Saturday, 24 October 2009

IKLAN P1 WIMAX BROADBAND TIDAK BERMORAL?


Kebelakangan ini semua stesen televisyen termasuk yang berbayar atau tidak berbayar sering kali menyiarkan iklan bagi mempromosi talian internet tanpa wayar iaitu P1 Wimax Wireless dengan kadar potongan menarik kepada pelanggan mereka. Menyedihkan unsur-unsur pengisian iklan ini dikatakan memaparkan unsur lucah atau tidak bermoral dengan kerap kali mengulangi perkataan ‘potong’.

Memang diakui mesej yang ingin disampaikan oleh pengeluar berhubung produk iaitu percuma RM160 dan sebulan potongan penggunaan diberikan percuma kepada pelanggan yang melanggan talian tanpa wayar P1 Wimax. Tetapi cara penyampaian atau unsur yang terdapat dalam iklan tersebut dilihat seolah-olah tidak bermoral dan berunsur lucah.

Iklan bermula di sebuah majlis perkahwinan apabila seorang tetamu bertanyakan pada kawannya ‘sudah potong ke?’ Kawannya lantas menjawab dengan nada yang kuat ‘kau belum potong lagi ke?’. Kata-kata kawannya itu didengar oleh tetamu lain dan seolah-olah pertanyaan ‘potong’ itu menjurus kepada ‘khatan’. Ia dikuatkan lagi perkataan ‘potong’ itu menjurus kepada ‘khatan’ kerana pengantin perempuan yang sedang bersanding di atas pelamin bertanyakan kepada pasangannya ‘dah potong ke’? Lantas si pengganti lelaki menjawab ‘off course’. Lantas diikuti oleh kata-kata tetamu lain hinggalah kanak-kanak yang memukul kompang mengatakan ‘potong’ berulang-ulang kali.

Ramai penonton melahirkan rasa kurang senang dengan iklan tersebut. Pemahaman dan interpretasi mereka mengenai mesej yang ingin disampaikan menerusi iklan adalah ‘tidak kena’ kerana boleh dikatakan tidak bermoral. Ironinya kenapa iklan seperti ini boleh terlepas dan disiarkan oleh stesen televisyen? Tidakkah isi kandungannya dinilai terlebih dahulu oleh pihak-pihak tertentu?

Akok@Baulu

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa pihak tertentu menutup mata dan memekak telinga mengenai iklan yang semakin tidak bermoral disiarkan di stesen tv kita.
Tidak ada satu pun mereka berani bukak mulut dan menyatakan kerisauan akan sikap lepas tangan pihak tertentu dalam penyiaran iklan.
Bukan setakat iklan P1Wimax saja, cuba kita lihat iklan AirAsia mengenai pengalaman seorang kanak-kanak bercuti bersama neneknya. Lihatlah kenangan atau memori kanak-kanak tersebut? Sungguh memalukan.
Patutlah masalah sosial negara semakin hari semakin teruk kerana disajikan dengan bahan-bahan yang berunsurkan lucah dan tidak bermoral.

Anonymous said...

Depa ni semua bukan tutup mata atau telinga..sebaliknya buat-buat buta...tapi mulut luas ternganga kerana adanya habuan menanti.
Jadi itulah sebabnya iklan atau cerita yang mempunyai unsur-unsur seperti yg dinyatakan oleh blogers semakin berleluasa disiarkan oleh tv kita.