Tuesday 16 September 2008

KHAIRI KECAM MUHYIDDIN TETAPI MEMBISU TERHADAP ZAID IBRAHIM.




Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industrr, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanggar prinsip sebagai menteri Kabinet kerana mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pimpinan tertinggi UMNO yang telah ditetapkan pada 2010.

Jika Khairy membaca semua akhbar sehari dua ini, beliau akan mendapati bahawa beliau telah terpisah dari sentimen popular, beliau telah kesaorangan dalam hal ini.

Suara Muhyiddin telah meletupkan suara terpendam dalam parti selama ini. Hampir semua pemimpin UMNO termasuk Majlis Bekas Wakil Rakyat(MUBARAK) sependapat bahawa penentuan peralihan pucuk pimpinan adalah hak ahli dan ini selari dengan prinsip perlembagaan parti.

Presiden Mubarak yang juga seorang peguam Tan Sri Abu Zahar berkata bahagian UMNO tidak perlu rasa terikat dengan persefahaman peralihan kuasa yang telah dibuat sebaliknya mereka berhak mencalonkan mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti Disember ini.

Khairy harus memberikan perhatian bahawa kenyataan Timbalan Presiden Parti Datuk Sri Najib mahu menyerahkan kepada bahagian bahagian UMNO untuk membuat keputusan mengenainya adalah selari dengan kenyataan Muhyiddin.

Orang ramai sedang memerhatikan gelagat Khairy yang mulai merasa amat terancam dengan perkembangan baru ini. Dia telah membuat kesilapan politik yang amat besar dengan menjatuhkan hukuman bahawa Muhyiddin bersalah kerana membuat kenyataan itu dan mahukan Muhyiddin untuk menghukum dirinya sendiri.

Tetapi orang bertanya kenapa dia sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO tidak mendesak supaya tindakan segera diambil terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim yang menentang penahanan individu tertentu di bawah ISA .

Tindakan Zaid ini lebih parah dari suara Muhyiddin. Dia bukan sahaja tidak menghormati keputusan kerajaan, menghina rakan kabinetnya dan membelakangkan Perdaan Menteri malah menghiris perasaan orang Melayu yang pada keseluruhannya masih memandang ISA sebagai penyelamat bangsa, agama dan negara.

Zaid sebagai de facto Menteri undang undang telah menjijak perlembagaan secara terbuka sekalipun sewajarnya di kemukakan pandanganya kedalam kabinet. Dia ada agenda tersembunyi.

1 comment:

Anonymous said...

anwar ibrahim=khalid ibrahim=zaid ibrahim=babi