Tuesday 21 April 2009

TANPA PERTANDINGAN, PARTI KEADILAN TIDAK MENDAPAT MANDAT BARU.

Oleh Munsyi Abdullah


Reaksi spontan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional membayangkan kemungkinan BN tidak akan bertanding di pilihanraya kecil Penanti ialah BN takut kalah dan kerana itu menyerah kalah.

Orang BN yang telah pun bersuara tidak bersetuju dengan racangan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Samy Vellu mempunyai keyakinan terhadap kekuatan Najib untuk memimpin BN dalam pilihanraya ini kerana, katanya , penyertaaan adalah penting untuk imej,integriti dan maruah.Tetapi sekiranya kalah lagi dimanakah imej,maruah dan integriti? Malah tambah meyakinkan ramai bahawa BN tidak ada masa depan lagi.

Nazri pula berkata tiada sebab untuk BN memberikan kemenangan percuma kerana tidak semua pengundi di DUN Penanti bersetuju dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat. Harus disedari bahawa semua kemenangan calun parti pembangkang dalam pilihanraya kecil setakat ini lebih kerana sentimen dan kebencian. Aliran ini akan berterusan dan akan juga menutop mata majoriti orang Penanti terhadap logik dan kewarasan. .

Perlu disebutkan pilihnaraya kecil itu mahu diadakan kerana anggota DUN kawasan Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairuz Khairuddin meletakan jawatan kerana mempunyai kes rasuah. Beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian sebelum didapati sah bersalah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak letak jawatan sekalipun dalam siasatan rasuah.

Kenyataan Mohammad Fairuz bahawa peletakan jawatannya untuk melanjutkan pelajaran adalah menunjukan bahawa dia yakin partinya tidak meanggapnya bersalah terhadap tuduhan yang hadapinya malah ketuanya Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia akan membantu dalam pilihanraya kecil Penanti.

Hasrat Kerajaan Pulau Pinang hendak membersihkan imej dengan peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri nya itu tidak tercapai kerana Anwar menampakan keyakinan terhadapnya. Ini berbanding dengan UMNO sekalipun belum sah dari segi undang undang tetapi pemimpin yang disyaki terlibat dengan politik wang telah pun di singkirkan dari parti,digantung atau tidak dibenarkan bertanding.

Tetapi semua ini sudah tidak kelihatan kepada sebahagian dari rakyat yang telah fanatik terhadap Anwar dan hilang kewarasan .

Sebenarnya Anwar Ibrahim menasihkatkan Fairus supaya berhenti adalah untuk membolehkan piihanraya kecil diadakan lagi bagi tujuan perang sarafnya untuk menghina BN,untuk memberikan gambaran bahawa BN tidak lagi dikehendaki oleh rakyat kerana dia tahu rakyat telah tidak nampak lagi keburukannya. Yang buruk kepada rakyat hanya UMNO sahaja.

Sesungguhnya kekalahan dalam pertandingan dan kemenangan tanpa bertanding didalam politik berbanding dengan pertandingan sukan .Ia memberikan kesan yang berlainan. Orang ramai telah dapat mejangkakan bahawa disetiap kawasan yang diwakili oleh pembangkang yang menghadapi pertandingan semula maka pembangkang akan dapat mengekalkan kedudukannya.

Walaupun ini bukan merupakan suatu pencapaian baru bagi Pakatan Rakyat tetapi membangunkan persepsi bahawa BN tidak boleh menebus kekalahannya adalah memperkukuhkan persepsi bahawa BN tidak lagi diterima oleh rakyat. Semakin banyak pilihanraya kecil diadakan di kawasan yang telah pun diwakili mereka akan memperkukuh dan memperkembangkan lagi presepsi ini. Inilah matlamat Anwar Ibrahim setelah kegagalan 16 September.

Maka itu soal menyerah kalah tidak timbul sebaliknya jika BN bertanding bererti BN telah menyerah kalah dalam perang saraf, terperangkap dalam perancangan Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat untuk mengembangkan persepsi negatif rakyat terhadap BN di seluruh negara.

Selain dari itu harus diingatkan, Najib sendiri masih baru mengambil alih kuasa dan belum dapat melaksanakan rancangan rancangan yang benar benar dapat meyakinkan rakyat diatas kesungguhan dan komitmentnya untuk membawa suatu perubahan dan pembaruan kepada masa depan mereka. Kekalahan juga akan membawa kesan buruk yang tidak perlu pada peringkat ini kepada.

Jika sekiranya tidak ada pertandingan dalam pilihanraya kecil Penanti , maka jelaslah kepada rakyat bahawa Parti Keadilan atau Pakatan Rakyat hanya sekadarkan menggantikan wakil rakyatnya dan bukan mendapat suatu kemenangan baru atau mandat baru.

1 comment:

herokecik said...

Perdana Menteri seharusnya tidak terpengaruh dengan mainan politik Anuar Ibrahim. PM harus menumpukan pembangunan rakyat keseluruhan bukan sekadar di penanti.Berundur setapak ke belakang bukan bererti kalah.