Friday, 7 November 2008

DEMI POLITIK, AGAMA ISLAM DI JADIKAN ALAT UNTUK SOKONGAN

It seems the warning by the Majlis Raja-raja has not gone down well among members of the public. The question on ketuanan Melayu and the special priviledge of the Malays as enshrined in the constitution are still a bone of contention. At Warta Citra Cafe, this topic is still a hot topic, not because it is the the most frequent topic discussed but it always end up in heated arguements and once into a fist fight. The aftermath of the fiasco, I was left with a few broken chairs and cups. Hey...its not easy to get an authentic kopi tiam chairs and cups nowadays...

Nevertheless, I transcibed an arguement by one regular customer named Osman Mansor.

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘indah khabar dari rupa’, ‘cakap tak serupa bikin’ begitu juga peribahasa Ingggeris “don’t judge a book by it cover’ mengingatkan saya akan perjuangan sebuah parti politik yang mendukung Islam sebagai madah perjuangan mereka iaitu Parti PAS. Peribahasa itu digunakan adalah tepat kerana keluhan oleh masyarakat kita hari ini terutamanya yang beragama Islam yang mula mempertikai dan meragui akan madah perjuangan Parti PAS pada hari ini.
Kalau sebelum ini agama Islam dijadikan tonggak perjuangan PAS yang bercita-cita untuk mendirikan sebuah Kerajaan Islam, sehinggakan politik ‘kafir-mengkafir’ dan ‘halal haram’ ciptaan PAS untuk memperjuangkan agama Islam malah bagi menguatkan madah perjuangan mereka dijadikan senjata untuk menarik sokongan masyarakat Melayu. Untuk menyakinkan lagi masyarakat Islam, PAS mengistiharkan akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Namun, pada masa itu ramai yang berkata, apa yang di buat oleh PAS itu hanyalah semata-mata helah politik mereka dan ianya hanya dijadikan sebagai alat untuk menarik sokongan politik sahaja.
Namun, semua itu tinggal kenangan, ramai tertanya-tanya dimana laungan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan Hukum Hudud yang menjadi teras dalam kecemerlangan pentadbiran? Kelantan di tadbir hampir 18 tahun lamanya tapi sehingga kini Hukum Hudud tidak terlaksana juga. Jelas dan ternyata bahawa, perjuangan PAS sebelum ini hanyalah mainan politik mereka saja. Ini kerana mereka sedar, jika Islam dijadikan teras perjuangan dalam parti mereka, cita-cita untuk mentadbir negara hanyalah mimpi semata-mata.
Madah perjuangan mereka tidak mampu menarik semua yang beragama Islam menyokong mereka, kerana majoriti beragama Islam adalah Melayu yang telah berpecah dua kepada UMNO, sebaliknya madah perjuangan PAS sedikit sebanyak telah menakutkan bukan Islam.
Atas kesedaran itulah dan demi untuk mencapai cita-cita dalam politik, pada hari ini mereka sanggup menjilat ludah sendiri hanya kerana impian dan cita-cita besar dalam politik dan sanggup bersetongkol dengan DAP. Oleh kerana ingin menjaga kesepakatan dalam parti Pakatan Rakyat, PAS mula menjauhi perjuangan mereka. Jika sebelum ini segala bentuk hiburan dan sukan yang berbentuk perjudian adalah haram, namun kini nadanya adalah berlainan. Hiburan dan sukan snooker sudah di‘halal’ kan dan jika sebelum ini semua orang UMNO dituduhnya ‘kafir’ kerana berkawan dengan MIC dan MCA, tetapi apa yang terjadi hari ini mereka pula berkawan rapat dengan DAP.
Lebih menyedihkan apabila terdapat beberapa pemimpin DAP dan PKR dalam hujah mereka bercakap mengenai Islam dan semata-mata menarik sokongan masyarakat Islam, pemimpin DAP itu berkata dia sanggup masuk Islam, tapi ada syaratnya itupun selepas kematian ayahnya. Maka bertaburanlah pujian, bertepuk tangan dan senyum gembiralah para penyokong PAS kerana mereka bangga pemimpin DAP pandai menyentuh mengenai Islam dan hasrat memeluk Islam itu satu satu pengorbanan besar ertinya.
Begitulah anggapan para penyokong PAS, tetapi kita perlu ingat dan semua pasti ingat dalam sebuah cerita lakonan allahyarham P. Ramlee ‘Madu Tiga’, antara dialognya ialah ‘baik tuan rumah itu ya pak’ maka si bapak membalas ‘ya baik, tapi baik ada makna’.
Namun semua itu terpulanglah pada masing-masing punya pemikiran, kerana apa yang dilihat dan didengar, para pemimpin DAP dan yang bukan Islam yang berkawan dengan PAS ini dikatakan hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan masyarakat Islam saja dalam politik mereka. Mereka akan menggunakan helah apa saja, dan dikatakan kalau disuruh melaungkan azan pun mereka sanggup semata-mata untuk mendekatakan diri dan menyakinkan masyarakat Islam.


to be continued tommorrow......

No comments: