Tuesday, 16 September 2008
ZAID IBRAHIM AKAN SERTAI DAP ATAU PKR.
Oleh kerana telah memperhitongkan bahawa kenyataannya meminta Naib Presiden UMNO Muhyiddin Yassin dipecat akan menimbulkan kemarahan dalam parti, maka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah mengambil langkah untuk mempopularkan dirinya di kalangan bukan Melayu dengan menentang secara terbuka langkah kerajaan mengenakan tahanan ISA terhadap tiga individu (seorang wartawan telah dibebaskan).
Zaid tidak dapat melihat jika Raja Petra dan juga Teresa Kok dikendalikan menurut proses undang undang biasa maka tidak ada jalan untuk menyekat mereka dari terus membuat kenyataan yang sensitif, membuat pembohongan, fitnah dan berbagai bagai provokasi perkauman dan agama yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat.
Mereka telah pun membuktikan mereka tidak pernah menghormati undang undang, tidak menghormati polis dan tidak menghormati larangan mahkamah. Kelakuan biadap Raja Petra amat jelas. Rakyat nampak kerajaan amat lemah dan seolah olah oleh kerana dia”raja”, dia boleh bebas bermaharajalela membuat apa yang dia suka.
Teresa Kok terbukti telah menggunakan Parlimen untuk membuat pembohongan demi pembohongan termasuk mendakwa wanita Cina diseksa polis sedangkan dia sebenarnya seorang Melayu.
Penyertaan Zaid Ibrahim dalam kabinet benar benar menjadi duri dalam daging. Dia bukan membantu meningkatkan imej Abdullah Badawi tetapi sebaliknya dalam banyak tindakannya menjadikan UMNO semakin tidak popular, menjatuhkan maruah Perdana Menteri dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.
Mereka yang menasihat Pak Lah mengambilnya untuk duduk dalam kabinet kerana dulunya dia bersifat pembangkang sekalipun anggota BN dengan harapan dia akan dapat di kawal ternyata salah. Dan orang seperti Khairy pula berharap Zaid akan dapat berkerjasama dengan Majlis Peguam dan golongan liberal bagi memperbaiki hubungan dengan kerajaan.
Tetapi apa yang berlaku ialah Zaid menjalankan kerja kerja yang menjatuhkan maruah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan juga Ketua Hakim Negara, membuka pekong kerajaan tanpa perhitongan akibat politik sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kredibility kerajaan. Dia berkerja selari dengan kehendak Majis Peguam dan parti parti pembangkang tanpa mempedulikan perasaan Melayu dan UMNO.
Sekarang dia mahu membawa Anwar Ibrahim untuk berjumpa Perdana Menteri. Mungkin untuk runding tubuh kerajaan dengan PKR. Dulu Khairy bawa pasport untuk Anwar dan ke suatu majlis untuk jumpa Pak Lah. Dalam keadaan kedudukan Abdullah yang terancam orang UMNO boleh memikirkan berbagai bagai.
Sebenarnya Zaid lebih banyak membawa bala bencana dari mendatangkan kebaikan kepada parti , kerajaan dan kepada Abdullah Badawi sendiri.
Abdullah Badawi telah memilihnya untuk menjadi Menteri mungkin kerana tidak diberitahu oleh Khairi bahawa Zaid ini selalu “pening”.Ubat pening tersimpan dirumahnya tetapi semakin banyak ubat ini dimakannya semakin pening sehingga dia hilang pertimbangan dan tidak nampak lagi bangsa dan agamanya.
Dari segi pertimbangan siuman rakyat ialah Zaid Ibrahim mesti disingkirkan dengan serta merta dari jawatan Menteri kerana dia telah membuat kenyataan bukan dengan ikhlas tetapi dengan perhitongan untuk menjadi popular kerana dia tahu kenyataannya mahu Muhyiddin dipecat akan menyebabkan dia menjadi lebih dibenci dalam parti.
Dia mencabar Pak Lah supaya memecatnya. Jika dia dipecat dengan serta merta dia akan menyertai DAP atau PKR.
Abdullah Badawi tidak menghadapi masalah untuk menyingkirkannya kerana dia bukanlah Menteri yang mendapat sokongan rakyat, dibenci oleh parti dan tidak diterima oleh bahagian UMNOnya sendiri.
MUNSYI ABDULLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment