Saturday, 16 August 2008

RINGANKAN BEBAN RAKYAT, MEMACUKAN EKONOMI NEGARA



My regular customer Osman @mansor could not help disagree and try contained his views on the discussion on the next table. He manage to be patient, however only for a few moments. He just stood up, walk a few steps toward the next table and start lecturing my other customers on the said table and for the rest of the cafe customers to hear: I manage to transcribe the gist of his "lecture".

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah berasaskan apa yang kita fikir barulah kita laksanakan. Kekadang perlaksanaan dalam tindakan kita mendahului apa yang kita fikirkan. Maka akibatnya kecelaruan timbul hasil dari perlaksanaan mendahului apa yang kita fikirkan. Sebab itulah dalam apa jua tindakan dan perbuatan yang kita lakukan perlulah terlebih dahulu difikirkan sebelum kita laksanakan.

Perdana Menteri sebelum ini telah membayangkan menurunkan harga petrol jika harga runcit petrol di pasaran antarabangsa mengalami penurunan harganya. Dan hari ini, 14 Ogos 2008 sekali lagi beliau telah menunjukkan hasrat besar Kerajaan apabila menyatakan bahawa harapan untuk menurunkan harga minyak amat cerah berdasarkan penurunan harga petrol di pasaran antarabangsa (Berita Harian, 14 Ogos 2008).

Berapa banyak pengurangan atau penurunan bagi harga petrol masih Perdana Menteri belum umumkan, tetapi keyakinan dan janji Kerajaan untuk menetapkan subsidi sebanyak 30 seliter bagi petrol pada rakyat walaupun harga petrol terus turun haruslah kita melihat ia sebagai satu bentuk pergorbanan. Tetapi adakah hasrat PM yang ingin menurunkan harga petrol itu satu bentuk pengorbanan? Dan adakah dengan penurunan harga minyak ini boleh mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat?

Rata-rata masyarakat sekeliling duduk bercakap dan berpendapat berbaloikah menurunkan harga petrol, padahal harga barangan masih tetap sama bahkan semakin melambung tinggi melangit. Adakah dengan penurunan harga petrol akan menurunkan harga ikan, ayam, sayuran dan lain-lain keperluan harian rakyat? Jika di masa akan datang harga petrol mengalami kenaikkan, adakah Kerajaan mampu mengawal dari berlakunya kenaikkan harga barangan keperluan harian satu hari nanti?

Harga barangan keperluan harian akan terus dan tetap naik tetapi Kerajaan tidak mampu mengawalnya. Walaupun harga petrol sekarang ini RM2.70 seliter tetapi jika Kerajaan mampu mengawal dan menurunkan harga barangan keperluan harian amatlah dihargai dan ia banyak dan mampu meringankan bebanan rakyat.

Bayangkanlah jika hari ini kita terpaksa berbelanja sehingga RM15 untuk mendapat seekor ayam, harga ikan purata RM10 sekilo dan hanya mampu mendapat 3 atau 4 ekor ikan sahaja, bagi sebuah keluarga besar, amat membebankan jika RM14 hingga RM18 sekilo untuk mendapatkan daging dan begitu juga dengan harga barangan lain yang melambung tinggi.

Duka rakyat akan terubat jika Kerajaan mampu mengawal kenaikkan harga barangan keperluan terutamanya makanan. Rata-rata rakyat berpendapat jika penurunan harga petrol berlaku keuntungan tersebut bukan hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia bahkan juga rakyat asing sama ada yang berkerja atau yang berada disempadan Negara.

Subsidi petrol yang diberikan oleh Kerajaan yang dinikmati oleh bangsa asing sebanyak 30 sen itu jika di hitung dengan jumlah jutaan rakyat asing berada di Negara ini dan berada di sempadan sekurang-kurangnya jumlah subsidi tersebut mampu digunakan untuk membangun atau membaiki perkhidmatan atau dengan kata lain mampu memberi faedah kepada rakyat. Ini belum diambil kira berapa billion setiap tahun wang negara mengalir keluar kerana pekerja asing menghantar wang ke negara masing-masing.

Sebenarnya kita patut berasa bangga dengan pentadbiran negara yang mampu membawa negara maju setapak hari ini kemercu antarabangsa. MAHA 2008 bukti negara semakin bergerak kehadapan dalam bidang pertanian moden. Sebenarnya bidang pertanian mampu menjana ekonomi negara untuk memancu ekonomi kearah yang lebih bejaya. Pertanian itu perniagaan tepat pada masanya memandangkan pada hari ini krisis makanan sedunia dan peningkatan harga barang keperluan membebankan kita.

Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara terbukti bertambah baik apabila Kerajaan hari ini membenarkan semua aktiviti-aktiviti dan program-program diadakan di Hotel-hotel sekitar negara. Sememangnya ia melegakan pengusaha hotel dan menggalakkan pengaliran wang dan kecairan wang negara. Pertumbuhan ekonomi ini walaupun sedikit mampu menaruh keyakinan pelabur asing kembali melabur di dalam negara. Berbelanja besar bukan bererti kita membazir wang, tetapi menggalakan pertumbuhan ekonomi negara.

Itulah yang dilaksanakan oleh Tun Mahathir apabila dia berkuasa. Bukan membazirkan wang rakyat tetapi membantu rakyat hidup lebih selesa dan aman dek arus pembangunan. Tengoklah apabila Tun membangunkan Petronas, KLIA, Putrajaya dan lain-lain, walaupun di hentam, dicaci dan di fitnah dan dengan dakwaan kononnya membazirkan wang rakyat. Tapi hari ini kitalah sebagai rakyat menikmatinya hasil kebijaksaan Tun yang membelanjakan wang negara yang untuk faedah generasi kita mendatang.


Osman@mansor

No comments: