Sunday 28 June 2009

PILIHANRAYA MANEK URAI

Jika sebelum ini Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kedah dan Sarawak sudah melalui pilihanraya kecil kali ini tiba giliran Kelantan untuk buat kali ke enam pilihanraya kecil diadakan selepas PUR ke 12 pada Mac 2008. Namun, jika dilihat kebanyakkan gelangang pilihanraya kecil yang yang telah diadakan kebanyakkanya berlaku di kubu kuat PR kecuali di Batang Ai, Sarawak hanya berlaku di kubu kuat BN. Jadi dari segi kekuatan dan kehendak rakyat ia masih sukar untuk menentukan siapa popular.

Semasa PUR ke 12 lalu, Pas memenangi Dun Manek Urai dengan majoriti melebihi 1000 undi dan ia juga dikatakan kubu kuat Pas bagi Parlimen Kuala Krai. Walau bagaimanapun, kedudukan selesa Pas sedikit terganggu apabila krisis antara dua kumpulan yang ‘keras kepala’ dan tidak sehaluan dengan Presiden Parti, Haji Hadi.

Isu Kerajaan Perpaduan sebenarnya hanyalah serpihan masalah yang wujud dalam Pas untuk menutup krisis yang lebih lagi rumit yang sedang dilanda oleh Pas. Bagi menutup masalah atau krisis dalam yang semakin meruncing, Nik Aziz terpaksa bersuara dan bangun menentang cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan semata-mata untuk menutup krisis dalaman Pas yang semakin kritikal.

Semua orang sedar dan tahu bahawa Pas pada hari ini terdiri dari dua kumpulan yang berbeda perjuangan dan iktikad. Nik Aziz dikatakan lebih liberal atau lebih berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Dap (kumpulan Endorgan), manakala Haji Hadi yang masih mendapat sokongan padu ahli Pas yang memperjuangkan Islam (kumpulan Ulamak). Kemuncak penolakan kumpulan Endorgan oleh ahli Pas apabila kumpulan Endorgan tidak mendapat tempat dalam pucuk tertinggi parti kecuali Nik Aziz yang dikatakan dipilih berdasarkan ‘kesian’ kerana jasanya mempertahankan Kelantan.

Namun hakikatnya, ada kedengaran dikalangan ahli Pas yang menyatakan mereka semakin risau akan tingkah laku dan kenyataan Nik Aziz sejak akhir-akhir ini yang dilihat tidak seperti Nik Aziz di awal ketika menerajui Pas merampas Kelantan. Mungkin kerana terlalu lama memerintah Nik Aziz semakin ‘nyanyuk’ sebab itulah beliau hanya sekadar menerima dan mendengar saja apa yang dikatakan oleh ‘anak emasnya’ Husam Musa yang juga anak didik Anwar Ibrahim. Memang ura-ura dan khabar angin di Kelantan tersebar kuat bahawa puncak kuasa Menteri Besar bakal melabuh ke riba Husam Musa.

Namun, pemimpin dan ahli peringkat akar umbi telah memberi signal yang jelas bahawa mereka menolak kumpulan Endorgan ini sebaliknya kumpulan Ulamak masih di diperlukan dan menjadi tunjang belakang kekuatan Pas. Kumpulan Ulamak melahirkan kerisauan kerana kenyataan Nik Aziz yang melabelkan UMNO sebagai Komunis dan mengamalkan ajaran sesat sedikit sebanyak mengundang keresahan buat kumpulan Ulamak. Kerana dengan perwatakan dan keperibadian Nik Aziz, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana seluruh rakyat tahu akan sejarah negara.

Jika kita selak kembali sejarah, hakikatnya Pas sendirilah yang pernah menyokong dan banyak membantu komunis menjalankan gerakan menentang Kerajaan. Pemimpin-pemimpin Pas terdahululah yang membuka ruang dan peluang buat komunis untuk meneruskan perjuangan di hutan. Dan tidak mustahil tindakan Nik Aziz ini adalah seperti mengulangi perjuangan pemimpin-pemimpin Pas terdahulu apabila Nik Aziz bertegas menyokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia.

Bukan itu saja, Nik Aziz di awal memerintah Kelantan begitu tegas dalam setiap bentuk pentadbiran yang dilaksanakan. Boleh dikatakan dari semua segi seperti sukan, hiburan dan sebagainya. Pada masa itu segala bentuk hiburan diharamkan oleh Nik Aziz, sukan snooker juga diharamkan. Dengan kata lain segala bentuk program yang kearah kemaksiatan di haramkan. Namun, kini semuanya sudah berubah, yang dulu haram hari ini semuanya sudah jadi halal.

Menurut apa yang diresahkan dan menjadi gelisah buat pemimpin dan ahli Pas akar umbi yang bertiup kencang ialah Nik Aziz telah terpengaruh dan termakan dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, apa yang dikatakan dan kenyataan yang keluar dari Nik Aziz sejak kebelakangan ini banyak di bayangi oleh mainan politik Anwar Ibrahim. Namun, untuk tidak mengeruhkan suasana pucuk pimpinan tertinggi Pas yang diketuai oleh Haji Hadi dan Nasaruddin terpaksa akur dan mengalah atas kehendak Pakatan Rakyat.

Nik Aziz sekali lagi cuba menjatuhkan maruah Presidennya apabila beliau menyatakan akan mengemukakan cadangan dan akan menghantar surat kepada Najib untuk mengadakan debat secara terbuka bagi membincangkan permasalahan politik antara Pas dan UMNO. Ramai pemimpin kumpulan Ulamak tersinggung akan hasrat Nik Aziz kerana beliau sedikit pun tidak merujuk kepada pemimpin tertinggi Parti terutamanya Presiden dan Timbalannya.

Apakah tujuan Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka? Untuk menyelesaikan masalah politik antara Pas dan UMNO atau hanya sekadar menjatuhkan maruah Presidennya? Kenapa perlu debatkan masalah politik Pas dan UMNO saja, sedangkan hasrat Presiden Pas, Haji Hadi adalah lebih besar dan luas maknanya iaitu membincangkan perpaduan yang bukan hanya dari skop politik bahkan dari sudut segala bentuk seperti ekonomi, sosial dan sebagainya.

Hasrat Haji Hadi bukan saja untuk Pas dan UMNO bah kan untuk semua rakyat Malaysia dari pelabagai kaum. Jelas bahawa begitu sempit pemikiran Nik Aziz yang semakin sempit apabila ia datangnya dari Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, apa yang Nik Aziz cadangkan ini hanyalah satu gimik untuk menarik sokongan para pengundi di Manek Urai. Kerana beliau tahu, dengan jadual harian Najib yang ketat dan bakal tibanya pilihanraya kecil Manek Urai, sudah pasti ia mampu meraih sokongan dan simpati pengundi jika apa yang beliau cadangkan ini ditolak oleh Najib atau UMNO.

Hakikatnya apa yang Nik Aziz lakukan untuk berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan masalah Pas dan UMNO hanyalah semata-mata helah politiknya dan pada masa sama untuk menjatuhkan maruah Presidennya, Haji Hadi.

Akok@Baulu

No comments: