Wednesday 15 April 2009

‘SYAITAN BISU’ MULA ADU DOMBAKAN CERITA

Manusia sememangnya mudah lupa kerana akan menafikan apa yang mereka ucapkan terutama apabila mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan dan boleh membawa kepada kemudaratan pada alam semesta. Bak kata pepatah, ‘kerana mulut badan binasa, rakyat di laga-laga hanya kerana kuasa’ satu lagi pepatah ada menyatakan bahawa ‘kerana kuasa agama bukan lagi perjuangan utama, sanggup lihat rakyat lakukan perkara diluar batas kewarasan manusia kerana Dap sifunya’.

Inilah pepatah yang sesuai diberikan kepada Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang hari ini menafikan kenyataan beliau yang dikatakan berbaur ugutan pada PM dan hasutan pada rakyat supaya bertindak seperti para penyokong Thaksin di Pattaya baru-baru ini jika DUN Perak tidak dibubarkan.

Namun, hari ini pemimpin Pas itu menafikan yang kenyataan beliau itu mempunyai unsur ugutan dan hasutan supaya rakyat bertindak di luar kewarasan. Jelas pemimpin Pas ini mula cuba bermain kata dan helah untuk menutup apa yang dikatakannya. Kenyatan beliau telah menimbulkan kemarahan dan kerisauan rakyat kerana tanpa disangka adanya pemimpin yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa hanya kerana inginkan kuasa.

Rakyat tertanya-tanya kenapa pemimpin Pas tersebut sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Kenapa pemimpin Pas di lihat begitu angkuh dan sombong dan sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan. Sekitar kedai kopi di Bangi, Selangor rakyat bertanya adakah ini ajaran Islam yang Pas ingin rakyat mencontohinya. Maka munculah suara-suara menyatakan mendakwa apa yang berlaku di stadium Muhammad Ke-IV Kota Bharu baru-baru ini adalah nukilan dan hasil tunjuk ajar oleh Pas.

Mereka mendakwa tidak mustahil penyokong-penyokong bolasepak Kelantan terikut dengan tingkah laku dan perbuatan yang mereka contohi pemimpin mereka. Kerana jika kita ke Stadium Muhammad Ke-IV dan mana-mana stadium yang dikunjungi oleh penyokong Kelantan pasti mereka membawa bendera Pas. Mereklah inilah yang bertindak liar, kerana dididik mengikut ajaran yang di bawa oleh pemimpin mereka.

Cubalah kita fahami akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas Pusat tersebut dan sebagai pembaca yang waras kita boleh menterjemahkan akan sesuatu kenyataan tersebut dari segi tujuan dan matlamatnya.
Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan bagi membolehkan mereka memilih dan menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mana pilihan mereka.
"Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.
"Perdana Menteri sendiri telah melihat kesannya di Pattaya bila rakyat tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa jadi seharusnya beliau bertindak segera," tegas Kamaruddin kepada Harakahdaily. (12 April 2009 Harakahdaily.net)
Jika hasrat beliau adalah murni, bertujuan untuk menegur dan memperbaiki apa-apa kelemahan dan kesilapan Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu perkara, perlukah beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? Cuba kita teliti atau renungkan kenyataan beliau “Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan perkara yang sama jika Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak segera dibubarkan” (12 April 2009 Harakahdaily.net). Tegasan dari kenyatan beliau ini jelas mempunyai dan terdapat unsur-unsur hasutan supaya rakyat bertindak diluar batasan kemanusiaan.
Dan sekali lagi beliau menegaskan dan kenyataan beliau kali ini juga menampakkan yang beliau begitu serius cuba menghasut dan meracuni fikiran rakyat supaya bertindak diluar batasan “Jika Dun tidak dibubarkan, PAS bimbang apa yang berlaku di Thailand akan turut terjadi di Perak dan jika ianya berlaku ia akan memburukkan lagi keadaan.”

Penekanan yang beliau berikan adalah pada pembubaran Dun, kerana tujuannya adalah supaya rakyat terutama penyokong mereka bertindak seperti apa yang mereka lakukan pada Sultan Perak baru-baru ini. Akhirnya, mereka akan menafikan dan menyorok tangan jika sesuatu berlaku dan mereka akan menunding jari kepada BN.

Persoalannya juga, kenapa Pas perlu bimbang? Apa yang jelas peralihan kuasa oleh BN dari PR bukannya rampasan kuasa, sebalik PR sebenarnya cuba menutup malu di atas strategi lompat parti yang diperkenalkan atau diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim memakan diri sendiri. Keluarnya 2 Adun PKR dan Adun Dap menjadi calon bebas bukannya atas desak atau pujukan BN, sebalik atas kerelaan mereka sendiri setelah melihat realiti dalam perjuangan PR.

Sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas ini sememangnya tidak bertanggungjawab. Kenyataan tidak betanggungjawab ini juga memperlihatkan pemimpin Pas sanggup menghancurkan bangsa sendiri semata-mata untuk memenuhi agenda politik mereka? Maruah dan nyawa rakyat seumpama tiada nilai sehingga mereka sanggup menghasut rakyat bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Inikah harapan rakyat buat bakal pemimpin negara? Adakah ini bibit-bibit keruntuhan bangsa kita? Adakah ini tanda-tanda kita akan dijajah semula? Semua ini terserah kepada ‘pemain politik’ yang memilih arus perjuangan atau kuasa dan jawatan. Jika tersalah dan tersilap langkah, cucu cicit kita akan merana buat selamanya. Adakah kita percaya bangsa lain mampu menjaga hati kita? Lihatlah apa terjadi pada bangsa Melayu Singapura? Lihatlah apa terjadi pada umat Islam di Selatan Thailand, lihat apa yang berlaku pada umat Islam di Ambon, Indonesia.

Semua ini terserah pada kebijaksanaan ‘pemain politik’ kita. Mereka lah yang akan mencorak hala tuju perpaduan dan kemajuan negara kita. Janganlah pula kerana pangkat, kuasa dan jawatan bangsa sendiri sanggup digadai.


Akok@Baulu

No comments: