BHG 2
Kenyataan Ketua Pembangkang dalam sesi perbahasan Bajet 2009 dalam Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2008 yang mendakwa ekonomi negara semakin meruncing dan sampai ketahap parah amat tidak tepat dan kenyataan beliau lebih bermotifkan untuk ‘menjahamkan’ negara sendiri begitu juga dengan dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur yang mendakwa Kerajaan BN tidak bersedia untuk menghadapi situasi kemelesetan ekonomi dunia boleh mengundang ketakutan kepada pelabur asing untuk melabur dalam negara.
Tapi semua rakyat sedar dengan kemelut ekonomi dunia pada hari ini, sebab itulah seluruh rakyat diseru untuk bersatu dan memperkukuhkan ekonomi negara dan bukannya menimbulkan suasana huru hara dan dengan pendekatan memburukkan nama negara. Kerajaan BN yang memerintah dan mentadbir negara selama 51 tahun tidak pernah menyusahkan rakyat dan membiarkan rakyat hidup merana. Selama 51 tahun Kerajaan BN tidak pernah mewujudkan huru-hara dan membangkit isu perkauman, terbukti 51 tahun pemerintahan, rakyat hidup aman tanpa ganguan.
Pengalaman dan kebijaksanaan negara menanggani kemelesetan ekonomi dunia pada 1998 sudah terbukti keberkesanannya. Hari ini pun Kerajaan sudah merangka strateginya dan mampu mengawal ekonomi negara dari terus menjunam dengan lebih teruk. Jika dilihat unjuran ekonomi negara sehingga penghujung Disember 2008 ia masih mampu mengimbangi situasi jika ekonomi dunia terus meleset.
Namun hari ini, setelah suntikan dana oleh beberapa negara berpengaruh untuk menyelesaikan kemelesetan ekonomi telah mengembalikan keyakinan kepada para pelabur. Kenyataan-kenyataan dari Sime Darby, unjuran keuntungan oleh MAS, jangkaan peningkatan keuntungan oleh Bank Rakyat dan prestasi keuntungan Shell MDS yang meningkat bagi tempoh sehingga penghujung tahun 2008 adalah indikator atau petunjuk bagi kesediaan negara untuk mengimbangi situasi yang melanda ekonomi negara.
Bahkan juga kejayaan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menarik beberapa syarikat penerbangan asing memulakan operasi di Malaysia sebelum penghujung tahun 2008 dan kejayaan KUB Malaysia Berhad memenangi bidaan untuk membina projek penjana bebas (IPP) 305-megawatt (MW) di Port Qasim, Karachi, Pakistan sekurang-kurangnya membantu menyakinkan para pelabur asing untuk terus melabur di pasaran negara kerana kepakaran, kemudahan, lokasi dan kestabilan politik negara menjadi tonggak utama.
Namun, amat sedih sekali apabila masih ada pihak cuba memperlekeh dan mempersenda akan kesungguhan dan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh negara dalam membangunkan ekonomi negara. Bukan saja memperlekeh dan mempersenda, namun ada pihak cuba menimbulkan huru-hara dan menjaja keburukkan perangai mereka ke luar negara.
Rakyat haruslah sedar, bahawa apa jua masalah negara hendaklah ditanggung bersama dan bukannya menyalahkan satu pihak sahaja. Sejarah pentadbiran Kerajaan BN selama 51 tahun adalah bukti kesungguhnya mentadbir dan memastikan negara sentiasa maju dan aman makmur.
Itulah berita gembira yang diberikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat, harga petrol turun dan kesungguhan Kerajaan BN mengatasi kemelesetan ekonomi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment