Wednesday 6 August 2008

THE MERCEDES MAN


One of my regular customer pasionately known as Pak Mansor @ Osman was against the idea of using Mercedes Benz for the state of Trengganu. Though the issue has somewhat cool down, he still talked about it. Nevertheless, I share it with you all the same:

Kita saban hari di dedahkan dengan watak-watak super hero sama ada di kaca televisyen dan juga dalam komik-komik. Jika di barat mereka terkenal dengan super hero seperti Batman, Superman, Hulk, Spiderman dan lain-lain. Manakala kalau di jepun pula terkenal dengan Ultraman, Doraemon dan sebagainya.

Di negara kita tidak kurang hebatnya watak super hero cuba ditonjolkan seperti Cicak Man. Seluruh Rakyat Malaysia tahu bagaimana kehebatan Cicak Man memerangi musuh-musuhnya, dan hari ini muncul lagi sebuah watak super hero yang di tunggu-tunggu iaitu The Mercedes Man, inilah gelaran popular hari ini di sekitar Kuala Terengganu kepada Menteri Besar mereka. Gelaran ini diberikan kepada MB Terengganu kerana kehebatan beliau melawan Kerajaan Pusat dan akhirnya PM sendiri terpaksa akur dengan kehendak beliau.

Cubaan pertama beliau ialah apabila secara diam-diam berjaya mencuri hati Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya dilantik menjadi MB. Beliau sedar dan yakin dengan kekuatan yang ada dibelakangnya, beliau mengorak selangkah kehadapan seumpama lagak seorang pahlawan mendesak supaya Kerajaan Pusat menyerahkan royalti minyak kepada Terengganu. Seluruh rakyat Terengganu gembira dan bangga apabila kehebatan The Mercedes Man membuatkan Kerajaan Pusat akur akan kehendak beliau. Tidak sampai dua bulan pun kepahlawanan beliau mendapat pujian rakyat Terennganu, kali ini ia kembali memaksa Kerajaan Pusat akur dengan kehendak beliau.

Walaupun dalam saat semua ahli UMNO membuat percaturan memilih bakal pemimpin-pemimpin masa hadapan, The Mercedes Man terus melangkah dan kali ini beliau membelasah kereta Nasional Negara, Proton secukupnya. Namun, tindakan beliau kali ini menampakkan sedikit keangkuhan beliau, sumber dari Kuala Terengganu memberitahu, rata-rata rakyat negeri Terengganu melahirkan perasaan dukacita di atas kenyataan, The Mercedes Man.

Rakyat Terengganu dan Malaysia khasnya, amat terkilan berhubung kenyataan The Mercedes Man ke atas Proton yang jelas dan nyata akan merugikan bangsa kita sendiri. Semua orang tertanya-tanya kenapa The Mercedes Man tidak menggunakan akal fikiran yang waras apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan yang jelas kenyataann beliau itu mampu menjatuhkan maruah negara dan juga masa depan perniagaan kereta nasional, iaitu Proton.

Media menghangatkan lagi cerita ini, namun rakyat seluruh negara terkejut apabila keangkuhan The Mercedes Man mengeluarkan kenyataan mempersenda dan memperlekehkan kenderaan Proton, produk keluaran negara yang dibangunkan untuk masa depan generasi bangsa kita. Ketika menjawab soalan media, The Mercedes Man, dengan reaksi dan mimik muka bersahaja dan tanpa rasa bersalah, beliau memperlekeh dan mempersenda produk kebangaan negara tetapi bangga menjulang nama Mercedes yang sudah lama menjadi idaman beliau dan keluarganya.

Semua orang berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh The Mercedes Man seumpama manusia yang tidak menggunakan akal yang waras. Sebagai tokoh politik negara dan seorang Menteri Besar yang mempunyai pengaruh yang besar terutama di Terengganu, sepatutnya beliau tidak perlu membuat kenyataan sedemikian. Sedikit sebanyak ia menguriskan perasaan rakyat kita yang cintakan negara. Memperlekeh dan mempersenda kereta nasional itu seumpama menghina negara, itulah yang diutarakan masyarakat yang cintakan negara.

Yang nyata, kemenangan sentiasa berpihak kepada super hero. Namun, rakyat keliru adakah tujuan pembelian dan pengantian Mercedes kepada Proton V6 adalah untuk menyahut seruan Kerajaan Pusat dalam mengadakan penjimatan? Adakah benar penjimatan akan berlaku jika kenderaan Mercedes digunakan sebagai kenderaan rasmi? Atau hanya sekadar helah bagi menutup keangkuhan beliau?

Namun, semua itu sudah lenyap, kerana PM telah membuat keputusan. Proton V6 kekal menjadi kenderaan rasmi manakala 14 buah Mercedes E200 Compressor yang telah dibeli oleh The Mercedes Man akan digunakan hanya untuk tetamu Kerajaan Negeri. Setakat mana ia akan dipatuhi sama-samalah kita lihat dan janganlah hanya semata-mata kerana kenderaan Mercedes, Kerajaan UMNO Terengganu di cemuh.

Dari sumber pejabat SUK Terengganu menyatakan bahawa, Mohamed Said sebenarnya mengidam menaiki Mercedes S Class. Sumber memaklumkan bahawa, hanya S Class beliau yang belum tiba termasuk 3 buah Toyota Camry untuk kegunaan 3 pegawai kanan SUK. Sebab itulah beliau sanggup memperlekeh dan mempersenda Proton V6 semata-mata inginkan Mercedes S Class.

Walaupun cerita ini sudah selesai apabila PM hanya membenarkan penggunaan kenderaan Mercedes itu hanya untuk tetamu negeri sahaja, tetapi rata-rata orang-orang politik tertanya-tanya, apakah tujuan The Mercedes Man memburukan Proton? Adakah ini sebahagian serangan ke atas Tun Mahathir yang merupakan orang bertanggungjawab dalam membina industri automotif negara dan membangunkan Proton? Atau strategi politiknya terhadap Idris Jusof? Dari sumber yang di percayai dari SUK Terengganu sendiri, dikatakan bahawa sebanyak 4 buah Mercedes telah digunakan oleh Exco Negeri semasa Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh.

Apabila kita sudah berkuasa, janganlah pula kita lupa pada yang lama. Kadang-kadang manusia ini mudah lupa, walaupun bersama berjuang menegakkan kemenangan, tetapi hanyut dibawa arus kuasa. Sekali lagi The Mercedes Man cuba menjadi pahlawan perkasa apabila beliau meminta BPR membongkar desas-desus berlakunya penyelewengan dalam penganjuran kejohanan perahu layar piala Monsoon Cup dan projek Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Nampaknya The Mercedes Man memang ingin menjadi super hero atau siapakah yang sebenarnya dibayangi dalam pentadbiran beliau.

Osman@Mansor

No comments: