Wednesday, 27 August 2008

GERAKAN PENDATANG HARAM CINA DALAM BARISAN NASIONAL.

Seorang pelanggan tetap cafe bernama Munsyi Abdullah semalam menyuarakan rasa marahnya terhadap Parti Gerakan. Sambil minum kopi, beliau menyatakan apabila orang Melayu menyuarakan sesuatu berkaitan dengan politik orang Cina maka dianggap sebagai berbau perkauman. Namun apabila orang Cina bercakap tentang politik Melayu, orang Melayu yang sakit hati tetapi mereka tidak memberikan reaksi sehingga boleh menimbulkan masalah kepada negara.


Beliau seterusnya berkata,"Kalangan politikus Cina termasuk seorang ahli jawatankuasa Pemuda Gerakan Pulau Pinang Dr Thor Teong Gee telah meminta supaya tindakan displin diambil terhadap Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail kerana telah mensifatkan orang Cina sebagai pendatang dan kerana itu tidak layak untuk mendapat persamaan hak di negara ini".

Ahmad Ismail telah membuat kenyataan itu dihadapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib ketika berkempen di pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru baru ini.

Dr Thor berkata kenyataan itu menunjukan Umno masih lagi menggunakan ideologi perkauman untuk mencapai agenda politiknya.Bagaimanapun kenyataan itu dirasakan tepat untuk melepaskan geram jika ditujukan kepada DAP dan Gerakan dan bukannya kepada MCA dan orang Cina Malaysia seluruhnya


Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Abdullah Badawi telah memberikan jaminan bahawa beliau akan meminta Datuk Ahmad supaya tidak lagi mengulangi kenyataan seumpama itu.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan yang bersifat sensitif ,tidak bijak dan tidak perlu dibuat itu tetapi saya simpati dengan Ahmad Ismail yang tidak tahan melihat dihadapan matanya sikap tidak setia,khianat dan musang berbulu ayam seorang demi seorang orang Cina Gerakan sebaik sahaja BN runtuh di Paulau Pinang.

Pak Lah mahu nasihakatkan Ahmad Ismail supaya tidak mengulangi kenyataan itu tetapi berapa banyak kenyataan yang telah dibuat oleh Pemuda Gerakan Pulau Pinang dan beberapa orang pemimpin Gerakan lain yang amat menyakitkan hati orang Melayu yang tidak pernah menghadapi tindakan dari pihak pemimpin tertinggi Gerakan dan Barisan Nasional?.

Ini harus dikumpulkan oleh Ahmad Ismail untuk diserahkan kepada Pak Lah sebagai Pengerusi Barisan Nasional.Sikap Pak Lah sekarang betul betul macam sikap Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman yang banyak “ Tak Pa”,tolak ansur,tolak ansur,tolak ansur hingga berlaku 13 Mei.

Suara suara marah dari pertubuhan Melayu dan UMNO sendiri dibiarkan berlalu bagitu sahaja sehingga menghakiskan keyakinan Melayu kepada pucuk pimpinan UMNO.

Pak Lah sepatutnya tidak melayan langsung atau tidak memberikan sebarang reaksi kepada kemarahan orang Gerakan itu.Pak Lah masih memikirkan dengan memberikan jaminan itu akan mengembalikan keyakinan orang Cina kepada BN.Hakikatnya setiap hari seorang demi seorang orang penting Gerakan meninggalkan BN.

Gerakan adalah sebuah parti yang telah sekian lama menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional ,yang menikam UMNO dari belakang, yang masuk ke dalam BN dengan jiwa DAP dan PAP (People Action Parti Singapura).Maka itu suaranya dari masa kemasa lebih bersifat perkauman Cina yang kadang kadang terlihat lebih hebat dari DAP sendiri.Tujuannya adalah untuk memenangi hati orang Cina dengan menyaingi MCA.Gerakan adalah sebenarnya pendatang haram Cina dalam Barisan Nasional.

Bagaimanapun apa yang jelas Gerakan di tolak oleh orang China Pulau Pinang sendiri yang sifat dan peribadi mereka dari dahulu lagi tidak tahu mengenang budi dan suka menggigit tangan yang memberi. Apalah perlu bagi Pak Lah nak mengambil berat suara sebuah parti yang sebenarnya tidak ujud lagi.

Terimalah hakikat bahawa Gerakan tidak lagi memberikan faedah kepada Barisan Nasional.Orang orangnya telah membuktikan terdiri dari mereka yang hanya sanggup bersama kawan ketika senang dan lari dari kawan ketika susah.

"Persetankan parti Gerakan yang pada hakikatnya sudah berkubur dan tidak mempunyai masa depannya lagi di negara ini"ujarnya sambil menegok kopinya yang hingga habis seperti berasa puas dapat meluahkan perasaannya.

4 comments:

sunan kali jaga said...

susur galurnya..GERAKAN atau PGRM ini ditubuhkan oleh kumpulan Cina & Melayu berhaluan kiri yang berkiblatkan ideologi PAP di S'pore! Pada situasi semasa, GERAKAN sama statusnya dgn PKR hari ini..

MCA sendiri tidak senang dgn GERAKAN sebenarnya! Asasnya, kalau GERAKAN benar-benar jujur mengapa tidak sahaja menganggotai MCA, kerana MCA juga adalah komponen BN.
Hal yang sama berlaku kepada PPP yang pupus dalam PRU-12 lepas!

Pak Lah kena sensitif lah tackle isu-isu camni. Jangan dok main `takpa..takpa..je'. Nanti hang lepa..huh apa pun takda!

otai said...

ITULAH NASIB BN PIKUL BIAWAK HIDUP. SEPATUTNYA MEREKA INI DIBERI AMARAN KERAS OLEH DISIPLIN BN.MCA BAGUS SEBAB SELAMATKAN UMNO TAHUN 1997. SEBAGAI PENGERUSI BN, MCA TERIMA UMNO BARU MASUK BN BALIK. ITULAH POLITIK MELAYU MACAM TELOR DIUJUNG TANDUK. MAKA PEMIMPIN DAN RAKYAT MELAYU KENALAH MUQABALLAH BANYAK2.. JANGAN DOK TAK PA SAJA, NANTI TINGGAL CALPA. CALPA PUN HABIS, TINGGAL APA? NI LAGI GILA ORANG ISLAM SELURUH DUNIA MINTA HAK ISTIMEWA DAN AUTONOMI KAUM, KITA PULAK TAU MAU HAK ISTIMEWA DAN KETUANAN MALAYU/ISLAM. AKADEMIK DAN BODOH BETUL!

otai said...

TAHUN 1987, MCA JADI PENGERUSI BN SEMASA UMNO DIHARAMKAN OLEH MAHKAMAH.

awang said...

Kaum Cina sebenarnya tidak perlu lagi memainkan sentimen kaum yang sempit di negara ini. Bukan masanya memainkan 'perkauman' tetapi yang lebih aula ialah 'kebangsaan'. Kebangsaan seperti tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak dapat tidak kaum Cina mesti tertakluk dengan bahasa dan budaya setempat dan bukannya bertindak 'ala asing'.
Bangsa Malaysia kena bercitra bangsa Melayu. Tidak guna berbangsa Malaysia kalau tidak berbahasa Melayu. Kalau dilihat pola semasa kaum Cina masih lagi dengan akhbar cinanya, maknanya latar ini agak sukar menzahirkan bangsa Malaysia dalam erti kata sebenarnya.