Sunday 7 September 2008

SIKAP KURANG AJAR THE STAR TERHADAP PRESIDEN PARTI MELAYU TERBESAR


Serentak dengan amaran Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Badawi supaya semua pihak termasuk media tidak mensensasikan isu perkauman ekoran dari kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang menganggap orang Cina sebagai pendatang, akhbar The Star telah menyiarkan sebuah berita untuk menegakkan kesahihan berita itu walaupun hal sebenar telah dijelaskan oleh Ahmad.

Selain dari itu secara “sembunyi” dengan meletakkan fakta sensitif di bahagian terakhir kandungan berita di muka dalam,The Star 7 September menyiarkan kenyataan berikut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang tidak perlu saya terjemahkan ke Bahasa Malaysia:

He said” the recent incident in which an UMNO leader described the Chinese who do not deserve rights was very regrettable

“Our right as Malaysian have been guaranteed by the Constitution,

“We have the right to defend these right. This sort of things (the questioning of citizens right) should not be happening in our country anymore.

“Look at the United States. Right now an African American ( Barack Obama ) is on the verge of becoming president”

Kemudian disiarkan pula kenyataan Setiausaha Agung MCA Datuk Sri Ong Ka Chuan bahawa orang Cina diberikan kerakyatan oleh British kerana kira-kira 300,000 orang Cina mati melawan Jepun di negara ini.

Apa perlunya disiarkan lagi berita seumpama ini?

Kerana di cabar lagi maka orang Melayu boleh menjawab semua kenyataan ini. Di Amerika seluruh rakyatnya dibangunkan menerusi satu sistem pelajaran yang membenarkan hanya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dengan itu seluruh rakyatnya berfikiran, berjiwa, bersetia dan berbangga dengan Amerika tetapi Sistem Pelajaran Malaysia ternyata gagal kerana sebaik sahaja negara China melangkah maju, nasionalisma Cina bersemarak di Malaysia sehingga pelajar Malaysia di Taiwan menghina lagu Negaraku dan orang Cina tidak lagi dapat membuktikan kepada orang Melayu sebagai kawan setia ketika susah dan ketika senang.

Kenyataan Ong Ka Chuan jelas melupakan budi orang Melayu. Beliau hanya ingat pada British dan melupakan budi orang Melayu,orang Cina tidak akan mendapat kerakyatan Malaya tanpa persetujuan orang Melayu. Presiden MCA mendiang Tun Tan Siew Sin terpaksa memperjuangkan habis-habisan hak kerakyatan bagi orang Cina kerana di tolak oleh orang Melayu. Akhirnya Tunku Abdul Rahman Presiden UMNO berjaya memujuk orang Melayu.

Setelah persetujuan itu,Tun Tan Siew Sin telah menulis sepucuk surat berterima kasih kepada Tunku dan menyatakan tidak akan melupakan hatibudi orang Melayu selamanya dan Tunku menjadi sahabatnya hingga keakhir hayat.

Tetapi ternyata sebahagian besar orang Cina termasuk Ong Ka Chuan sendiri tidak tahu mengenang budi dan termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Datuk Abdullah Badawi di Parlimen baru baru ini iaitu ”sukar untuk dicari kawan yang sanggup bersama ketika susah dan ketika senang.”

Saya menimbulkan pekara ini untuk menunjukan kepada Abdullah bahawa akhbar The Star adalah akhbar “Traitor” atau penderhaka, kalau tidak masakan ia menyiarkan isu yang boleh dijawab lagi oleh orang Melayu. Saya menjawab untuk buktikan jika The Star berbahasa biadap dengan menggunakan orang Cina maka orang Melayu juga boleh menjawab secara kurang ajar. Jika The Star terus memainkan isu ini maka tidak ada kesudahannya.Tetapi The Star ada agendanya.

Cukuplah dengan penjelasan Ahmad Ismail malahan pula dia bukan mewakili pandangan seluruh orang Melayu.Tujuan The Star memainkan isu ini ialah kerana The Star telah berkonspirasi dengan akhbar akhbar Cina lainnya untuk menonjolkan imej UMNO sebagai parti racist dan perkauman sesuai dengan kehendak Lim Kit Siang.

Pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak berpengalaman dan cetek (tidak membaca) tidak nampak semua ini.


Tidak menghiraukan amaran Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya sehari selepas amaran itu diberikan adalah merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Mereka berani berbuat demikian kerana mereka percaya Abdullah Badawi tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu. Abdullah mesti membuktikan dengan pantas bahawa hal ini tidak benar dan sekaranglah kesempatan paling baik untuk membuktikannya.

Perbuatan The Star ini juga merupakan satu cabaran besar kepada maruah Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Syed Hamid Albar.


Tidak lama dahulu The Star menjuarai para pemblog untuk memberhentikan “politiking” dengan tujuan untuk menutup tangannya yang memegang pisau. Hari ini 7 September akhbar itu memakai berita Timbalan Ketua Menteri Sarawak dengan kepala berita ”Fed up with politicking” tetapi isi beritanya menjirus minyak ke atas api politik perkauman.

The Star tahu bahawa pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri sangat lemah, tidak tajam politik dan hanya cekap dan bijak membuat teguran terhadap penyiaran lucah dan sebagainya.

Dan apabila Menteri Dalam Negeri yang baru bercakap pasal nak tubuh Majlis Media yang sudah pernah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara kerana dikatakan bertindih dengan tugas SUHAKAM dan telah ”tak jadi” berkali kali kerana tentangan hebat dari NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia),maka wartawan- wartawan tahu bahawa menteri ini pun boleh dimainkan.

Sementara menunggu penubuhan Majlis Media, The Star boleh bermaharajalela dulu. Yang jadi mangsa sebagai akhbar racist dan perkauman kelak ialah akhbar Melayu kerana bahasa Inggeris yang bersifat antarabangsa mempunyai kekuatan untuk melindungi perkauman Cina dan India. Akhirnya yang perkauman ialah UMNO dan Melayu.

Pak Lah mungkin sudah terlambat.


Munsyi Abdullah.

No comments: