Seluruh dunia mengecam tindakan kejam dan ganas rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Tindakan rejim Zionis ini sebenarnya seumpama mencabar kesabaran dan cuba menunggu saat Iran bangkit bersuara. Jika Iran menyahut cabaran dan melatah mengikut gelagat rejim Zionis nescaya Iran bakal menerima nasib sama seperti yang telah diterima oleh Iraq.
Tindakan kejam dan ganas rejim Zionis ini dilihat seperti cuba melenyapkan dan menghancurkan sama sekali tamadun dunia Arab. Dengan tindakan merampas bumi Palestin sedikit demi sedikit rejim Zionis ini akan ‘menzioniskan’ keseluruh tanah arab dan akan menleyapkan bumi arab dari muka dunia. Kalau kita lihat, bukan saja Palestin yang sudah di jajah oleh rejim Zionis tetapi Turki, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Afghanistan dan lain-lain negara Arab sebenarnya telah pun di jajah oleh rejim Zionis. Sebab itulah seluruh negara Arab hari ini tidak bersuara dan membisu seribu bahasa apabila bumi palestin dihancurkan oleh rejim Zionis.
Sejarah telah membuktikan jatuhnya sesuatu empayar dan tamadun sesebuah bangsa adalah kerana disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah berleluasanya gejala rasuah, fitnah dan hasutan yang menjadi amalan harian, semua hal dalam kehidupan harian dipolitikan dan semakin bertambahnya gejala dan masalah sosial. Runtuhnya sesebuah empayar dan tamadun Islam adalah disebabkan kerana tiadanya penghayatan serta tipisnya keimanan dan ketakwaan pada Allah. Sesetengahnya pula sanggup mempolitikan agama Islam dan ‘menggadai’ Islam semata-mata untuk meraih sokongan politik demi untuk pangkat dan kedudukan.
Apa yang terjadi pada dunia Arab sepatutnya menjadi tauladan dan ikhtibar buat kita. Kita tidak sebolehnya bergantung kepada orang lain dan seluruh rakyat hendaklah bersatu hati menjaga keamanan dan kemakmuran yang telah sekian lama diamanahkan oleh nenek moyang kita. Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya, walaupun sebangsa dan seagama kita begitu senang menuduh, memfitnah dan menghina sesama saudara kita sebaliknya memuji dan memuja bangsa yang hanya menunggu peluang yang ada.
Pernahkah kita bayangkan jika apa yang berlaku di Palestin hari ini akan berlaku pada kita? Oleh kerana pentingkan diri, angkuh dan sombong, bongkak serta ‘gila’ kuasa tidak mustahil apa yang menimpa Palestin hari ini akan turut menimpa kita satu hari nanti jika kita semua tidak berubah dan terus dengan sikap sedemikian. Kita perlu menghayati sejarah bagaimana rejim Zionis pada mulanya menumpang teduh di bumi Arab apabila ‘dikejar’ oleh bangsa eropah d era perang dunia ke 2. Bumi Arablah menjadi tempat rejim Zionis berteduh dan menagih simpati untuk mendapatkan tempat perlindungan dan makan minum.
Tetapi hari ini, perkara sebaliknya berlaku apabila orang yang memberi perlindungan dan tempat berteduh kepada rejim Zionis di balas dengan tindakan kejam dan seterusnya mereka dihalau di bumi sendiri. Apakah ini tidak boleh berlaku di negara kita? Apakah perasaan kita jika orang yang kita bagi tempat berteduh dan memberi segala kemudahan dan kesenangan tiba-tiba bertindak sedemikian rupa pada kita? Adakah kita hanya menunggu dan lihat saja? Jika kita amanatinya dari apa yang berlaku pada hari ini kemungkin itu ada, cuma hanya menunggu masa dan saatnya sahaja.
Cukup sedih apabila hanya kerana berbeza fahaman politik, walaupun sebangsa dan seagama kita sanggup menggadaikan maruah bangsa, agama dan ketuanan kita semata-mata mengejar pangkat, kendudukan dan mengumpul harta dunia. Agama juga dijadikan topeng sebagai madah perjuangan untuk menghalalkan politik mengejar keduniaan. Sehinggakan sanggup mengkafir dan menghukum rakan sebangsa dan seagama dengan dosa dan pahala tetapi akhirnya hari ini mereka tersungkur dengan kata-kata yang di‘ludahkan’ ke muka mereka sendiri.
Sebelum ini begitu ‘gah’ menyebarkan serata pelusuk negara dengan menghukum rakan sebangsa dan seagama berkawan dengan kafir, namun hari ini mereka ‘menjilat’ dan ‘menghirup’ kembali ludah yang penuh dengan kahak apabila menyokong dan ‘berjuang’ bersama apa yang mereka katakan ‘berkawan dengan orang kafir’. Sedangkan mereka tidak sedar, apa yang berlaku di Perak, Selangor dan paling nyata di Pulau Pinang cukup membuka mata betapa hebatnya kuasa ‘mereka’ sehinggakan para pejuang dan penegak agama Islam dan pejuang untuk keadilan terpaksa ‘mengkerbaukan diri’ kepada mereka.
Kenyataan anggota Jawatakuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdullah, bahawa "PAS dan DAP masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, namun sekarang dapat duduk semeja dalam mentadbir beberapa negeri. "Oleh itu kalau berlaku silap salah ia menjadi perkara biasa ke arah memantapkan lagi Pakatan Rakyat," (Harakah online.net/6 Jan. 09) kenyataan ini dikeluarkan apabila Teresa Kok dan Tan Seng Giaw turun padang berkempen untuk calon PAS di Kuala Terengganu. Sebab itulah apa yang dinyatakan dari awal tadi bahawa mereka hanya bertopengkan memperjuangkan Islam semata-mata kerana agenda politknya.
Pada hal harus kita ingat akan sikap Teresa Kok, kelancangan dan kebiadaban beliau yang mempertikai hak dan mempersenda kedaualatan yang telah termaktub dalam Perlembagaan kita. Betapa biadapnya beliau cuba ‘menghapuskan’ secara perlahan-lahan satu-satunya akhbar keramat bangsa Melayu apabila bertindak menyaman Utusan Melayu yang mendedahkan perkara yang sebenarnya perihal buruknya sikap Teresa Kok.
Beliau juga bertindak cuba menjatuhkan maruah dan martabat pihak berkuasa apabila mengeluarkan kenyataan menerima makanan seperti makanan untuk anjing sejurus selepas beliau keluar dari ditahan ISA. Sedangkan dalam tempoh tahanan tersebut beliau mendapat makanan jauh lebih sedap yang di ‘oder’ dari luar penjara seperti KFC.
Walau apa pun yang berlaku, kita sebangsa dan seagama hendaklah bersatu dan janganlah sesekali bertelagah dan berpecah belah. Walau apa jua rintangan, hendaklah kita bersama dan bersatu hati menjaga maruah agama dan bangsa dari tersungkur di bumi sendiri. Janganlah mudah terpedaya dengan helah pihak tertentu yang hanya menangguk di air keruh. Lihatlah bagaimana Lim Kit Siang dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun lepas bangga dengan kemenangan Barack Obama apabila berjaya menjadi Presiden Amerika yang baru. Apa yang Lim Kit Siang cuba sampaikan ialah bahawa beliau sebenarnya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri apabila mengaitkan apa yang berlaku di Amerika apabila Barack Obama, Presiden Amerika pertama berkulit hitam boleh juga berlaku di negara kita.
Setelah Obama menang, apa yang beliau buat untuk rakyat Palestin? Sedangkan ketika serangan militan di Mumbai, India penghujung tahun 2008 di kecam dan dikritik hebat oleh Obama. Namun bila penderitaan dan kemusnahan berlaku pada rakyat Palestin yang beragama Islam, beliau berdiam seribu bahasa. Apakah Lim Kit siang dan rakan-rakanya akan mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu jika beliau menjadi Perdana Menteri? Sedangkan pada hari ini pun kita sudah dijajah secara sedar atau tidak sedar dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan dan kita jauh ketinggalan.
Akok@Baulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sebenarnya di negara kita pun memang da berlaku keadaan seperti di Palestin.Sedar tak sedar jek... apa yang terjadi di Palestin(seperti didalam artikel bos..) Palestin memberi tempat berteduh kepada zionis tetapi zionis membalas dengan keadaan yang sebaliknya ! Di Malaysia pun sama juga.. dah diberi kebenaran untuk menetap di Malaysia, nak hak sama rata pulak.. kita pun baik sangat.. sikit2 hak kita kasi kat 'bangsa' dieorang.. semata2 nak 'jaga undi' punya pasal ! Tengok sekarang, undi hilang dengan harta2 kita pun hilang...
Sebenarnya, Islam boleh kalahkan Israel@Yahudi@Amerika tu ! ! Caranya, BERSATU ! Apabila si profesor, si ulama, si orang muda & tidak ketinggalan mereka2 yang tidak termasuk dalam golongan diatas turut BERSATU, 'bangsa' dieorang tu tak kemana pun... Apabila kita MENYATUKAN setiap ilmu&pakar yang ada dalam diri masing2, kemudian menggunakan strategi yang DISATUKAN ! Seterusnya, strategi serangan & pertahanan diselaraskan...Confirm kita MENANG !
Sntiasalah pertahankan hak kita disamping menyerang apabila hak kita diganggu-gugat.Ini tak..apabila orang mempesoalkan hak kita, kita senyap.. takut bersuara. Bila kita serang dieorang, kita pula yang kena minta maaf ! Amende laa...
Selain itu, kita masih tak faham konsep Islam itu sendiri.Sedangkan Islam itu agama yang lengkap.Tapi kita tak tahu caranya..
Perumpamaannya begini : Untuk masak nasi, kita perlukan beras, air, periuk, elektrik, dll... Apalagi yang diperlukan untuk masak nasi selain perkara diatas??? Sudah tentu, ORANG YANG PANDAI MASAK NASI... samalah juga seperti Islam.Kita tahu sembahyang, tahu wirid tapi tiada 'orang' yang menuntun kita ke Allah. Sedangkan Rasulullah pun dituntun oleh Jibril untuk ke Allah, inikan kita...
"Sesungguhnya, orang yang mencari itu akan diberi petunjuk"
Orang kafir mendalami Agama Islam lebih dalam daripada umat Islam itu sendiri.Kerana itu, KITA LEMAH ! Lihat saja zaman kegemilangan Islam.. kenapa tentera Islam boleh mengalahkan tentera Israel ketika itu, sedangkan tentera Islam tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti mereka??? Ini kerana Islam BERSATU & mempunyai 'senjata' yang lagi hebat daripada si kafir iaitu senjata "ZIKIR'" (yang lebih dikenali sebagai PERANG JANTAN)
Kalo Islam yang dulu bole gemilang, kenapa tidak Islam di zaman sekarang?? Sedangkan Islam itu sama sahaja dari dulu - sekarang.Yang berbeza, amalan yang diamalkan oleh umat terdahulu & umat sekarang...
Semoga rakyat Palestin & Islam(Melayu) di seluruh dunia terus mendapat pelindungan oleh PEMILIK LANGIT & BUMI ! Semoga Israel dan 'bangsa2nya' dilaknat oleh PEMILIK LANGIT & BUMI !
*p/s : Takkan Islam hilang di dunia !
Kita dok kalut rejim israel dan palestin, tapi tengok pengganas isis bunuh orang islam, merogol wanita islam, penculikan kanak kanak, rogol budak kecil. Ya allah, setiap hari begitu ramai orang islam doaniaya oleh isis, apa kita buat, masih kitip bantuan untuk palestin saja, seolsh olah islam bunuh islam tidak salah.
Post a Comment