Akhbar The Star telah berkabong sebagai membantah perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Berbanding dengan Utusan Malaysia yang menjadikan berita ini sebagai tajuk utama muka satu keluaran 22 Oktober,Star hanya menggunakan tiga para berita ini dari Bernama dimuka 22.
Berita yang lebih besar disamping berita itu ialah hasil kajian Transparency International Malaysia di kalangan peguam (kebanyakan orang India) yang mendapati mereka mempunyai persepsi “muram” terhadap badan kehakiman dan perundangan negara (judiciary).
Menurut presidennya Tan Sri Ramon Navaratnam, 91% dari 339 peguam yang ditinjau merasakan proses perundangan dan penghakiman di Mahakamah Tinggi, Mahakamah Rayuan dan Persekutuan adalah tertakluk kepada berbagai peringkat pengaruh dari kerajaan dan lain lain.
Berita ini sebenarnya bertujuan menimbulkan keraguan terhadap ketulusan dalam perlantikan Tan Sri Zaki kerana beliau diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan kalangan pemerentah dan UMNO. Beliau pernah menjadi peguam dan penasihat kepada UMNO.
Bagi Star sekalipun sesaorang mempunyai kelayakan dan kualiti yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan penting dalam kerajaan tetapi jika terlibat dengan parti pemerentah maka kredebilitinya sudah terjejas sebaliknya sekalipun sesaorang itu ditolak oleh rakyat tetapi kerana sikapnya yang liberal dan bukan seorang nasionalis Melayu maka dia adalah bersih dan layak untuk diberikan kedudukan penting.
Kita masih ingat Star merayakan perlantikan Datuk Zahid Ibrahim sebagai de facto Menteri Undang Undang kerana dia liberal, tidak mempunyai keperibadian bangsa , sanggup memalukan Tun Dr.Mahathir dan pejuang kebebasan dan demokrasi yang tidak mengenal batas dan sempadan .Orang seperti ini adalah celeberity kepada Star.
Star berselindong disebalik imej MCA untuk menjadi suara kepada parti pelampau Cina yang anti Melayu. Dasarnya sama sahaja dengan Gerakan yang menjadi duri dalam daging dalam BN.Sikap talam dua muka inilah yang mengelirukan masyarakat Cina dan mendorongkan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya lalu.
Star percaya dengan hanya menunjukan imej bebas , pro pembangkang , anti Melayu, anti keris dan anti Kontrak Social akan meyakinkan pembaca terhadap kredebilitinya. Ia melalaikan peranan dan tanggungjawab utamanya untuk membentuk untuk menguasai fikiran rakyat dan bukannya dikuasai oleh nilai nilai rakyat yang bertentangan dengan inspirasi nasional..
Pada hari Star berkabong kerana perlantikan Zaki sebagai Ketua Hakim Negara, Star juga menjadi kan tajuk berita utama dimuka yang sama tentang tindakan saman malu anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia sebesar $100 juta kerana sebuah cerpen yang dikatakan menyindirnya dalam Mingguan Malaysia dan juga berita tuntutan RM10 juta terhadap Datuk Syed Ali Alhabshee Ketua UMNO Bahagian Cheras atas sebab yang sama.
Sebelom itu berita tindakan Utusan meminta Teresa Kok meminta maaf kepadanya telah diperkecil oleh Star , Berita seorang anggota parti Keadilan di Ipoh yang dituduh menerima rasuah sex tidak disebutkan keanggotaannya dan berita seorang pemimpin parti keadilan keturunan India yang memeras ugut dan ditahan oleh polis di Kedah tidak disiarkan langsung.
Sikap double standard The Star dalam perjuangan kebebasan kewartawanan dan akhbar juga jelas apabila tekanan terhadap Utusan Melayu (utusan Malaysia) oleh kerajaan Selangor dan Perak dengan memboikot Utusan dan melarang wartawannya membuat laporan di perkecilkan tetapi bila wartawan akhbar Berita Harian di larang membuat liputan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan di besarkan. Sebabnya Star melihat ada kepentingan DAP di Selangor dan di Perak, tetapi di Kelantan hanya kerajaan Pas sahaja.
Jika melibatkan dengan kepentingan DAP maka The Star akan lebih berhati hati.
.
Bagaimanapun pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu umumnya tidak sensitif kepada peranan yang dimainkan oleh The Star selama ini terutama pemimpin pemimpin yang sering diberikan publisiti olehnya. Mereka tidak nampak sikap perkauman Star .
Akhbar Star pernah digantung dalam masa Operasi Lalang di bawah pemerentahan Dr.Mahathir kerana sering menghasut dengan cara bijak. . Diantaranya ialah menyiarkan gambar orang Cina miskin sedang makan di bawah gambar majlis jamuan Raja Raja Melayu..
Wartawan wartawannya yang jahat telah lari ke Hong Kong dalam masa Operasi Lalang itu tetapi beberapa orang dari mereka telah kembali berkerja dengan New Straits Times akhbar kepunyaan UMNO dengan bantuan penasihat tidak rasmi Perdana Menteri,Kalimullah Hassan.
Kalimullah dan keluarganya telah pun lari meninggalkan negara ini untuk menetap di London..
Maka itu jangan heran mengapa akhbar The Star semakin berani dan semakin agresif dalam menentang Institusi Melayu dan menyokong DAP untuk menegakan Malaysian Malaysia.
Jika anasir anasir subersif boleh berlindong di akhbar UMNO maka mengapakah Star tidak boleh menjadi suara DAP dengan berimejkan MCA.
Ibrahim Ali sebagai Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia( Perkasa) mestilah memantau peranan akhbar The Star yang bersifat musang berbulu ayam dan janganlah kerana publisiti yang diberikannya akan menyebabkan Perkasa tidak nampak bahayanya kepada bangsa dn agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment