Wednesday, 20 August 2008
PAS DALAM PAKATAN, PKR MENGINTAI PELUANG
Sudah pasti kita masih ingat, akan cadangan supaya diadakan mubahalah atau sumpah laknat yang lahir dan tercetus dari pandangan dan pendapat Mufti Perlis dan disokong oleh Menteri Besar Kelantan. Namun hari ini pelbagai pihak tampil memberi pandangan dan komen yang beza berhubung sumpah yang telah dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Jumaat lalu. Tindakan ini sebenarnya telah menimbulkan kekeliruan pada umat Islam dan menunjukkan kelemahan umat Islam pada pandangan bukan Islam akan kelemahan perundangan Islam dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Inilah kelemahan pada umat Islam pada hari ini. Yang peliknya kenapa pada awal cadangan untuk diadakan muhabalah yang dikemukakan oleh Mufti Perlis dan dipersetujui oleh Menteri Besar Kelantan ini semua alim ulamak, ahli akademik dan mereka yang berpengetahuan mendalam mengenai Islam berdiam diri? Kenapa tidak ditunjukan cara dan adab untuk mubahalah ? Tetapi apabila muhabalah itu sudah di buat, maka timbul lah pelbagai komen dan pandangan yang telah mengelirukan umat Islam.
Lebih mengelirukan dan menyedihkan apabila seorang yang diiktiraf sebagai Tok Guru dan juga tunjang utama pemimpin yang memperjuangkan Islam mengeluarkan kenyataan bahawa sumpah yang di buat oleh Mohd Saiful adalah suatu kebodohan terhadap Islam dan dakwanya lagi atas dorongan politik (Mingguan Malaysia:17 Ogos 2008) tetapi kenyataan beliau bertentangan dengan pandangan Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan yang menyatakan bahawa sumpah Mohd Saiful adalah sah mengikut Syariat Islam cuma cara yang dilakukan saja tidak mengikut nas Islam.
Tidak berakhir disitu saja, bagi menguatkan lagi dan memburukan keadaan, pandangan orang ‘luar’ dipinta, tujuannya untuk mendapatkan sokongan dari luar yang lebih menampakkan neutral, kononnya. Tapinya malangnya, yang membuat kenyataan itu sebenarnya sudah hilang kreabilitinya dan keperibadiannya memang diketahui dunia. Tidak semena-mena bekas Presiden Indonesia, Gus Dur pula mengeluarkan kenyataan di Ibu Pejabat Keadilan di Kuala Lumpur menyatakan sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful tidak betul disisi agama Islam. Layak ke Gus Dur mengengeluarkan kenyataan sedemikian? Tidakkah kita semua rakyat Malaysia tahu akan keperibadian Gus Dur semasa menjadi Presiden Indonesia dan kenapa beliau digulingkan? Tidak kah beliau juga mempunyai skandal seks dengan wanita-wanita Indonesia apabila gambarnya terpapar di akhbar-akhbar dan majalah seluruh Indonesia termasuk Malaysia?
Amat duka cita sekali apabila kita sesama Islam bertikam lidah dan berselisih pendapat secara terbuka mengenai pendekatan Islam. Tidakkah Agama Islam ini pada hakikatnya mudah, tetapi ini umat Islam lah yang merumitkan Agama Islam itu sendiri. Akibat kelemahan umat Islam dalam menyelesaikan masalah ini menyebabkan mereka yang bukan Islam telah berani mempertikaikan kedudukan dan kesucian Islam. Lihat lah apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, apabila telah membenarkan seorang mualaf yang memeluk Islam hampir 14 tahun keluar daripada Islam (Berita Harian Online:18 Ogos 2008). Kenapakah ini terjadi?
Keputusan Mahkamah Tinggi Syriah Kuantan adalah tuntutan yang dikehendaki dan diperjuangkan oleh Majlis Peguam. Inilah agenda mereka sehingga mereka dengan beraninya mengadakan Forum membincangkan perihal memeluk Islam baru-baru ini dan yang sebenarnya adalah berpunca dari kelemahan umat Islam sendiri. Isu muhabalah ini jelas menunjukkan akan kelemahan pada mereka yang mendakwa beragama Islam apabila masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza dan hakikatnya mengaibkan agama Islam. Akibatnya yang bukan Islam mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam sendiri.
Inikah yang dikehendaki sesetengah pemimpin kita yang sanggup mengadai maruah Agama, bangsa dan negara? Siapakah pemimpin-pemimpin itu? Sama-sama lah kita renungkan, mudahan bangsa kita dan Agama Islam yang menjadi amalan sejak sekian lama di negara ini tidak lenyap ditelan oleh kerakusan manusia yang bercita-cita untuk berkuasa.
Labels:
malaysia politics,
pas,
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment