Sunday, 28 September 2008

DAP MARAH MESYUARAT TERGEMPAR MT TENTUKAN MASA DEPAN PAK LAH.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam blognya telah mengecam UMNO kerana sanggup mengadakan mesyuarat tergempar MT Jumaat lalu untuk membincangkan masa depan kepimpinan Abdullah Badawi tetapi tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membicangkan krisis keyakinan yang dihadapi oleh negara sejak lepas pilihanraya lalu.

Beliau seolah olah menafikan bahawa kepimpinan Abdullah Badawi ada kena mengena dengan krisis keyakinan yang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini.

Ataupun beliau senghaja menafikan realiti ini kerana bagi Pakatan Pembangkang semakin lama Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri semakin bebas untuk mereka menyalakan krisis keyakinan dengan menyalahgunakan kebebasan, melanggar tatasusila negara, akta hasutan dan kontrak sosial.

Tidak ada isu lain yang lebih berkesan bagi mereka untuk memenangi pilihanraya kecuali dengan meniupkan api kemarahan rakyat. Kebebasan yang diberikan oleh Abdullah telah memakan dirinya sendiri.

Adalah harapan Pakatan Pembangkang untuk Abdullah Badawi terus menjadi Perdana Menteri kerana dengan itu akan semakin terhapus keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Kit Siang pura pura buat tak tahu.

Dengan pengunduran Abdullah Badawi kelak akan bermulalah krisis keyakinan dikalangan pembangkang dan mimpi mereka untuk menawan negara pada pilihanraya ke 13 tidak akan menjadi realiti.


MUNSYI ABDULLAH

No comments: