Friday 5 June 2009

PAS TIDAK PERLU LAGI BERSATU DENGAN UMNO.




Oleh Munsyhi Abdullah

Pas berada di persimpangan jalan dalam menentukan identitinya. Sebarang perubahan yang drastik dalam pucuk kepimpinannya akan membawa parti ini kepada kecairan identi asalnya yang akan memberi kesan kepada masa depannya,samada baik ataupun buruk..

Dalam hal ini kita dapat melihat terdapat golongan yang menyedari hakikat ini dan cuba mengimbangi antara pihak yang radikal yang mahukan kepada perubahan segera dan juga golongan ulama yang bimbangkan Pas akan kehilangan pengaruh akar umbinya.

Dalam hal ini ramai pemerhati politik yang nampak bahawa Naib Presiden Pas Husam melihat kepentingannya merapatkan diri dengan Anwar Ibrahim bagi membawa perubahan cepat kepada Pas untuk membolehkan PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa Melayu.

Beliau mengimbangi popularitinya di kalangan ulama dengan mendapat sokongan moral dari Murshidul Am Pas Nik Aziz yang pandai bermain politik untuk mengekalkan pengaruh dan kedudukannya terhormat dan tertinggi dalam parti sehingga keakhir hayatnya.

Bagaimana pun toleransi Nik Aziz terhadap cabaran kepada fahaman Islamnya yang jumud dan sempit telah mencairkan identi Pas di kalangan masyarakat umum berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim dan orang kuat Anwar Kamaruddin Jaafar menjadi Setiusaha Agung Pas.

Pas tidak lagi dikenali sebagai gulongan yang menentang amalan amalan maksiat dan juga hiburan dengan mengikut sentimen,secara keras dan melulu. Pas telah hilang identitinya apabila menganggap pendedahan wakil wanita PKR di DUN Selangor berbogel sebagai hak individu sekalipun sebenarnya sesaorang yang telah menjadi terkenal sebagai seniman,ahli politik,ahli sukan dan sebagainya yang bersifat selebriti adalah hak orang ramai.

Dulu penyokong penyokong Pas mengadakan tunjuk perasaan terhadap hiburan hingga kepada mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Istana dan juga di kolej dan universiti tetapi sekarang Pas telah dilihat bersama penghibur yang merayakan kemenangan sehingga kepada peringkat mendedahkan punggong.

Pas berada dalam dilemma. Jika meneruskan kejumudan Nik Aziz maka Pas juga akan ketinggalan zaman dan akan terlihat sebagai parti yang mundur. Maka itu penyesuaian terpaksa dibuat untuk menarik perhatian golongan muda dan juga orang bukan Melayu yang dalam keadaan ghairah memerlukan Pas untuk mengimbangi kuasa mereka di negara ini.

Pas juga telah melihat kemungkinan untuk ianya menggantikan UMNO bagi pimpinan Melayu di negara ini. Untuk itu ia bersedia mencairkan lagi identitinya yang keras dengan menampakkan sikap yang rasional,toleransi dan lebih terbuka sehingga kepada peringkat memberikan tanah kepada orang Cina.

Jika Perdana Menteri Yang pertama Tunku Abdul Rahman boleh memberikan tolak ansur kepada bukan Melayu sehingga kebimbangan Melayu mencetuskan 13 Mei maka kenapa Pas harus dilihat bersalah dalam menggunakan taktik dan strateji yang sama. Sekalipun Tunku akhirnya ditolak oleh Melayu kerana sikap ini tetapi asas pegangan Perikatan kepada politik berbilang kaum telah menjadi dasar yang diterima untuk permainan semua parti politik di negara ini.Inilah juga permainan politik Pas dan juga PKR sekarang.

Pas mempunyai pendekatan yang lebih luas dalam konsep berbilang kaumnya kerana partinya berasaskan kepada Islam yang bersifat Universal dan tidak bersifat kemelayuan. Dakwaan Pas bahawa partinya boleh menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri telah sedikit sebanyak dapat mengelirukan bukan Melayu yang berada dalam keadaan dendam dan marah.

Sebenarnya dasar ini sama sahaja dengan UMNO tetapi orang bukan Melayu telah menjadi buta dalam keadaan prejudis. Untuk menjadi Perdana sesaorang itu mesti beragama Islam di negara ini. PAS tidak memberitahu bukan Melayu” awak mesti jadi Islam dulu sebelum menjadi Perdana Menteri” tetapi dia hanya beritahu bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa akar umbi populariti Pas adalah masyarakat kampung yang tertarik dengan fahaman Islam yang sempit dan jumud yang mahukan pengharaman hiburan, arak, judi dan sebagainya. Pas selama ini secucuk dengan hasrat golongan fanatik dan pelampau. Jika tindakannya terlalu drastik dalam menukarkan identinya kepada liberalisme maka pastinya ia akan hilang sokongan dari rakyat atau akar umbi.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa membuat penafian bahawa beliau berada di pihak yang mahukan kepada penyatuan dengan UMNO dan menegaskan bahawa ini adalah pendirian Pas. “Kita akan pertahankan parti ini daripada sebarang unsur yang cuba merobok dan meganggu keutuhan jemaah kita”katanya.

Sesungguhnya Pas tidak perlu menyertai UMNO kerana yang akan MENGUMNOKAN Pas ialah Anwar Ibrahim menerusi pengaruh kepimpinan dalam Pakatan Pembangkang. Sekurangnya kurangnya Pas telah menyokong seorang DUN wanita berbogel sebagai haknya tetapi ini dilihat oleh masyarakat sebagai hak Pas untuk menjaga hati PKR dan Anwar Ibrahim.

Demikianlah interaksi dan dialog antara manusia yang bermusuh dan berseliseh faham akan dapat membetulkan persepsi. Pas sekarang lebih terbuka dan lebih banyak tolak ansurnya dalam usaha untuk menyaingi UMNO dan menggantikan UMNO dan untuk itu banyak memakai identiti UMNO termasuk menerima wang rasuah yang dibawa masuk ke dalam Pas oleh Kamaruddin Jaafar.

Bila identiti Pas sudah sama dengan UMNO maka apakah ia akan terus mendapat dukongan dari akar umbinya di kampung-kampung?

Semuga golongan ulama dalam Pas lebih berhati hati dalam mengorbankan identiti Pas. Biarlah Nik Aziz seorang sahaja yang mati kerana menjual maruah dan identiti Pas tetapi Pas jangan mati kerana maruahnya di nodai..

2 comments:

Budak Parit said...

Kah kah kah kah .....
Orang dah sampai kebulan engkau masih mendendangkan lagu lama - Pas jumud, cuma orang tua kampung saja sokong PAS.
Sekarang ini dah terbalik. Hakikatnya kebanyakan orang cerdik dah sokong PAS dan orang kampung yang jumud dan tebal semangat nasonalisnya yang menyokong UMNO.

Tak percaya? Itu sebab UMNO terlalu takut kepada undi luar, sebab kebanyakkan orang muda yang berkerja dibandar bandar menyokong PAS atau setidak tidaknya PR!

Tulisan macam awak inilah yang menyebabkan "disservice" to UMNO. Tulisan mengampu yang todak bertunjangkan keadaan sebenar!

Biarkan siluncai terjun dengan labu labunya. Biarkan Biarkan!

Anonymous said...

Setuju dengan bdk parit..
Org sebegini tidak layak menulis blog kalau sekadar nak lepaskan apa yg terbuku di hati..
Usah bercakap kalau ilmu didada tidak cukup, usah menulis kalau tidak faham situasi semasa..lebih baik diam.
Itulah yg selayaknya bagi kamu..
Delete blog ni,pergi cari ilmu,buka minda 2 skit..
Use your brain,man..
Skrg bkn zaman cakap je,skrg zmn menggunakan otak..
Jgn hanya taqlid semata2..