Walaupun badai Tsunami melanda Barisan Nasional pada Mac lalu masih dirasakan, sekurang-kurangnya angin perubahan juga mula menampakkan kembali sokongan rakyat terhadap BN. Keyakinan rakyat kembali setelah melihat kejujuran dan keikhlasan pucuk pimpinan parti BN iaitu UMNO, MCA dan MIC dalam menghadapi arus Tsunami yang melanda.
UMNO dan MCA sudah memulakan langkahnya untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat dalam pelbagai perkara. Ia bermula dengan peralihan kuasa dalam UMNO yang akan dterajui oleh Najib dan perlantikan gandingan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek diharapkan membawa lebaran baru dalam memperkemaskan kembali jentera BN. Walau bagaimanapun MIC masih angkuh dan ’tidak sedar diri’ walaupun sudah terang dan jelas kaum India menolak MIC.
Dari apa yang di dengar, kaum India hakikatnya bukan menolak MIC tetapi mereka menolak Sammy Vellu yang sudah lama dan ’berkarat’ dalam MIC dan dikatakan tidak membawa apa-apa perubahan kepada kaum India. Jadi sudah sampai masanya Sammy Vellu menyerahkan kepimpinan MIC kepada yang lebih muda, berintregasi dan mampu memancu masa depan masyarakat India.
Dari kelemahan dan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN inilah menyebabkan rakyat memilih Pakatan Rakyat dan menghukum BN. Jika BN masih dibuai mimpi enak dan masih bercakaran serta tuduh menuduh sesama sendiri dan tidak mempedulikan ’signal’ yang ditunjukkan oleh rakyat, tidak mustahil UMNO akan keseorangan MCA dan MIC serta parti komponen lain akan lari meninggalkan UMNO.
Walau apapun, permaufakatan dan diplomasi sesama rakan dalam parti perlu dilakukan secara berhemah. Jangan pula ada pihak akan tersinggung dan jangan pula memenangkan satu pihak. Jika ini berlaku, ia tidak akan mengubah apa-apa dalam parti.
Kekeliruan dan kecelaruan perjuangan Pakatan Rakyat mula disedari oleh rakyat. Pelbagai tindakan dan pendirian terhadap sesuatu perkara yang di bangkitkan oleh Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perjuangan sebenar apa yang mereka laungkan semasa PUR lalu.
Pelbagai tindakan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, Perak dan P. Pinang telah menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan orang Melayu. Pakatan Rakyat mula merasai bahangnya sejak pengumuman peralihan kuasa dalam UMNO.
Pakatan Rakyat bertambah parah dan gusar apabila Najib semasa menggulung belanjawan di Parlimen baru-baru ini telah mengumumkan satu pendekatan dengan mengistiharkan suntikan kewangan sebanyak RM7 bilion bagi meringankan beban rakyat dalam berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi dunia.
Puncak kelemahan Pakatan Rakyat ialah apabila belajawan yang di bentangkan oleh Anwar Ibrahim pada Oktober lalu di Parlimen tidak mendapat liputan oleh media termasuk media pembangkang. Sebenarnya selepas belanjawannya dibentangkan lagi Anwar sudah risau. Kerana beliau sedar bahawa belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan hanyalah belanjawan ‘kosong’ dan tidak mampu memberi ransangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
Sebab itulah apabila Najib menyatakan belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar itu belanjawan menguncup, Anwar lintang pukang di buatnya dan muka pucat seperti mayat. Beliau cuba untuk mempertahankan dan mengajak rakan-rakannya dalam Dewan Parlimen bangkit menangkis kata-kata yang dilontar oleh Najib, tapi rakan-rakannya tidak memberi sebarang respon.
Jadi jalan terbaik bagi Anwar untuk tidak dimalukan di dalam Dewan Rakyat dan di hadapan rakan-rakannya ialah bangkit dan keluar dari Dewan. Seperti lembu dicucuk hidung, rakan-rakan mereka juga ikut serta keluar dewan walaupun mereka sedar tindakan sebenar Anwar bukannya marah dengan apa yang dikatakan oleh Najib sebaliknya Anwar marah kerana tidak mendapat sokongan rakannya dalam dewan.
Tindakan Anwar keluar Dewan pada masa Najib menggulung belanjawan pada hari itu adalah untuk mengelak dimalukan dan beliau sebaliknya memusingkan cerita semasa membuat kenyataan akhbar dengan mendakwa Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan suntikan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.
Ramai dikalangan rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat terkejut melihat reaksi Anwar ketika Najib mendakwa belanjawan Pakatan Rakyat adalah belanjawan menguncup. Kenapa beliau tidak setenang Najib, walaupun Najib dilontarkan dengan pelbagai cemuhan dan kritikan serta sindiran di atas belanjawan yang dibentangkan.
Sebaliknya Anwar seperti manusia hilang pedoman dan terkelu lidahnya apabila di dakwa belanjawannya adalah belanjawan menguncup. Penyokong Pakatan Rakyat mempersoalkan kenapa Anwar tidak mempertahankan dan memperjelaskan kepada Dewan akan dakwaan Najib keatasnya? Sebaliknya Anwar mengambil singkat dengan keluar dari Dewan. Tindakan Anwar bukan saja dikecam dan mendapat sindiran penyokong mereka bahkan juga Ahli-ahli Parlimen yang dicucuk hidungnya serta Exco Pakatan Rakyat di seluruh negara.
Walau apapun, itulah Pakatan Rakyat, mereka berjuang bukan untuk rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi.
Wednesday, 12 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment