Monday, 23 March 2009

PAKATAN RAKYAT:RETAK MENUNGGU BELAH

Selepas setahun PR menang besar dan dapat memalukan BN dalam PUR ke 12 nampaknya ‘panas yang diharapkan sampai ke petang tidak kesampaian, sebaliknya ribut petir dan taufan melanda’. Walaupun PR masih menafikan kemelut masalah dalaman yang mereka sedang hadapi, tapi mereka tidak dapat menahan ‘kemelut’ yang melanda dari pengetahuan rakyat seluruh Negara.

Kemelut yang melanda sejak dari awal setelah memenangi pilihanraya umum tahun lalu kian meruncing dan hakikatnya ia menemplak keangkuhan dan kesombongan PR kerana begitu asyik menuduh dan memfitnah BN dalam semua hal. Bahkan sikap buruk PR ialah apabila menghasut rakyat supaya membenci dan memburukkan pihak-pihak tertentu seperti polis, peguam Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebagainya. Lebih buruk perangai PR ialah hasutan supaya rakyat Malaysia tidak membaca surat khabar tertentu.

Inilah budaya songsang PR untuk menghancurkan bumi Malaysia. Ramai yang mempersoalkan sikap para pemimpin PR yang menghasut supaya tidak membaca surat khabar tertentu tersebut. Adakah tindakan mereka ini untuk menambah kembali bilangan buta huruf dalam Negara?

Boleh dikatakan seluruh negeri di bawah pentadbiran PR dan terbaru apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang meminta supaya tidak membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan NST kerana dakwanya berita yang disiarkan adalah memesongkan. Hakikatnya hasutan oleh para pemimpin PR sedemikian adalah kerana mereka takut rakyat mendapat berita sebenar tentang kelemahan, kepincangan dan salah laku pemimpin-pemimpin PR.

Lihatlah bagaimana mereka menafikan amalan rasuah, salah laku kuasa dan kemelut kepimpinan yang melanda dalam PR. Namun, kebenaran tetap tercipta dan akhirnya apa yang didedahkan oleh Utusan Malaysia dan surat-surat khabar yang mereka fitnahkan itu terbukti kebenaran akan laporannya. Dari awal lagi awalan rasuah melanda PR, mereka menafikan namun akhirnya terbongkar apabila pemimpin PKR Pulau Pinang mendedahkan wujudnya rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang dalam bidang kuari. Akibat pendedahan tersebut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang meletak jawatan.

Untuk menutup malu, alasan perletakan jawatan TKM I ini kononnya Mohammad Fairus ingin melanjutkan pelajaran. Nampak sangat kecetekkan dan ‘pembohongan’ para pemimpin PR yang tidak mengakui kelemahan dan sikap buruk mereka kerana demi kuasa. Ini belum lagi dengan salah guna kuasa oleh para Exco Selangor yang bakal didedahkan oleh pihak tertentu. Begitu juga dengan kemelut dalam pemilihan calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau. Kenapa boleh jadi begini?

Jika kita lihat dengan Hakikatnya sejak dari awal pakatan antara Pas, DAP dan PKR tidak ada penghujungnya kerana masing-masing mempunyai agenda dan perjuangan yang berbeza. Pas ingin dirikan sebuah Negara bercirikan pentadbiran Islam (walaupun pada hari ini perjuangan Pas sudah beralih arah kerana mereka sudah boleh berkawan dan berpeluk dengan orang-orang ‘kafir’) manakala DAP sudah seperti sedia maklum akan perjuangan ‘Malaysia Malaysian’ yang mereka perjuangkan sejak dahulu lagi dan cita-cita DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik sama seperti jiran Malaysia iaitu Singapura. Kenapa DAP jadikan Singapura sebagai benchmark mereka? Kerana DAP adalah serpihan dan sisa perjuangan dari parti memerintah Singapura sekarang.

Manakala PKR pula adalah parti wujud akibat dari kekecewaan dan melakukan pembohongan dengan melaungkan perjuangan untuk tegakkan keadilan. Hakikatnya mereka adalah antara yang kecewa kerana disingkir dari menjawat jawatan penting dalam Kerajaan dan parti memerintah. Dengan kata lain PKR adalah perjuangan peribadi seseorang untuk berkuasa.

Benarlah kata-kata mereka yang veteran dalam politik bahawa PR hasil gabungan Pas, DAP dan PKR hanyalah semata-mata untuk kepentingan politk saja dan bukannya untuk lahir bagi membina dan memajukan bangsa dan memakmurkan Negara. Jadi rakyat perlu faham dan sedar akan kemelut yang melanda PR. Kerajaan PR hanya pandai bermain politik tetapi tidak pandai mentadbir dan memakmurkan Negara. Sebaliknya mereka hanya pandai menghuru-harakan Negara dan menjual maruah Negara sehingga dipersada antarabangsa.

Akok@Baulu

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam dari bukit gantang....mari pekena nasi lemak gerai no 5 di kaki bukit larut