Tuesday 16 September 2008

IMPIAN TIDAK JADI KENYATAAN

Cita-cita Anwar Ibrahim dan PKR untuk mengambil alih Kerajaan terbukti hanya omong kosong dan angan-angan Mat Jenin sahaja. Tindakan Anwar dan PKR yang sebelum ini mengwar-warkan dengan penuh keyakinan akan mengambil alih Kerajaan pada 16 September ini hanyalah tindakan propaganda semata-mata untuk meraih sokongan rakyat demi untuk kuasa dan cita-cita politik peribadi beliau.

Tindakan Anwar pada hakikatnya sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif kepada negara terutamanya dalam ekonomi dan kestabilan politik negara. Akibat keangkuhan dan kepentingan politik peribadinya, pelabur asing takut untuk melabur dalam negara dan sedikit sebanyak tindakan beliau juga telah mengundang campur tangan asing dalam negara seperti bantahan Washington keatas 3 individu yang ditahan di bawah Akta ISA.

Sekarang ini mereka hanya mencanang tin kosong dan terpaksa memukul tin kosong tersebut setiap detik semata-mata ingin mengaburi mata rakyat akan pembohongan dan penipuan secara terangan oleh Anwar kepada penyokong dan rakyat Malaysia khasnya. Sesiapa yang membaca akhbar Berita Harian 15 September berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh YB. Ibrahim Ali mesti ketawa terbahak-bahak kerana kenyataan itu penuh dengan ironinya akan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Petikan kenyataan Ibrahim Ali seperti di bawah:-
“Saya tidak terkejut, cuma saya hendak ketawa sekarang...bukan saya menidakkan peranan mereka atau saya berpihak kepada Barisan Nasional (BN) tetapi ini adalah fakta"

Ramai yang baca kenyataan Ibrahim Ali ini turut ketawa, ketawa kerana mengenangkan cita-cita anwar, ketawa kerana mengenang sikap Anwar seperti anak-anak tadika yang memang tidak masuk dek akal. Sebelum ini beliau mencanangkan dengan penuh keyakinan akan mengambil alih pemerintahan Kerajaan, tapi beliau juga dengan sendirinya mengumumkan bahawa tarikh mengambil alih Kerajaan akan ditentukan kemudian kerana masalah teknikal serta suasana politik yang tidak mengizinkan, katanya.

Sedikit sebanyak penyokong dan rakyat mula sedar. Bukan itu saja, ada yang menyatakan para penyokongnya serta rakan dalam Pakatan Rakyat turut mempersoalkan tindakan Anwar mengarahkan 3 pemimpin PKR ke Taiwan yang kononnya pemergian ke Taiwan itu semata-mata ingin memujuk Ahli Parlimen UMNO supaya melompat ke PKR dalam misi membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka mempersoalkan kerana tindakan tersebut tidak rasional dan tidak masuk akal kerana kalau pun ingin memujuk Ahli Parlimen masuk PKR, di Malaysia pun boleh juga dilakukan.

Kebanyakkan mereka yang bersuara mengenai pemergian 3 pemimpin PKR ke Taiwan adalah kerana meraka mendakwa PKR menggunakan wang hasil dari kutipan derma orang ramai yang diperolehi sepanjang ceramah, demontrasi, dalam talian internet dan dalam beberapa program PKR yang lain untuk menghantar misi ke Taiwan tersebut.

Jadi wang itu sebenarnya adalah wang rakyat, sebab itulah mereka mempertikaikan tindakan menghantar 3 pemimpin PKR itu ke Taiwan sedangkan pada hari mereka berlepas, para Ahli Parlimen UMNO telah bertolak kembali ke Kuala Lumpur. Jadi penyokong dan rakan dalam Pakatan Rakyat merasakan tindakan Anwar itu hanyalah mainan politik tidak matang dan lebih kepada pentingkan diri sendiri.

Oleh kerana malu dengan kata besarnya sebelum ini, ramai percaya Anwar tidak akan berhenti disitu saja. Ada yang berkata Anwar akan menggunakan beberapa strategi politik kotornya untuk meraih simpati rakyat. Sudah pasti isu perkauman akan menjadi senjata utama beliau menghasut rakyat dan terbaru isu ISA akan digunakan sebagai peluru untuk menakutkan rakyat dan para pelancong serta pelabur dari luar negara. Demi mengejar cita-cita dan politik peribadinya, beliau sanggup menghancurkan maruah dan keharmonian negara dengan mengheret negara luar mencampuri urusan negara.

Cerita Anwar dan pecahnya temberang untuk mengambil alih Kerajaan sepatutnya menjadi bahan utama untuk menghukum Anwar. Tetapi hari ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan perletakan jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sehari selepas beliau mengkritik dan tidak bersetuju dengan penahan ISA keatas 3 individu oleh Kementerian Dalam negeri.

Pada mulanya Zaid Ibrahim dengan nada keras memohon Muhyiddin Yassin melucutkan jawatan beliau sebagai Menteri Kabinet kerana mempersoalkan tarikh peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh semua Menteri Kabinet termasuk pucuk pimpinan dalam BN. Hari berikutnya, mungkin teruja dengan kenyataan beliau apabila disokong oleh beberapa pemimpin UMNO lain, beliau cuba mencuri peluang untuk popular dengan mengkritik dan menzahirkan tidak bersetuju akan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tahanan ISA keatas 3 individu.

Namun, sehari selepasnya, secara tiba-tiba beliau mengumumkann melepaskan jawatannya dalam Kabinet. Ramai tertanya-tanya kenapa beliau mengambil sikap sedemikian? Adakah beliau kecewa dengan pentadbiran Pak Lah atau sebenarnya beliau dipaksa oleh pucuk pimpinan parti kerana tindakan beliau mengkritik tindakan ISA keatas 3 individu tersebut? Sebenarnya tindakan beliau mengkritik penahanan 3 individu di bawah ISA memperlihatkan akan kecelaruan dalam UMNO, kerana Zaid Ibrahim adalah Menteri Kabinet dan pihak tertentu akan mengambil peluang manipulasikan isu ini untuk melemahkan UMNO dan BN.

Tapi sebenarnya tindakan Zaid Ibrahim ini adalah kerana beliau kecewa. Menurut beberapa sumber, Zaid Ibrahim kecewa kerana di tolak mentah-mentah oleh ahli-ahli UMNO Kota Bharu. Sekarang ini musim pemilihan Bahagian dan dikatakan beliau sebenarnya bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian namun tidak ada satu Cawangan pun yang mencalonkan beliau. Beliau ingat dengan tiket sebagai seorang Menteri, ahli-ahli UMNO Kota Bharu akan mengalu-alukan beliau tetapi sebaliknya berlaku, beliau sebenarnya sudah tidak laku. Jadilah Menteri apa pun, walaupun Timbalan Perdana Menteri pun, bukan saja ahli UMNO Kota Bharu, seluruh rakyat Kelantan meluat dengan beliau kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sebelum ini amat angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata.

Dikatakan juga, beliau kecewa kerana Pak Lah tidak peduli dengan beberapa permintaan dan pujuk rayu beliau. Antara permintaan beliau pada Pak Lah ialah supaya dinaikkan pangkat menjadi Menteri yang berkuasa penuh untuk perundangan seperti Menteri Perundangan di beberapa buah negara lain. Macam mana nak naik pangkat kalau sentiasa menentang arahan ketua, itu namanya derhaka dan mengenai ISA beliau telah memalukan ketua bahkan juga Barisan Nasional.

Sememangnya perletakan jawatan beliau satu rahmat buat BN dan UMNO kerana adanya beliau dalam Barisan Kabinet pun tidak memberi makna dan tidak pernah membantu UMNO sebaliknya sentiasa memberi masalah kepada UMNO dan BN diatas kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan. UMNO dan BN tidak rugi walaupun beliau keluar UMNO dan ramai yakin parti pembangkang pun tidak ‘hingin’ beliau dalam parti mereka.




Jadi punah lah harapan Anwar untuk ambil alih Kerajaan, kerana rakyat sudah sedar akan pembohongan dan Zaid Ibrahim kempunan untuk terusberkuasa sebagai Menteri penuh menjaga perundangan kerana mulutnya celupar memakan tuan. Jadi segala impian kedua-duanya tidak menjadi kenyataan.



Osman@mansor

No comments: