 dipercepatkan kepada Mac 2009 dan kini tiba giliran Ketua Penggerakan Wanita pula digasak supaya berundur lebih awal dari tarikh perjanjian yang telah dipersetujui lebih awal. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penggerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz agak tegas tapi beliau perlu akur apabila Presiden UMNO sendiri membenarkan jawatan tersebut dipertandingkan (Utusan Malaysia:22Nov. 2008).
Adakah pertelingkahan yang wujud ini baik untuk UMNO? Itulah persoalan yang timbulkan oleh oranag ramai yang melihat apa yang berlaku pada UMNO hari ini seperti penyakit ‘kencing manis’ yang semakin merebak. Jika tidak dijaga dengan betul, penyakitnya akan merebak dan boleh membawa maut kepada UMNO.
Tidakkah pada saat ini UMNO perlu perkuatkan jentera untuk menebus kembali Tsunami Mac lalu? Tidakkah pada saat ini UMNO perlu berusaha untuk menyakinkan kembali rakyat terhadap UMNO? Tidakkah UMNO perlu berusaha memulihkan kembali semangat berpasukan dikalangan ahli parti kerana rasuah politik dalam UMNO telah mengubah persepsi rakyat pada UMNO?
Tidakkah UMNO patut berusaha untuk memulihkan kembali sokongan parti-parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain setelah beberapa isu menyebabkan renggannya hubungan dan kepercayaan kaum lainpada UMNO? Tidakkah semua ini perlu diutamakan dari merebut jawatan untuk kepentingan peribadi?
Itulah persoalan yang bermain difikiran rakyat yang memerhati apa yang berlaku pada UMNO pada hari ini. Benarkah UMNO dahulu jauh berbeza pegangan mereka berbanding dengan UMNO sekarang yang dikatakan lebih mementingkan kebendaan dari perjuangan? Rakyat yang setia dengan UMNO menjadi risau dan binggung dengan apa yang berlaku pada UMNO hari ini.
Seoalah-olah para pemimpin UMNO lebih mementingkan jawatan dalam parti berbanding penyatuan dan kerjasama dalam parti. Sepatutnya UMNO perlu belajar dan jadikan Mac 2008 sebagai ikhtibar tetapi sebaliknya berlaku.
UMNO semakin ‘sakit’ kerana masing-masing lebih mengutamakan kebendaan berbanding memperkasakan UMNO untuk menawan kembali negeri-negeri yang telah dirampas oleh Pakatan Rakyat. Benarlah kata Tun Mahathir, negeri-negeri yang di tawan oleh Pakatan Rakyat jika tidak dirawat dengan segera nescaya Kelantanlah jadinya.
Rakyat akan lebih tertarik dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat bukan saja dari segi tindakan dalam pengurusan dan pentadbiran merka tetapi dari segi pemaufakatan dalam parti.
Walaupun mereka mempunyai masalah dalam parti, susah untuk rakyat melihatnya berbanding dengan UMNO. Tidak dinafikan PAS, DAP dan PKR tidak sehaluan dalam banyak hal, namun mereka masih saling ‘cover’ antara satu sama lain semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Apa yang berlaku sekarang ini seperti di Kedah, Selangor dan Perak jelas menunjukkan ketidaksefahaman dalam Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai agenda dan perjuangan yang berbeza. Namun, apa yang berlaku dalam UMNO adalah sebaliknya, lihat sajalah isu politik wang dalam kempen pemilihan UMNO dan perbalahan dalam pemilihan pucuk pimpinan, sebenarnya memberi impak dan pandangan negatif pada rakyat.
Tidak mustahil jika UMNO terus bergolak dan mempersia-siakan ‘injured time’ untuk memulihkan kembali sokongan rakyat terhadap UMNO, nescaya UMNO boleh terkubur. Terkuburnya UMNO bukan disebabkan oleh kelemahan UMNO, tetapi kealpaan dan rasa tidak bertanggung jawab serta sikap mementingkan diri sendiri yang susah untuk dibuang oleh pemimpin UMNO dalam usaha untuk memancu UMNO ke landasan yang betul.
Apa yang dilihat sekarang, para pemimpin UMNO tidak menunjukan usaha untuk memulihkan UMNO. Lihatlah di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, apakah tindakan dan usaha-usaha yang telah di buat oleh pemimpin-pemimpin UMNO di negeri-negeri tersebut? Sudah hampir 11 bulan negeri tersebut di rampas, UMNO masih tidak ‘bergerak’ untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut.
Adakah UMNO masih di buai mimpi? Atau adakah pemimpin-pemimpin UMNO beranggapan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut kerana undi protes kepada UMNO? Dengan kata lain, jika sikap ‘ambil mudah’ dalam UMNO masih menebal, rakyat juga akan ‘ambil mudah’ untuk terus bersama dengan pembangkang.
Yang pasti jika pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu, yang berjuang dalam UMNO untuk membawa kepada kemerdekaan Negara, memperjuangkan Negara dari belengu komunis, membangunkan Negara sehingga rakyat hidup aman dan selesa, kemakmuran dan membawa kepada keamanan hasil perkongsian hidup pelbagai kaum dan sebagainya, jika mereka semua masih ada, sudah pasti mereka sungguh kecewa dan menangis bukan kerana kelemahan UMNO, kerana tetapi sikap pemimpin UMNO.
Osman@Mansor
Labels:
Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment