Monday, 6 October 2008

KEKECOHAN 1 SYAWAL OLEH HINDRAF DAN TUJUANNYA


Umat Islam pada 1 Syawal lalu telah bersama meraikan hari kemenangan besar setelah sebulan menjalani ibdah puasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Bulan Syawal adalah hari paling mulia bagi umat Islam dan pada bulan Syawal juga adalah hari dimana umat Islam berkumpul dan bermaaf-maafan sesama mereka.

Kedatangan 1 Syawal juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu ukuran untuk melihat ukhwah dan tali persaudaraan sesama umat Islam. Kerana di bulan Syawal adalah moleknya seluruh umat Islam bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama mereka. Walaupun berbeza pangkat, kedudukan, politik dan pandangan, di bulan syawal yang mulia ini semua umat Islam adalah digalakkan bermaaf-maafan sesama mereka.

Namun, sedang umat Islam diseluruh negara menyambut dan meraikan kedatangan Syawal dengan penuh kegembiraan dan kebangaan, terdapat sekumpulan puak yang angkuh dan bongkak telah mencemari suasana sambutan 1 Syawal yang diraikan oleh umat Islam. Mereka menggelarkan diri mereka HINDRAF telah menimbulkan kekecohan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC yang ketika itu di hadiri oleh puluhan ribu rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama yang cintakan kemakmuran dan keamanan.

Berbeza dengan HINDRAF, mereka lebih mementingkan diri sendiri dan sanggup membuat huru-hara dan kekecohan semata-mata untuk menarik perhatian dan untuk menimbulkan kekacauan. Dengan kata lain, mereka yang hadir semasa kekecohan yang ditimbulkan oleh puak HINDRAF ini geram dan marah akan tindakan biadab HINDRAF yang cuba menimbulkan suasana tegang dan menyemarakan api perkauman di atas tindakan yang mereka lakukan.

Rata-rata setelah tindakan biadab dan kurang ajar HINDRAF ini disiarkan oleh media, seluruh umat Islam di seluruh negara geram dan marah dengan tindakan tersebut. Ramai yang mempersoalkan tujuan HINDRAF menimbulkan kekecohan dalam suasana Perdana Menteri dan rakyat jelata meraikan Aidilfitri, seolah-olah cuba membangkitkan kemarahan dan mencabar kesabaran Umat Islam dan kepimpinan negara.

Kalau dilihat soalah-olah tindakan biadab dan kurang ajar pertubuhan haram HINDRAF ini dibayangi dan didalangi oleh individu tertentu dengan tujuan menghancurkan perpaduan negara. Tindakan dan insiden itu mungkin didalangi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam politik, lantas mengambil kesempatan dengan mempergunakan suasana perayaan yang mereka ketahui mereka yang hadir bukan saja rakyat Malaysia bahkan turut hadir ialah wakil kedutaan asing dan juga puluhan media. Tujuan mereka adalah jelas untuk mengganggu serta memberi imej buruk kepada negara luar.
Jelas bahawa perbuatan kumpulan berkenaan juga adalah tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab serta menghina perayaan besar umat Islam. Sepatutnya Kerajaan hendaklah mengambil tindakan dan bertindak tegas dan tidak melayan sebarang tekanan daripada kumpulan yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati kerajaan dengan mempergunakan kanak-kanak sebagai perisai untuk mencapai tujuan dan matlamat mereka.

Kerajaan juga harus berhati-hati menanggani masalah ini, kerana silap saja langkah yang diambil, ada pihak yang sedang menunggu akan menimbulkan suasana tidak aman dan menggangu ketenteraman negara. Ramai juga berkata kejadian itu bukan menunjukkan perjuangan sebenar puak HINDRAF yang ingin menghancurkan dan mengambil kesempatan untuk merosakkan imej negara selain memberi gambaran seolah-olah Malaysia tidak mengamalkan budaya tolak-ansur tetapi ada pihak yang ingin menjadi jaguh dan ada pihak yang hanya menunggu saat untuk memasuki dan seterusnya mencampuri urusan negara.
Sejak 50 tahun negara Merdeka belum pernah insiden sebegini terjadi. Namun hari ini, atas sikap keterbukaan Kerajaan semua pihak sudah berani membuat tindakan sehingga tindakan dan perbuatan mereka ini boleh mengundang ketidakstabilan negara dan mewujudkan ketegangan kaum.

Kenapa sambutan 1 Syawal menjadi pilihan HINDRAF untuk menyatakan hasrat meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin HINDRAF? Ada yang berkata mereka mengambil kesempatan ini kerana tahu ramai umat Islam meninggalkan ibu negara dan yang tinggal di kota hanya segelintir saja berbanding jumlah kaum mereka dan jika apa-apa berlaku mereka mampu menguasai ibu kota, itu kata sesetengah orang.

Adalah kelakar apabila mereka mendakwa pemimpin HINDRAF yang ditangkap di bawah ISA adalah hero dan menyatakan mereka telah memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Jika pemimpin HINDRAF yang cuba mewujudkan ketegangan kaum dan menggugat kemakmuran negara di gelar dan dipanggil hero, maka jelaslah bahawa HINDRAF sebenarnya mempunyai agenda yang tersembunyi. Apakah dosa UMNO terhadap komuniti India? Mereka tidak perlu memaafkan UMNO, sebaliknya merekalah yang sepatutnya meminta maaf kepada Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia diatas tindakan dan perbuatan biadab mereka ketika umat Islam menyambut bulan Syawal yang mulia.

Kerana perbuatan dan tindakan HINDRAF tidak kena pada masa dan tempatnya iaitu ketika seluruh umat Islam menyambut Aidilfitri dan ketika seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama merapatkan hubungan sesama rakyat. Tapi yang jelas, rata-rata umat Islam tersinggung dan marah kerana HINDRAF jelas tidak menghormati umat Islam.

Jadi umat Islam perlulah sedar, kembalilah bersama merapatkan tali persaudaraan. Lupakan persengketaan kerana ada pihak lain sedang mengintai peluang. Inilah akibatnya bila kita tidak bersatu, bermusuh sesama sendiri dan sepatutnya di bulan Syawal yang mulia ini kita hendaklah bersatu hati menentang segala anasir-anasir yang mampu menggugat kestabilan dan kemakmuran negara serta menggugat ketuanan Melayu.


Osman@Mansor

No comments: