By Osman@Mansor
Saban hari kita asyik mendengar akan pekikan dan laungan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memukul gendang mendakwa BN dan UMNO mengamalkan parti perkauman. Setiap kali isu sentimen perkauman atau melibatkan perbezaan agama dan keturunan, jika BN atau UMNO membuat ulasan atau memberi kenyataan, setiap kali itulah BN atau UMNO didakwa memainkan sentimen perkauman bahkan juga UMNO Pakatan Rakyat juga mendakwa UMNO adalah parti yang memisahkan agama dalam perjuangan.
Tetapi rakyat sudah sedar dan buka mata, rakyat tahu PKR, PAS dan DAP adalah yang sebenarnya parti yang meniupkan api sentimen perkauman di negara kita. Tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram dan kelam kabut dalam negara seperti mengajak rakyat bertindak ganas dalam setiap demontrasi yang diadakan, kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan dan cuba mengheret campur tangan negara luar dalam negara.
Namun, mereka menuding jari pada BN dan UMNO, tujuannya hanyalah semata-mata untuk menimbulkan suasana kelam kabut di antara kaum di dalam negara dan jika ini berlaku BN atau UMNO lah akan dipersalahkan walhal, semua tindakan yang merugikan negara dan bangsa ini yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Sentimen perkauman adalah senjata utama Pakatan Rakyat kerana mereka sebenarnya hanya bermuka-muka pada rakyat. Hakikatnya PAS, DAP dan PKR mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan dalam hala tuju perjuangan mereka. PAS dengan madah dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam, DAP dengan madah perjuangan untuk memperkasakan budaya dan bangsa kaum Cina manakala PKR madah perjuangan mereka hanyalah semata-mata bagi kepentingan politik individu yang kecewa kerana disingkirkan dari tompok pemerintahan dalam Kerajaan.
Sebab itu lah, jika Anwar masih dalam UMNO dan masih menjadi Menteri Kabinet, nescaya parti PKR tidak akan wujud sebaliknya PAS dan DAP sudah pasti menjadi musuhnya. Lihatlah semasa beliau dalam Kerajaan, bagaimana Anwar membelasah PAS dan DAP. Berbagai kata dan kenyataan dikeluarkan bagi menghentam PAS dan DAP. Namun hari ini nadanya adalah berlainan, demi menjamin PKR mendapat tempat dalam PAS dan DAP seterunsnya rakyat, PKR perlu pandai ‘berlakon’. Walaupun pada hakikatnya PKR sebenarnya hanyalah untuk membela dan memperjuangkan politik dan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
PAS dan DAP boleh diumpamakan seperti kucing dan anjing. Kita sedia maklum, anjing akan sentiasa mengejar kucing (tidak pernah pulak melihat kucing mengejar anjing) dan mereka ini pantang berselisih pendapat terutama dalam penubuhan agama Islam, mereka akan bertekak melalak dan memekik mempertahankan madah perjuangan masing-masing.
Tapi demi politik, semua itu buat dibuang untuk sementara dan walaupun pahit ditelan kerana terpaksa demi untuk kuasa. Perjuangan agama yang dilaungkan sebelum ini sudah ditutup sebelah mata, walaupun agama yang diperjuangkan dipersenda dan diugut kebebasannya.
Madah perjuangan PAS sudah lari dari landasan perjuangan, sebelum ini PAS lantang bersuara menyatakan halal haram, kafir-mengkafir dan lantang memperjuangkan hukum hudud, namun semua itu hanya tinggal kenangan. Madah perjuangan sudah jauh menyimpang, yang dulu PAS kata hiburan seperti nyayian dan sukan snooker haram sekarang ini sudah dihalalkan, yang dulu menuduh pemimpin dan penyokong UMNO Kafir kerana UMNO berjuang bersama MCA dan MIC dalam menyatupadukan rakyat dan dulu memperjuangan hukum hudud sekarang cuba menafikannya.
Rakyat tertanya-tanya kenapa Ahli Parlimen Titiwangsa yang bernaung di bawah parti PAS yang memperjuangkan hukum hudud begitu takut apabila Banner yang tertera ‘Kami Mahu Hudud Bukan Kuil’ yang digantung disekitar Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Sedangkan sebelum ini PAS dengan bannernya semasa berkempen pilihan raya umum yang lalu sentiasa mengeluarkan pelbagai kata-kata tulisan kesat dan perbaur perkuaman terhadap pemimpin UMNO dan Kerajaan BN.
Salah satu sikap buruk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat ialah, beliau mendakwa ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan terus mengaitkan dengan perkauman. Tapi beliau perlu sedar, hanya puak PAS sahaja yang berjuang untuk Hukum Hudud dan janganlah melatah menuding jari kepada orang lain. Sehinggakan demi untuk menjaga hati orang-orang politik tertentu beliau terpaksa membuat laporan polis.
Jadi penyokong PAS mula mempertikaikan di mana perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini? Tidakah PAS meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan dalam setiap tindakan? Jadi bagaimana dengan Hukum Hudud?
Bukan itu saja, jika Al-Quran dan Hadis menjadi pedoman perjuangan PAS kenapa membiarkan pihak tertentu memasang banner atau poster gergasi Anwar Ibrahim di Batu Cave? Adakah tindakan memasang gambar sebasar itu menunjukkan manusia begitu taksub pada manusia? Memuja manusia? Sedangkan sebagai yang beragama Islam, kita perlu taksub pada Allah dan Islam.
Sebaliknya Pakatan Rakyat adalah berbeza, kerana mereka mendakwa parti yang berbilang bangsa dan untuk semua kaum. Oleh kerana mendokong parti berbilang kaum itulah para pemimpin PAS dan PKR tanpa segan silu dan mempeduli nasib bangsa sendiri menyokong tindakan biadab HINDRAF menyentak suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri oleh Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC.
Jelas kenyataan Haji Hadi dan Anwar menyokong tindakan biadab HINDRAF sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat. Anwar orang yang paling kuat menyokong pertubuhan haram itu sanggup menyokong apa saja perbuatan dan tindakan HINDRAF kerana hanaya semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat India. Hakikatnya Haji Hadi dan Anwar tidak berada di tempat kejadian dan beliau hanya mendengar apa yang dinyatakan oleh pihak HINDRAF.
Sebagai pemimpin amatlah malu jika kenyataan yang dikeluarkan di buat tanpa diperiksa dan diteliti terlebih dahulu. Namun yang jelas, apa yang dikatakan Anwar dan Haji Hadi seumpama ‘tidak pakai otak’ semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik saja. Apa tidaknya, tindakan HINDRAF ini sebenarnya didorong oleh janji melangit Anwar pemimpin dan penyokong HINDRAF jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti.
Apapun, ia semua terserah kepada rakyat, rakyat sudah sedar dan sudah matang untuk menilai sesuatu sama ada intan atau kaca. Jika tersalah pilih, buruk padanhya dan kita terpaksa menanggungnya sampai bila-bila.
Osman@Mansor
Friday, 10 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment