Friday, 14 November 2008
Maharaja Bloggers Visit Warta Citra Cafe.
Recently, MaharajaBlogger visited Warta Citra Cafe. This what he has to say:.....
TUN MAHATHIR TIDAK PATUT LAGI BERTANYA.
Taraf liberalism dan permissiveness rakyat Malaysia setaraf dengan negara negara Barat dan negara negara maju di dunia. Moral tidak lagi menjadi nilai untuk pemilihan seseorang bagi menjadi pemimpin kerana itu adalah hak atau soal individu.
Pelakon video lucah seperti Dr.Chua Soi Lek (MCA), penggemar liwat (PKR), perasuah (BN) dan pembohong (Pas) telah diterima oleh rakyat sekalipun mereka telah didedahkan terlibat atau pernah menjalani hukuman penjara.
Penerimaan terhadap perbuatan immoral oleh pemimpin pemimpin politik itu dari kalangan Barisan Nasional dan juga parti parti pembangkang telah dibuktikan oleh rakyat dengan memberikan kemenangan kepada mereka dalam Pilihanraya Umum lalu.
Pemimpin pemimpin Pas mungkin dianggap tidak terlibat dalam kes jenayah,rasuah, liwat,khalwat dan sebagainya tetapi Tok Guru mereka atau Mursyidul mereka adalah pembohong besar kerana menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal secara terang terangan untuk kepentingan politik. Dia mengharamkan UMNO berkawan dengan kafir tetapi sekarang menubuhkan kerajaan dengan golongan kafir. Pemimpin Islam yang berbohong adalah tidak berakhlak.
Sesungguhnya tidak relevan lagi bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kredibiliti calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang katanya, mempunyai sejarah buruk tetapi layak untuk bertanding pada saat saat terakhir sekalipun pada mulanya jauh ketinggalan.
Dr.Mahathir sendiri lupa sejarah negara yang buruk.
Sebenarnya rakyat Malaysia tidak dididik dan dibentuk dengan konsep moral yang kuat untuk menjadi rakyat yang berpegang kepada nilai yang baik, dari pekara yang sekecil kecilnya hingga yang besar, dari rasuah hingga kepada skandal, dari soal rumah tangga hingga di luar rumah tangga.
Ini berbanding dengan Singapura yang tidak membenarkan perjudian,mengharamkan budaya kuning, tegas terhadap penyelwengan dan rasuah pegawai kerajaan dan menteri menteri.Walaupun telah ada kelonggaran dalam semua kemaksiatan ini sekarang di pulau itu tetapi rakyat telah disebatikan dengan nilai nilai yang baik terutama dalam soal rasuah dan kejujuran berpolitik.
Ini dilakukan menerusi sistem perkaderan yang ketat dan keras terhadap bakal pemimpin.
Sistem latihan kepimpinan di Malaysia ialah semua pemimpin UMNO yang bertanding dari peringkat cawangan, bahagian , Presiden,Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi mestilah pandai menaburkan wang untuk mencari sokongan dengan menyembunyikan tangan.
Mereka yang menaburkan wang paling banyak mestilah pandai meneriakan kutukan terhadap "politik wang" dengan suara paling nyaring.
Ini adalah latihan untuk bijak menggunakan wang negara bila menjadi pemimpin negeri atau negara bagi membantu menaikan sahabat karib , tokoh tokoh koporat dan bagi menyelamatkan mereka dalam kegawatan ekonomi.
Dalam zaman Mahathir tokoh tokoh yang diselamatkan banyak yang mempunyai "very bad record" dengan membayar nafkah isteri yang diceraikan sehingga RM 5 juta dan ada isteri kehilangan barang kemas beratus ribu ringgit di London. Banyak majlis kahwin yang berlangsung seperti diatas kayangan. Pembaziran adalah kebudayaan kerana kepercayaan Mahathir semakin banyak wang dibelanjakan semakin pesat ekonomi berkembang.
Mahathir telah berjaya mengwujudkan kemakmuran dan kemewahan hidup dikalangan rakyat Malaysia tanpa dapat membezakan nilai murni kerohanian dan kesyaitanan materialisme.Pada Mahathir nilai moral yang tinggi ialah kereta mewah, rumah besar dan wang berjuta dan berbillion. Beliau berjaya mengubah nilai tradisi orang Melayu.
Dalam hal ini jika dibandingkan dengan Singapura, Perdana Menterinya yang pertama Lee Kuan Yew walaupun percaya kepada kapitalisme tetapi mengawalnya dengan disiplin moral yang ketat. Dari sejak tahun 60an dia telah menghantar mesej yang keras kepada menteri menterinya supaya tidak terlibat dengan rasuah dan skandal dan mesti berkerja keras untuk rakyat.
Seorang menterinya yang rasuah telah membunuh diri sebelum dibicarakan, seorang lagi menteri dihantar ke luar negara kerana berkahwin dua dan setiausaha parlimen bagi sebuah kementerian yang pergi ke rumah urut ketika di Kuala Lumpur telah dipecat.
Mahathir tidak seharusnya membuat penilaian dari segi moral seseorang untuk layak bertanding bagi kepimpinan UMNO tetapi mestilah menilai dari segi berapa banyak seseorang dapat menunjukan kekayaan dan kemurahannya dalam masa pertandingan.
Maharaja masih ingat dalam pertandingan pucuk pimpinan UMNO semasa Mahathir, Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pernah berkata "mereka ada duit,belanjalah."
Tun Daim adalah juga orang yang direstukan nilai kekayaaannya oleh Mahathir maka Mahathir tidaklah seharusnya tekejut jika seorang yang ketinggalan pada mulanya didalam pencalonan untuk melayakan diri menjadi calon Timbalan Presiden UMNO telah dapat melayakan dirinya bertanding pada saat saat terakhir.
Ini bukan hanky panky. Ini pembahagian rezki. " Mereka ada duit belanjalah".
Abdullah Badawi sekadarkan mengistiharkannya sebagai dasar liberlisasi atas apa yang telah digalakan di zaman Mahathir.
Labels:
Tun Mahathir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment