Sekian hari kehidupan kita semakin rimas dan amat menyulitkan. Arus pembangunan dan era teknologi yang semakin kompleks menyebabkan manusia hari ini berfikiran terlampau jauh kehadapan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada bangsa dan keturunan sendiri.
Paling menyakitkan hati apabila adanya bangsa sendiri sanggup menghina dan cuba menghapuskan keturunan yang walaupun dari segi warna kulit dan rambutnya adalah berbeza tetapi yang tidak dapat membezakan ialah nenak moyang dari bangsa dan keturunan yang sama. Fitnah, hasutan dan busuk hati sesama bangsa atau kaum sendiri semakin menular pada bangsa kita sendiri sehingga sanggup mengadai maruah bangsa untuk mencapai cita-cita.
Tidak disangka seorang Menteri Besar, berbangsa Melayu atau Bumiputra (mungkin) yang dipilih oleh rakyat sanggup mencadangkan supaya UiTM di buka ruangnya atau kouta kepada pelajar bukan Bumiputra. Adakah apa yang dicadangkan oleh MB Selangor ini hanya sekadar gimik politik atau mencari publisiti murahan? Atau hanya sekadar untuk meraih sokongan masyarakat bukan Melayu semata-mata menjelangnya pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti?
Tindakan MB Selangor mengemukakan cadangan supaya kaum bukan Bumiputra di beri ruang atau kouta untuk belajar di UiTM hanyalah mengundang perasaan marah dan cuba memainkan isu perkauman. Siapakah sebenarnya tunjang dan moderator atau bayangan disebalik pentadbiran MB Selangor? Tidak kah tindakan atau isu cadangan memberi ruangan atau kouta kepada pelajar bukan Bumiputra di UiTM ini sedikit sebanyak mampu mengeruhkan lagi hubungan dan persaudaraan sesama orang Melayu. Kerana kaum Bumiputra yang paling ramai menghuni di UiTM adalah Melayu.
Tidak cukupkah lagi dengan polemik yang sedang dihadapi oleh bangsa kita, terutamanya Melayu yang beragama Islam? Sedarkah MB Selangor agama Islam yang beliau anuti sekarang ini sedang di ancam dan dipersendakan? Atau tindakan Majlis Peguam membincangkan secara terbuka hal berkaitan Islam seperti memeluk Islam hanya perkara remeh yang tidak perlu dirisaukan? Jika inilah pemimpin yang kita ada nescaya dan tidak mustahil hak-hak bangsa bumi kita akan terlepas begitu saja.
Sebaliknya MB Selangor harus meniti dan melihat kembali sejarah macam mana betapa susahnya pejuang-pejuang kita memperjuangkan penubuhan UiTM sehingga gah dalam bidang pendidikan seperti hari ini. Sejak penubuhan UiTM iaitu hampir 52 tahun, sudah terdapat suara-suara sumbang seperti MB Selangor yang mempunyai motif dan agenda yang tersembunyi.
Kenapa hak kaum Bumiputra di pertikaikan? Tidak cukupkah lagi dengan bilangan Universiti-universiti yang ada di Negara kita? Yang universiti awam mahupun swasta. Bahkan, hampir 90% universiti-universiti di Malaysia ini adalah dimiliki oleh kaum bukan Bumiputra dan ini menunjukkan bahawa dominasi kaum lain selain dari Bumiputra mengawal bidang pendidikan. Jadi kenapa ada bangsa sendiri yang sanggup menggadai dan menawarkan UiTM kepada bukan Bumiputra? Ia seperti menjual maruah bangsa sendiri dan menafikan hak kaum Bumiputra dalam pendidikan.
Walaupun kaum Bumiputra adalah majoriti di Negara ini namun, keupayaan dan penguasaan yang dimilikinya dalam sektor pendidikan adalah sangat kecil dan ia lebih bersifat minoriti.
Adakah dengan membenarkan bukan Bumiputra memasuki UiTM baru menggalakkan persaingan? Adakah persaingan itu hanya wujud bila bukan Bumiputra berada disebelah kita? Mungkin sebab persaingan dalam parti Pakatan lah, MB Selangor terpaksa akur dan sanggup menggadai bangsa sendiri. Kalau setakat nak bersaing, Kerajaan Negeri Selangor bersama UiTM duduk semeja dan merangka pelan tindakan bagi memastikan pelajar-pelajar UiTM mampu jauh kehadapan mendahului pelajar dari Universiti lain.
Mungkin juga strategi MB Selangor cuba mencari kelemahan Naib Chancellor UiTM, yang berpegang teguh dan telah membela dan memancu masa depan anak Bumiputra dalam pendidikan. Ketegasan beliau dalam bidang pendidikan tidak dapat ditandingi dan terbukti sebagaimana beliau membela kerana ingin melihat anak Bumiputra terus maju melalui pendidikan dan bukan seperti MB Selangor.
Rakyat Selangor sepatutnya sedar, jika para pelajar sanggup pertaruhkan maruah bangsa sendiri, inikan kita yang mempunyai kudrat dan sesetengahnya pula punyai kuasa. Jika kita sanggup berkorban dan membantah kenaikan harga minyak dengan mengadakan demontrasi secara besar-besaran, sanggup meredah hujan dan panas, sanggup berteriak hingga kering anak tekak tetapi kenapa kita hanya membiarkan anak bangsa kita yang masih belajar berjuang keseorangan.
Jadi lah sebagai bangsa yang sanggup mempertahan dan sanggup mengadaikan nyawa untuk bangsa sendiri tetapi janganlah jadi manusia yang sanggup membunuh dan meragut nyawa bangsa sendiri.
Monday, 11 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
MB Selangor telah berjaya membuatkan orang Melayu marah. Seterusnya memberikan perhatian kepada hak-hak Melayu yang selama ini kurang diberi perhatian.
Kenapa perlu hiraukan sangat hak kaum lain kerana kita tak kacau pun hak mereka. Sebenarnya kita sendiri yang banyak kacau hak kita sendiri.
Sebagai bangsa Melayu yang diiktiraf Perlembagaan seharusnya utamakan hak-hak Melayu di samping tidak abaikan hak kaum lain.
Negara Malaysia perlukan citra kebangsaannya yang berasaskan citra tempatan dan bukannya citra asing. Citra setempat itu tentunya citra bangsa Melayu. Perlembagaan telah menjelaskan perkara ini. Telaahlah.
Post a Comment