Wednesday, 12 November 2008

AKHBAR PAPAR KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) MACAM MENTERI




Minggu lalu, seorang lelaki yang pertama kali berkunjung ke Warta Citra Cafe memberikan komen yang agak menarik. Saya lupa bertanya namanya. Tetapi dari gaya cakapnya beliau adalah seorang pemerhati media dan pernah terlibat dalam dunia persuratkhabaran atau mungkin juga seorang penulis sambilan. Sambil minum kopi Cham dan menatap beberapa naskah akhbar tempatan, beliau memberikan komen terhadap apa yang dilihatnya sebagai keterlaluan.

“Jika dikira kekerapan berita beserta gambar seorang menteri dipaparkan di akhbar dengan berita dan gambar Khairy Jamaluddin lebih dikenali sebagai KJ, tentu sekali menteri akan cemburu” katanya.

Seterusnya ujar beliau, “pembaca tentu akan tertanya-tanya apakah KJ ni setaraf menteri sehingga akhbar dan media elektronik arus perdana termasuk terbaru Astro pun pasti perlu menyiarkan laporan lengkap dengan gambar wajah KJ.

Kekerapan KJ terpampang di dada akhbar dan kaca tv tidak kira apa pun rancangan dan bentuk berita itu semakin ketara dan lebih jelas lagi sejak beliau menerima pencalonan kurang bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kini akhbar kerdil atau disebut’mosquito paper’ pun ‘dipaksa’ memberi ruang kepada KJ. Sebagai contoh Mingguan Watan keluaran 2-8 November bertempek “Khairy Mangsa Sentimen’ dengan tiga muka penuh wawancara khas menjelang pemilihan pada Perhimpunan Agung Umno Mac, 2009. Siapa baca Watan. Edarannya 2,000.

Jika di syarikat-syarikat akhbar arus perdana, KJ menggunakan ‘red hotline’ menghubungi ketua pengarang kumpulan bahawa beliau ada berucap atau mahu membuat ulasan, kini di akhbar kerdil dan saluran tv arus perdana pun beliau diwajibkannya memberi ruang.

Wajahnya tidak lagi dipaparkan di TV3 dan yang sekongkol dengannya saja malah kini terjamin 100% Astro pun akan memanggil KJ untuk program tertentu.

Apa yang menarik adalah walaupun berita di akhbar perdana mengenai dua lagi calon Ketua Pemuda, iaitu Datuk Mukhriz Mahahtir dan Datuk Seri Khir Toyo dengan KJ disebut sekali lalu pun, gambar menantu PM itu juga dipaparkan. Sehinggakan gambar yang dianggap sebagai untuk album saja pun kini dipaparkan.

Dengarnya bagi sesetengah pengarang kanan, tempoh khidmat mereka dijangka tamat tidak lama lagi kerana ia berdasarkan kontrak, jadi KJ dengan kekuatan hubungan baiknya dengan Kalimullah Hassan memastikan berita dan wajahnya pasti disiarkan semua akhbar dari Balai Berita. Jika tidak alamat pengarang berkenaan gulung tikar.

Begitu juga keadaan di Jalan Chan Sow Lin dan di Bukit Jalil dan Damansara. Agaknya sebut saja KJ mahu berita dan gambarnya dipaparkan maka kelam kabutlah bilik berita dengan arahan usah ingkar.

Apa yang berlaku ini macam sama saja ketika Anwar Ibrahim berkuasa pada tahun-tahun 90-an apabila apa saja berita beliau pasti mendapat tempat lengkap dengan gambar sekali. Jelas apabila seseorang dianggap pemimpin disanjung begitu tinggi apabila dia terjatuh, sukar baginya untuk bangkit semula.

Ketika itu, bagi komisar-komisar Anwar, kata-kata beliau itu keramat dan gambarnya boleh jadi idola semua. Namun pada masa itu, malang tidak berbau.
Sehingga hari ini pun, Mukhriz yang tegas dan tidak menarik balik kenyataannya meminta Presiden Umno berundur terus mendapat pencalonan dengan KJ di belakangnnya. Mujur Rembau mencalonkan KJ.
Akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu, 9 November menyiarkan berita pencalonan itu lengkap dengan gambar (tidak ada nilai pun) sedangkan The Star hanya beberapa perenggan.

Apakah KJ mengharapkan paparan berita dan wajahnya akan membuat perwakilan Pemuda Umno swing kepada beliau pada hari pemilihan atau Mukhriz dianggap lebih berwibawa, berani, tegas dan berprinsip seperti bapanya Dr Mahathir Mohamad sehingga dipecat dari Umno, pada 1969, muncul mengetuai Pemuda.

“Ada kalanya paparan melampau boleh membuat orang meluat dan menyampah”, tambahnya sambil melambaikan tangan kepada pelayan cafĂ© untuk membawakan bil minuman kepadanya.

No comments: