Wednesday, 24 September 2008
RASIONALNYA APABILA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIA
Setelah Anwar Ibrahim memalukan dirinya sendiri serta gabungan parti dalam Pakatan Rakyat dan penyokongnya berhubung kegagalan mengambil alih Kerajaan Malaysia pada 16 September yang lalu, sekali lagi beliau terpaksa menyakinkan kembali sokongan parti komponen dan penyokong Pakatan Rakyat dengan mengarahkan jenteranya membuat satu perjumpaan di sebuah stadium di Selangor dengan tema perjumpaan, Sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.
Bukan itu saja, beliau mula kembali untuk memperbodohkan parti komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya apabila mendesak Pak Lah supaya mengadakan perbincangan dengan beliau berhubung peralihan Kerajaan sebelum mengadap Yang Dipertuan Agong. Terbaru beliau mendesak Pak Lah supaya diadakan sidang Khas Parlimen untuk membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri diadakan.
Sebagai manusia yang waras, tindakan Anwar Ibrahim ini dilihat tidak masuk dek akal dan seperti ada sesuatu tidak kena kerana beliau begitu terdesak untuk menjadi pemerintah. Lagipun dia (Anwar Ibrahim) siapa untuk berjumpa dan mengarahkan Pak Lah supaya memangil satu sidang Khas Parlimen? Kenapa dia sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ramai yang berkata, kalau ya pun nak tunjuk kuasa tunggulah Pakatan Rakyat memerintah.
Ini belum lagi memerintah satu negara, tindakan beliau dilihat lebih kepada cuba mewujudkan suasana tidak tenteram dan tidak stabil sehingga mengugat kestabilan ekonomi negara. Lihat lah saja apa yang terjadi dengan pada negeri Perak, Selangor dan P. Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Silap haribulan, ada pihak akan merempat di bumi sendiri.
Lihatlah apa yang terjadi di Selangor, sebuah Masjid di Selangor mengakui ada pihak membantah supaya azan subuh dan kuliah subuh pada hari minggu dihadkan hanya dalam kompaun masjid saja (Utusan Malaysia, 20 Sept. 2008). Adakah ini pernah berlaku di kawasan anda semasa pemerintahan BN? Ramai yang mengatakan perkara ini tidak terjadi di mana jua negeri dan kawasan pun semasa pemerintahan BN sebaliknya semua agama bebas menjalankan aktiviti masing-masing tanpa sekatan kecuali jika melanggari undang-undang yang telah ditetapkan.
Yang menjadi persoalannya ialah kenapa baru hari ini ada pihak dengan berani membantah azan? Sedangkan semasa pemerintahan di bawah Kerajaan BN perkara seumpama ini tidak pernah terjadi, namun sebaliknya terjadi apabila Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, PKR khasnya di Selangor, agama Islam mula dipersoalkan. Bukan itu saja, desas-desus juga telah mengiakan bahawa adanya pihak mengarahkan supaya 30% peruntukan dari JAIS diserahkan kepada agama-agama lain.
Dimanakah pemimpin-pemimpin PAS dan juga tokoh-tokoh, para ulamak dan ustaz-ustaz pergi apabila isu ini dibangkitkan? Sebaliknya apabila Khir Toyo membangkitkan isu larangan azan, seorang Exco PAS yang selama ini memperjuangkan Islam telah membuat laporan polis dengan mendakwa kenyataan Khir Toyo itu adalah fitnah. Tapi hari ini, imam masjid tersebut di Selangor mengakui adanya petisen dari 180 lebih penduduk membantah mengenai azan dan kuliah subuh pada hujung minggu (Utusan Malaysia, 20 Ogos 2008).
Mungkin inilah Islam yang diperjuangkan oleh PAS? Jika inilah perjuangan PAS untuk menegakkan Islam, seluruh umat Islam akan pasti kecewa dan jelaslah bahawa PAS hanya melaungkan perjuangan Islam hanya semata-mata politiknya. Namun ada setengah pihak berkata, dengan apa yang berlaku pada hari ini jelaslah bahawa PAS dan PKR sebenarnya kuda tunggangan pihak tertentu dan hanyalah kerajaan negeri boneka kepada pihak tertentu.
Nada-nada kecewa dan marah dikalngan rakyat yang sedar akan apa yang terjadi pada hari ini seperti di Selangror mendakwa jika perkara ini tidak diambil perhatian yang lebih serius, nescaya agama Islam akan semakin terancam dan tidak mustahil seluruh masjid di Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti di Selangor dan lenyap seperti di bumi Singapura.
Jika inilah rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu yang inginkan sebuah Kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang dikatakan sebuah Kerajaan yang stabil, jaminan keselamatan dan kesejahteraan eknomi untuk semua kaum, itu hanyalah mainan politik Anwar dan rakan-rakan dalam PKR sahaja. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor hari ini, itulah contoh paling dekat akan hadiah yang diberikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Selangor. Jika perkara ini terus berlaku adakah ini yang dikatakan sebuah Kerajaan yang adil?
Sebenarnya rakyat sudah tidak yakin dengan Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Selongor dan Perak yang jelas para pemimpin Pakatan Rakyat tidak mampu menjadi pemimpin yang dihormati serta disegani oleh rakyat sebaliknya menjadi pemimpin yang dibenci dan ditakuti kerana tindakan-tindakan di luar batasan sehingga agama sanggup dipertaruh dan digadaikan.
Rakyat Malaysia terutamanya di Selangor dan Perak sebenarnya gelisah apabila gendang yang dipalu oleh Pakatan Rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik pelbagai kaum dalam negara sebenarnya hanyalah mainan politik semata-mata, tengoklah apa yang terjadi di Selangor. Mereka sebenarnya gagal dan cukup lemah dalam mentadbir ekonomi negeri dengan baik kerana asyik berpolitik sehinggakan nasib rakyat di Selangor baru-baru ini yang ditimpa bencana alam tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah bermain politik untuk kepentingan peribadi.
Kemarahan rakyat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat kini sudah sampai pada klimaksnya kerana gendang yang dipalu oleh beliau yang sepatutnya berkumandang pada 16 September bunyi agak songsang, seperti seorang ibu yang mengandung dan anaknya berada dalam kedudukan songsang, namun ia mengabil masa untuk melahirkan babyi tersebut, begitulah kata seorang pemimpin PAS di Kelantan.
Namun beliau tidak sedar, kalau kedudukan bayi dalam kandungan itu terlalu songsang, makanlah ubat pelusuh atau apa pun, bayi dalam kandungan tersebut boleh mati dalam kandungan si ibu. Itulah sebenarnya akan terjadi pada Anwar dan Pakatan Rakyat. Sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin tertinggi PAS di Kelantan ini bahawa cara atau keadah pendekatan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan adalah songsang caranya dan tidak betul. Benarlah apa yang didengari bahawa ada pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat sebenarnya tidak senang dengan pendekatan Anwar untuk mengambil alih Kerajaan.
Yang peliknya kalau betul lah adanya Ahli Parlimen yang ingin sertai Anwar dan Pakatan Rakyat dan dengan jumlah yang beliau war-warkan dan membolehkan sebuah Kerajaan baru dibentuk, tak perlulah dia berjumpa Pak Lah dan meminta Pak Lah mengadakan sidang Khas Parlimen. Istiharkan saja semua Ahli Parlimen yang akan menyertai beliau dan sudah pasti jika jumlah tersebut mencukupi, sudah pasti beliau memperolehi majoriti dalam kerusi Parlimen, sudah pasti tompak pemerintahan akan berubah.
Tak perlulah beliau mengoncang bumi Malaysia ini dengan dakwaan kosong dengan mewujudkan suasana tidak aman dan tenteram. Tindakan beliau inilah menyebabkan rakyat berada dalam ketakutan dan kerisauan, risau dan takut adanya anasir-anasir luar cuba mengambil kesempatan diatas tindakan Anwar. Yang pasti rakyatlah merana jika negara bergolak dan porak peranda.
Jadi jelaslah bahawa sikap dan tindakan Anwar sebenarnya seperti keanak-anakkan dan seperti manusia tidak siuman dan tidak bermoral kerana tamak kuasa. Ada yang mengatakan sebenarnya Anwar mengalami krisis identiti untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan sebagai lelaki normal.
Rakyatlah yang berhak menentukan segalanya, jika rakyat tidak mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku dan memilih pemimpin seperti ini, nescaya negara akan tergadai semata-mata menyokong perjuangan dan cita-cita politik peribadi dan bukannya memperjuangkan hak dan nasib rakyat. Sama-samalah kita fikir, yang baik itu untuk kita semua dan sama-samalah kita menjaganya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment