Wednesday, 15 October 2008

MAMPUKAH NEGARA MENANGGANI KEMELESETAN EKONOMI

BHG 1

Seluruh rakyat Malaysia hari ini menadah tangan tanda kesyukuran apabila Perdana Menteri sekali lagi memberi hadiah tanda keprihatinan Kerajaan dengan menurunkan harga Petrol sebanyak RM0.15 bagi petrol RON97 iaitu dari harga RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, petrol RON92 diturunkan sebanyak RM0.10 iaitu dari harga RM2.30 seliter menjadi RM2.20 seliter manakala diesel diturunkan sebanyak RM0.20 iaitu dari RM2.40 seliter menjadi RM2.20 seliter berkuatkuasa 15 Oktober 2008.

Tindakan Kerajaan menurunkan harga petrol adalah amat tepat berdasarkan harga semasa minyak mentah di pasaran dunia yang semakin menurun dan dengan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu telah mendorong Kerajaan mengambil langkah meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat pada hari ini. Dengan kata lain tindakan Kerajaan ini jelas menunjukkan sikap keprihatin dan tepat lah tema Bajet 2009 dengan antara strateginya bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Sekali gus menempelak dan menyangkal kenyataan pihak Pakatan Rakyat yang mendakwa Kerajaan tidak peduli nasib rakyat. Namun hakikatnya rakyat semakin sedar dan tidak lagi akan tertipu dengan helah Pakatan Rakyat yang hanya dilihat memperjuangkan nasib politikus mereka dari membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Rakyat juga sedar bahawa Kerajaan di bawah pimpinan BN akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa melontar janji-janji populis seperti dicanang oleh Pakatan Rakyat yang boleh membawa kepada kemusnahan kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Rakyat juga sedar, jika Pakatan Rakyat memerintah negara, sudah pasti negara akan tergadai kerana ada yang menyatakan bahawa sudah terang lagi bersuluh kerana terdapatnya hasrat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menyarankan supaya Kerajaan meminjam wang dari IMF bagi memulihkan keadaan ekonomi negara pada hari ini.

Berbanding Kerajaan BN yang tetap menolak membuat pinjaman dari IMF kerana Kerajaan BN sedar, jika mereka melakukan tindakan seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, ekonomi negara akan hancur dan tidak akan pulih seperti sedia kala seperti apa yang berlaku pada Indonesia. Sebaliknya tindakan meminjam dengan IMF seumpama mewariskan negara muflis kepada generasi muda. Adakah ini yang kita mahu?

Sebab itulah hari ini rata-rata rakyat berasa bangga kerana kerajaan BN kerana tidak menggadai maruah, kemakmuran dan keamanan negara semata kerana politik mereka. Tetapi ternyata ia berbeza dengan satu pihak yang kononnya memperjuangkan hak dan nasib rakyat tetapi sanggup menggadai maruah negara dengan hasrat mereka untuk meminjam dengan IMF untuk memulihkan ekonomi negara jika mereka berkuasa. Jelaslah bahawa perjuangan mereka hanyalah sekadar perjuangan peribadi untuk pangkat dan kuasa.

No comments: