Friday 17 April 2009

ZULKIFLI NOORDIN KETINGGALAN ZAMAN.

oleh Munsyi Abdullah

Anggota Parlimen PKR(kulim- Bandar Baru) nampaknya kesaorangan dalam Pakatan Rayat dalam berpegang kepada nilai nilai moral Melayu dan Islam sedangkan rakan separti dari kalangan Islam termasuk wanita dan juga pemimpin Pas telah dapat menyesuaikan fahaman mereka dengan nilai nilai baru yang diperlukan untuk survival politik.

Apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid meminta Elizabeth Wong seorang Exconya yang terdedah berbogel dan terlibat dengan scandal supaya kembali meneruskan khidmatnya ternyatalah kepada umum beliau lebih mengutamakan nilai politik dari nilai moral sekalipun beliau menegaskan keutamaannya kepada nilai moral.
Kenyataan Khalid bahawa penyiasatan polis yang belum selesai dan masih meragukan bagi menjustifikasikan keengganannya membenarkan Elizabeth melepaskan jawatannya sukar untuk diterima oleh orang ramai kerana Elizabeth sendiri telah mengakui perbuatannya.

Sebenarnya yang meyakinkan Khalid untuk tidak menyingkirkan Elizabeth ialah masyarakat Cina tidak menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral malah mereka telah menunjukkan sokongan dan simpati kepada Elizabeeh kerana hak perbadinya telah diceroboh.

Bukan sahaja masyarakat Cina mempertahankannya malah wanita Islam PKR yang berkelumbong juga turut menjadi juara mempertahankan hak individu sesuai dengan nilai antarabangsa dan hak hak asasi manusia. Mungkin ada diantara wanita PKR ini yang nilai moral mereka yang sebenarnya juga berselindong di sebalik kain kelumbong.

Lebih menarik lagi ialah wakil Pas Haji Hassan Ali juga turut hadhir dalam sidang Menteri Besar Selangor bagi menyokong keputusan memohon Elizabeth untuk kembali semula berkhidmat kepada rakyat.

Maka itu adalah nampak benar canggung bila Zulikifli Noordin yang pernah menimbulkan kontroversi dalam soal mempertahankan maruah Islam untuk sekadarkan mencari publisiti murah sekarang merasakan tidak wajar pula bagi Menteri Besar Selangor tidak membenarkan wakil Dewan Undangan Negeri dari Lanjan itu berhenti.

Dia menegaskan pendiriannya itu bukan sahaja kerana menghormati keputusan yang dibuat oleh Elizabeth tetapi juga kerana akan mendatangkan tekanan kepada komponen PR (PKR Pas dan DAP).

Zulkifli seharusnya menyedari nilai moral yang berbeza antara orang Islam dan bukan Islam dan bahawa masa depan Pakatan Rakyat tidak lagi bergantung kepada nilai moral atau sokongan orang Islam tetapi dari bukan Melayu dan bukan Islam.

Pemimpin PKR tidak lagi mampu untuk tidak bertolak ansur dengan bukan Melayu sekalipun terpaksa mengorbankan kepentingan maruah Islam dan Melayu. Tekanan dari parti parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan berlaku kerana Pas juga telah berkongsi nilai yang sama dengan bukan Islam

Apa yang semakin jelas ialah Zulkifli Noordin semakin jauh ketinggalan dari arus aliran parti politik yang dianutinya.

.

No comments: