Thursday 16 October 2008

Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Naib Presiden


SATU lagi berita gembira buat rakyat Malaysia khasnya rakyat Kelantan ialah Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan juga tidak akan mempertahankan jawatan dalam MT. Pada satu pihak berita ini cukup mengembirakan sebagai petanda akan perlunya perubahan dalam pucik pimpinan UMNO Kelantan. Ada pihak dikalangan UMNO berpendapat Tan Sri Annuar berbuat demikian setelah beliau sedar akan popularitinya semakin terhakis dan sebelum beliau mendapat malu lebih besar dari sikap angkuh dan bongkaknya,

Tetapi nada keangkuhan dan bongkak beliau masih tidak dibuang kerana dakwanya walaupun tidak bertanding untuk jawatan Naib Presiden beliau tetap mendakwa masih mendapat 34 pertanyaan dari Bahagian UMNO. Ia mendakwa sedemikian untuk menutup malu kerana hanya mendapat satu pencalonan saja dan sedar beliau tidak mampu memperolehi 20 pencalonan iaitu hak layak untuk bertanding jawatan Naib Presiden.


Sepatutnya beliau juga patut melepaskan jawatan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, jika beliau berbuat demikian, mungkin UMNO Kelantan akan kembali ceria dan mampu mengubah senario politik Kelantan yang gerhananya sudah sekian lama. Inilah perubahan yang diingini oleh akar umbi. Kejayaan besar Ahli Parlimen Jerlun untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda juga bukti perubahan dalam UMNO.

Namun, harus diingat, ini baru peringkat Bahagian. Walaupun kehendak akar umbi sudah nyata di depan mata inginkan perubahan, bulan Mac 2009 adalah penentu segalanya. Walapun mendapat pencalonan berganda dari akar umbi, tidak semestinya di pemilihan agung nanti. Kerana ada dakwaan para perwakilan yang akan mengundi pada Perhimpunan Agung Mac nanti dikatakan tidak akan berpihak pada Ahli Parlimen Jerlun. Jika ia berlaku, ia tidak membawa erti kepada perubahan yang diinginkan oleh akar umbi.

No comments: