BEBERAPA orang pelanggan cafe semalam membincangkan tentang ancaman Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin, untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama golongan sealiran dengannya, Pada pendapat mereka ini sudah pasti membimbangkan Anwar Ibrahim.
Zulkifli yang dilaporkan hilang mendedahkan beliau dan ramai lagi AP Keadilan amat terkilan dengan sikap Datuk Seri Anwar yang semakin membelakangkan kepentingan Islam.
Krisis dalaman itu timbul sedang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan memberi amaran parti itu akan keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan baru selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam teras kepimpinan menerajui negara.
Beliau berkata demikian di depan 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Selangor di Shah Alam, minggu lalu.
Betapa Anwar yang juga penasihat PKR semakin dingin dan tidak mempedulikan tuntutan Islam pula dinyatakan Zulkifli ketika berucap kepada jemaah di Surau Al-Ehsaniah, Ampang Jaya, lewat bulan Julai.
Zulkifli memberitahu setelah kira-kira 20 tahun beliau berjuang menegakkan prinsip Islam apa dilihatnya kini adalah PKR tidak begitu mempedulikan keperluan umat dan pengundi Islam.
Ini, katanya, jelas daripada dasar terbaru PKR khususnya berkaitan rancangan pembinaan rumah ibadat di setiap bandar dan taman perumahan baru di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kumpulan Ahli Parlimen beragama Islam, katanya, berasa amat tertekan dengan tindak-tanduk pucuk pimpinan PKR sehingga membuat mereka mahu memberontak sebagai protes terhadap Anwar dan konco-konconya.
Malah, menurut Zulkifli, beliau tidak begitu hirau sangat dengan keputusan mahkamah mengenai kedudukannya dan sudah bersedia untuk keluar PKR bersama rakan-rakan AP yang lain.
Walaupun tidak memberitahu jumlah sebenar AP Islam dalam Keadilan yang akan meninggalkan parti itu, tindakan mereka sudah pasti mengejut dan menggagalkan rancangan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru didakwanya akan disertai 30 AP Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.
Sebelum timbul desas-desus mengenai sikap meluap-luap Zulkifli dan golongan sealiran dengannya, Anwar dengan bongkaknya meramalkan beliau akan menang mudah di Permatang Pauh, 26 Ogos ini dan menubuhkan kerajaan pada pertengahan September.
Kini beliau sedar betapa sikap sombongnya sudah mula memakan diri, Anwar
menyalahkan unsur fitnah kononnya ditabur oleh pemimpin kerajaan dan golongan tertentu hingga mampu membuat dia tewas di lubuknya itu.
Terbaru, video Anwar menari dangdut dengan seorang wanita di sebuah hotel dan betapa beliau sebenarnya boleh berjalan dengan tegap di bilik hospital diedarkan melalui isuhot.com.
Jelas di depan orang ramai dia mengadu dan mengerang kesakitan dengan dipapah dan dibantu menaiki kerusi roda, tetapi di dalam bilik hospital, dia menjadi segar bugar dan mundar mandir.
Itupun belum pun menang di Permatang Pauh, beliau sudah pun mengumumkan akan menurunkan harga minyak 70 sen, membebaskan semua tahanan politik dan membela rakyat termiskin.
Kabinet Bayangan pun sudah ditubuhkan dengan pemimpin-pemimpin DAP menjadi tunjang kerajaan PKR. Menurut satu laporan DSAI akan menjadi Perdana Menteri, dengan Lim Kit Siang sebagai Timbalan PM dan Karpal Singh Menteri Dalam Negeri.
Selain jawatan Perdana Menteri, Anwar juga akan memegang potfolio Menteri Kewangan sementara Kit Siang pula mengambilalih Menteri Pertahanan. Jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula akan diketuai oleh Tian Chua, dan barisan jemaah lain adalah Ghobalakrisnan, Irene Fanandez, Yong Teck Lee dan William Leong!!
Sementara Tony Phua akan menjadi Menteri Kewangan II dan Karpal Singh akan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Struktur kabinet bayangan ini juga terdapat dalam blog MP Ipoh Barat, M Kulasegaran!! Jika dilihat kepada stuktur 'Kabinet Bayangan' itu jelaslah bahawa Pakatan Rakyat telah menolak Pas. Tidak seorang pun pemimpin kanan Pas disenarai memegang jawatan kanan dalam barisan Kabinet itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment