Cerita gambar bogel dan aksi atas sofa kita tinggalkan sejenak, kerana semasa sesi pembukaan Parlimen tengah hari tadi kelibat orang kuat atau bapa ‘keadilan’ langsung tidak nampak. Akhirnya ketidak hadiran Anwar di Parlimen hari ini terjawab apabila beliau dikatakan masih berada di luar Negara kerana ‘terlepas penerbangan dari Doha’ dan dijangka sampai di KLIA pada petang ini. (Utusanonline:16 Feb.2009)
Sebenarnya para wartawan sejak pagi lagi memang menunggu Anwar di lobi Parlimen kerana ingin bertanyakan isu peralihan kuasa di Perak dan juga isu lompat parti yang dipopularkan oleh beliau. Sebab itulah cakap-cakap para wartawan di lobi Parlimen bahawa Anwar sebenarnya menyorok dari mereka kerana takut diajukan soalan mengenai isu lompat parti yang telah beliau canangkan sebelum ini di lobi Parlimen.
Inilah sikap pemimpin PR, mereka pandai berkata-kata tetapi apabila terkena kepada badan sendiri mula mereka meronta dan menuding jari kepada orang lain. Bak kata orang tua-tua ‘pandai cakap pandailah dengar, pandai buat pandailah menanggungnya’. Ada yang berseloroh, ‘ayah borek anak rintik’ ditujukan pada isu liwat Anwar dan Elizabeth Wong. Pemimpin-pemimpin PR lain macam mana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kenapa Anwar tidak hadir ke parlimen pada hari pembukaan?Dengarnya ke Doha untuk satu majlis anjuran Amerika Syarikat..Betul ke? Rasanya tidak ada majlis yang lebih penting dari pada sidang parlimen kerana dia adalah seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka..Inilah kesilapan rakyat Permatang Pauh..
Post a Comment