Tuesday 4 November 2008

Najis PKR , PAS Tukang Cuci

Satu isu yang terpaksa PAS menutup hidung dek najis yang keluar dari DAP dan PKR ialah mengenai perlantikan Ms Low, Pengurus Besar sementara PKNS. Perlantikan Ms Low ini bukan saja mendapat bantahan rakyat Selangor malah kakitangan PKNS sendiri menentang perlantikan ini bahkan dua EXCO PAS, Y.B Dato’ Hassan Ali dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Y.B Iskandar Abdul Samad turut melahirkan rasa tidak puas hati berhubung perlantikan Ms Low oleh MB Selangor.

Namun yang paling penting ialah rakyat Selangor mula mempersoalkan kenapa Ms Low dilantik dan adakah beliau benar-benar dilihat bersih dari amalan korup? Ada yang mempertikaikan bahawa suami Ms Low adalah seorang kontraktor. Puncak kemarahan PAS Selangor ialah dikatakan perlantikan Ms Low adalah keputusan muktamad dari MB Selangor sendiri tanpa dibincangkan dan di bawa ke pengetahuan Exco-Exco PAS namun perlantikan ini dikatakan telah dibincangkan dengan Exco-Exco DAP.

Rakyat Selangor yang cerdik pandai mula mempersoalkan, kalaupun benar kuasa melantik pengurusan tertinggi PKNS adalah prerogatif MB Selangor, tidakkah beliau sedar, jika berlaku apa-apa, bukan beliau dan barisan Exconya yang kena jawab, tetapi seluruh rakyat Selangor terpaksa menjelaskan kepada anak cucu mereka satu hari nanti.

Atas kesedaran inilah, PAS Selangor yang diketuai oleh Y.B Dato’ Hassan Ali dan Y.B Iskandar Abdul Samad meluahkan perasaan tidak puas hati mereka yang sudah lama terpendam. Inilah sikap sebenar DAP dan PKR, mereka hanya mempergunakan PAS untuk meraih sokongan kaum Melayu dan PAS telah dipergunakan secukupnya semasa PUR ke12 yang lalu.

Sekarang ini rakyat Selangor mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan Kerajaan BN, kerana Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya pelbagai janji manis di tabur pada kaum Melayu, tetapi apabila sudah berkuasa mereka mula tidak mengambil kira sensitiviti orang-orang Melayu. Ia bermula dengan isu ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan terbaru perlantikan pengurus besar PKNS.

Apakah sebenarnya propganda Pakatan Rakyat terhadap orang Melayu di Selangor? Tidakah MB Selangor mempunyai perasaan dan kenapa beliau tidak menyelami perasaan orang Melayu? Rakyat Selangor rata-rata mula melahirkan rasa bimbang dan gusar. Nampaknya MB Selangor lebih menjaga hati kaum lain berbanding kaum sama dengannya. Sensitiviti dan perasaaan orang Melayu selangor langsung tidak dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa!

Tindakan MB Selangor lebih menganggap orang ‘Melayu bodoh’ kerana undi Melayu dapat dipancing untuk kemenangan Pakatan Rakyat dalam PUR Mac lalu dan sebaliknya mendakwa kemenangan Pakatan Rakyat adalah hasil dari peningkatan sokongan dan undi kaum Cina dan India. Oleh sebab itulah, pada hari ini banyak keputusan dan tindakan yang di buat oleh MB Selangor dilihat lebih memihak dan memberi keuntungan kepada bukan Melayu.

Walau apa jua yang berlaku rakyat Malaysia hendaklah bersatu. Sedikit api kemarahan mampu menggugat kemakmuran dan keamanan yang dibina oleh nenek moyang kita berpuluh tahun lamanya. Janganlah kita dengan mudah merobohkan perpaduan yang sudah sekian lama terbina hanya kerana KUASA.

1 comment:

Anonymous said...

sila rujuk blog saya di jutawanlaksama@blogspot.com